Bab 45 - The Templat.

2 1 0
                                    

Di sisi alumni kelas Z.

Mereka yang telah selesai shopping dan mengelilingi bandar Raya Harlech,yang mana dipenuhi mall-mall besar bergerak ke sebuah tempat.

Mereka memasuki sebuah gua yang menarik perhatian mereka ketika mereka dalam perjalanan balik.

Mereka agak pelik. Kerana ketika dalam perjalanan pergi,mereka tidak ternampak pula gua itu.

Kini,mereka dapat melihat gua itu walaupun agak sipi-sipi. Mungkin disebabkan agak jauh,mereka tidak perasan sebelum ini.

"Cepatlah! Ini peluang sekali seumur hidup!" Ivy meminta.

"Yelah..."Rakan-rakannya hanya akur. Sesungguhnya, mereka juga ingin tahu apa yang terkandung di dalam gua itu.

Sebaik sahaja mereka masuk bersama cahaya daripada api Joseph dan cahaya Valery,mereka agak terpukau dengan kandungannya.

Kerana mereka mendapati terowong itu dipenuhi dengan batu-batu yang diukir.

Templat.

Terdapat 13 templat semua sekali. Satu templat menunjukkan tulisan pelik yang sukar dibaca. Sedangkan selebihnya bergambar,bagaikan diukir pada batu tersebut.

Sebagai permulaan,mereka cuba membaca tulisan pada templat pertama tetapi....

"Apa.....kah..."

"Bahasa apa ni wey! Aku tak faham satu pun."

"Bukan setakat faham,baca pun tak boleh."

"Tapi aku boleh." Ivy mendapat perhatian mereka.

"Huh?"

"Ini ialah bahasa purba, ancient language. Aku pernah belajar semasa di tempat aku dahulu." Ivy memberitahu.

Emy yang kagum dengan itu menepuk tangannya, perlahan.

"Kalau macam tu,kau boleh baca dan faham?" Valery meminta.

"Aku cuba."

"Silakan."Mereka memberikan ruang kepada Ivy untuk melihat tulisan tersebut lebih dekat bagi mengenangkan dia untuk menafsir tulisan itu.

Wanita itu mula membaca berdasarkan apa yang dia boleh tafsirkan.

Ivy memulakan dengan taluk yang berada di tengah-tengah,di permulaan ayat.

"Mereka yang Terpilih."

"The Chosen?" Mereka terfikir.

"Teruskan,Ivy."pensyarah Taufiq yang ingin tahu berkata.

Dengan itu,Ivy meneruskan tafsirannya.

"Keluarga yang Dipilih,
Keluarga yang Bersinar Terang,
Bagaikan Bulan yang menyerikan Langit Malam,
Memberi Sinar Harapan buat semua.

Dipilih untuk menewaskan Keluarga yang Gelap,
Walaupun hanya Satu Kelompok,mereka dapat mengalahkan yang Gelap, memakmurkan semula dimensi agar tidak kacau,
Bersama-sama mereka berkumpul walaupun berbeza,
Bersama-sama bergabung kuasa terang istimewa,mengalahkan kuasa gelap istimewa.

Mereka yang Terpilih."

"Er...."Walaupun setelah ditafsir,mereka tetap tidak memahami apa yang hendak dikatakan.

"Ancient Language memang macam ni. Walaupun boleh ditafsir,tidak bermakna kita boleh faham. Itupun dah bagus kalau dapat tafsir."Ivy memberitahu rakan-rakannya.

"Kenapa?"Ulrick bertanya.

"Sebab tak semua boleh baca satu per satu perkataan mereka. Dan tak ramai yang belajar." Ivy berkata lagi.

(2) ODD CLASS (Z Class season 2)Where stories live. Discover now