"Kitorang dah keluar malam semalam dah." Anirma mula bercerita.
Di sisi Anirma semalam,dia perlu menjaga pelajar yang mempunyai keluarga yang Hipokrit,teramat sehingga depan dia pun Hipokrit.
Seara Ortiz.
Ketika di dalam bilik,Seara meminta sesuatu yang tidak dijangka kepada Anirma.
"Boleh aku try pakai tudung?"
Walaupun agak terkejut dengan permintaan itu,Anirma kembali bertanya,
"Kau ada?"Memahami apa yang ditanya Anirma,Seaea mengeluarkan sehelai kain yang lebar dari almarinya. Ianya diletakkan di bahagian yang dalam supaya tidak mudah dilihat.
"A...aku....cuma ada kain ni je."
"Ini boleh dijadikan tudung shawl. Mari,aku ajarkan."
Setelah selesai,Seara memandang wajahnya yang sedang bertudung di cermin.
Walaupun tudung itu menyembunyikan rambut nya yang cantik,dia kelihatan lebih elegan ketika bertudung. Dia terpegun ketika melihat dirinya ketika ini. Sebelum ini,ketika di kem disiplin diri,dia dan pelajar perempuan Islam yang lain,yang tidak mempunyai tudung hanya memakai tudung sarung sahaja. Yang membuatkan mereka kelihatan biasa-biasa, kepada orang yang sudah biasa melihat wanita bertudung. Tetapi untuk pelajar lain yang jarang melihat tudung,mereka terpukau ketika melihat pelajar perempuan Islam semuanya bertudung.
"Indah mata memandang." Anirma berkata dengan senyuman lembut,bersama suara yang merdu.
Seara yang mendengar itu bagaikan ingin menangis. Kerana suara Anirma sangat lembut,bagaikan suara seorang ibu,dan kata-katanya,kedengaran pujian yang sangat bermakna buat dirinya yang sukar mendengar pujian yang ikhlas.
Ketika mereka sedang menikmati pandangan Seara yang bertudung,
"What are you guys doing?"
!
Seara agak terkejut mendengar suara ibunya. Dia terus berpaling dan terkejut lagi sekali ketika melihat ibunya sudah memasuki biliknya itu,bersama kunci pendua,dan rotan di tangan. Apatahlagi dengan wajah ibunya yang sudah terang lagi bersuluh sedang marah,ketika melihat dirinya yang bertudung.
"Bolehkah kamu tinggalkan kami sebentar? Ini ialah urusan antara seorang anak dan ibunya."ibunya bertanya dengan nada yang ditahan. Cuba sebaik boleh supaya tidak mencemarkan nama baik keluarganya.
"I'm sorry,but I have to---"
Kata-kata Anirma dipotong oleh ibu Seara.
"This is an order from the guardian of the person you have to guard. Means,I am more superior than you,girl. Please,I don't like make things longer."
"Me neither. And I don't take orders from anyone. I do what I want."Anirma yang tidak mahu mengalah laju membalas.
"My gosh. Nampaknya kamu juga perlukan pengajaran. Jangan risau,ianya tak akan ambil masa yang lama. Tapi,benarkan untuk kami beranak mempunyai masa bersama dahulu,boleh?"
"No."
"Ha...nampaknya kamu dahulu yang perlu diberikan pengajaran. Kamu tahu,saya lakukan semua ini untuk kamu."
YOU ARE READING
(2) ODD CLASS (Z Class season 2)
Фэнтезиsambungan Class Z sebelum ini. Walaupun setelah kematian rakan-rakan yang telah bersama mereka untuk masa yang lama,mereka tetap meneruskan hidup. Mereka sedar bahawa mereka perlu teruskan hidup,bukannya terus bersedih dengan mereka yang sudah tiad...