Beberapa hari kemudian,
Seperti yang mereka katakan sebelum ini, hujan menandakan musim akan berganti.
"Guys! Nampaknya musim salji dah tamat!"Amalina berkata dengan gembira ketika dia melihat kelopak bunga mula berkembang mekar pada sebuah pokok melalui tingkap ruang tamu.
Mereka yang baru sahaja habis bersarapan pagi terus ke tingkap dapur untuk melihat.
"MasyaAllah, cantiknya..."pensyarah Sherrly berkata.
"Fuh,nampaknya tak payahlah kita pakai baju tebal lagi. Aku dah sesak pakai baju tebal." Lin Yan berkata lega.
"Dan baju kita yang dibasuh pun boleh dikeringkan secara normal nanti. Tak de lah nak kena pakai pengering selalu." Yue Lan menambah.
"Alah,macam kita tak pernah hadapi benda ni." Mo berkata malas. Dia bergerak ke ruang tamu untuk bersedia memakai kot sejuk. Walaupun musim bunga sudah tiba,suhu awalnya masih lagi terasa sejuk. Maka,mereka tetap perlu memakai baju sejuk,tetapi tidak lama.
"Korang tu lah." Anirma memandang ke arah pelajar semester 3,Lin Yan,Yue Lan dan Azharina.
"Apa?"Mereka bertanya serentak.
"Tahun depan kitorang dah tak de. Korang bertiga je yang tinggal. Elok-elok lah jaga diri. Ingat sikit keadaan Yue Lan tu,tau." Anirma mengingatkan.
"Amboi,awal betul korang nak pergi,ye. Ada beberapa musim lagi." Azharina berkata atau lebih kepada merungut.
"Ha'ah. Tak payahlah beritahu awal sangat." Lin Yan menambah.
"Alah,sekadar mengingatkan sahaja." Ming berkata perlahan.
"Girls,dah siap tengok ke belum? Kita kena pergi ni."pensyarah Sherrly yang sudah berada di ruang tamu memanggil pelajar nya.
"Sudah!"Mereka pun terus ke ruang tamu untuk bersedia dan keluar.
"Jangan lupa pakai gloves."pensyarah Sherrly mengingatkan.
"Ye,kami tahu."Masing-masing memakai sarung tangan khas untuk mereka.
"Tak de lah,saya takut kalian lupa."pensyarah Sherrly berkata.
YOU ARE READING
(2) ODD CLASS (Z Class season 2)
Fantasysambungan Class Z sebelum ini. Walaupun setelah kematian rakan-rakan yang telah bersama mereka untuk masa yang lama,mereka tetap meneruskan hidup. Mereka sedar bahawa mereka perlu teruskan hidup,bukannya terus bersedih dengan mereka yang sudah tiad...