Hari kedua di bandar itu,iaitu hari terakhir mereka.
Pada pagi itu mereka perlu berlatih sedikit. Dan melakukan larian kecil di padang tu. Latihan dihabiskan awal untuk memberi ruang kepada mereka bagi mengemas barang.
Selepas solat zohor,mereka diberikan waktu untuk berjalan-jalan.
"Pastikan kalian balik sebelum maghrib tau. Kita akan bertolak balik selepas solat maghrib."pensyarah Sherrly berkata kepada pelajar-pelajarnya yang bersedia untuk keluar.
"Macam mana dengan lagi empat orang yang merantau sampai tak ingat dunia tu?" Mo bertanya mengenai Lin Yan,Azharina, Azhadi dan Karl.
"Jangan risau. Diorang bukak telefon. Senang nak track. Kalau tak ada jugak masa tu,kena heretlah menjawabnya."pensyarah Reed memberitahu dengan senyuman lebarnya.
"Korang dah packing barang siap-siap,kan? Saya tak mahu ada barang yang tertinggal memandangkan bandar ni jauh dan kita akan terus balik nanti."Pensyarah Taufiq bertanya.
"Sudah." Mereka menjawab dengan yakin.
"Dan khas untuk korang yang ada kuasa."pensyarah Reed menjadi perhatian alumni kelas Z.
Melihat perhatian itu,Reed menyambung,
"Aku harap korang tak guna kuasa sepanjang ada di bandar nanti kecuali kecemasan. I don't want you guys to make a mess at this big city. Jika dapati apa-apa, jangan bertindak sendirian, terus panggil pihak berkuasa berdekatan.
Ingat,ini bukan tempat kita. Jangan nak berlagak jadi hero. Faham?""Faham!"
Dengan itu,mereka yang lain pun keluar bersama untuk berjalan-jalan atau dengan kata lain,shopping.
Seperti biasa,
Kumpulan alumni kelas Z akan bersama. Bersama Yue Lan yang diajak Ivy dan Emy kerana tidak mahu terasa janggal sangat memandangkan mereka sahaja wanita dalam kumpulan itu. Seperti biasa,Riyadh tidak mengikut mereka. Tetapi,jejaka itu tetap keluar. Tetapi ke tempat lain.
Meninggalkan pelajar semester 5 yang asal bersama pensyarah mereka yang baru bersiap untuk keluar.
Di sisi akademi Yu Li Cheng.
Seorang lelaki tegap berjalan memasuki pintu rahsia yang terletak di dalam pejabatnya. Bersama pembantu setianya disebelah.
Sebaik sahaja tiba dihadapan sebuah pintu bertatahkan perak dan berukiran pelik ditengahnya.
Tanpa berkata apa,dia pun menekan ukiran yang timbul itu.
Klak!
Serentak itu,pintu itu terbuka sedikit.
Yang menyebabkan aura gelap keluar serta merta walaupun pintu itu dibuka sedikit sahaja. Pada masa yang sama, pelajar-pelajar yang pada ketika itu sedang bersedia untuk ke kelas malah ada yang sedang berehat,
YOU ARE READING
(2) ODD CLASS (Z Class season 2)
Fantasysambungan Class Z sebelum ini. Walaupun setelah kematian rakan-rakan yang telah bersama mereka untuk masa yang lama,mereka tetap meneruskan hidup. Mereka sedar bahawa mereka perlu teruskan hidup,bukannya terus bersedih dengan mereka yang sudah tiad...