Bab 29 - menunggu sebelum balik.

4 1 0
                                    

Mereka kini sedang menarik nafas. Begitu juga pelajar-pelajar lain yang telah dibuka penutup mata dan mulut. Bau yang tidak menyenangkan mula menghinggap ke hidung mereka.

"Erghh..."mereka mula menutup hidung mereka sebaik sahaja tangan mereka dilepaskan.

Ketika mereka mula memandang sekeliling, mereka agak terkedu ketika melihat keadaan sekitar mereka dipenuhi darah dan fasi-fasi yang telah pengsan. Termasuklah Zarim yang kini telah diikat,bersama musuh yang lain. Begitu juga Airin.

'Jadi,itu bau darah?'mereka terdiam. Terlalu terkejut dengan keadaan sekarang. Nasiblah darah itu agak jauh daripada mereka,makanya tidaklah mereka bersama jijik sangat. Tetapi,baunya tetap menghinggap rongga bau mereka. Sedangkan pelajar kelas Odd....

Mereka seperti biasa sahaja walaupun ada yang menggerakkan hidung mereka kerana bau yang kuat. Sudahlah mereka mendekati mereka yang masih berdarah untuk diikat dengan elok,habislah pakaian mereka melekat darah-darah itu...tetapi mereka tidak kisah pun.

Zaidi pula masih tidak dapat menggunakan kuasanya kerana gelang nyahkuasa itu hanya boleh dibuka oleh fasi yang lain. Maka perlu tunggu Ibrahim atau Nik sahaja kerana mereka yang lain sudah pengsan.

Disebabkan mata mereka ditutup,mereka tidak tahu apa yang berlaku.

Tetapi,ada yang perasan apa yang berlaku.

'Someone used magic. But who...' matanya yang berwarna gold itu terarah kepada Anirma yang kini terbaring lemah bersama Miyuka,Shea dan Petra. Geng TFC yang lain pula masih kagum dengan kemahiran pelajar kelas Odd yang dapat mengalahkan musuh walaupun mereka lebih banyak kekurangan.

"Kita....tak setanding dengan mereka..." geng TFC dan trio troublemaker mengaku kekalahan mereka.

Dan mengaku tentang kehebatan pelajar kelas Odd.

"Tak ada kuasa tak bermakna diorang lemah." Perez berkata sambil memandang ke arah ahli TFC yang lain. Mereka hanya menganggukkan kepala tanda setuju.

"Mereka lebih hebat daripada apa yang kita lihat." Annisa tersenyum gembira melihat mereka yang lain tidak cedera teruk kecuali Anirma yang pengsan.

"Ingatkan aku supaya jangan cabar kelas Odd hanya sebab diorang tak de kuasa." Petra berkata kepada rakan-rakannya.

"They may not have power,but they have exprience and skills to fight." Laura tersenyum lebar.

"Rasanya aku dah faham apa yang Philipe dan pensyarah-pensyarah lain cakap pasal diorang...." Miller tersenyum pahit.

Pada ketika itu,Miyuka perasan sesuatu.

"Tapikan..."

"Macam mana mereka boleh ada senjata sendiri? Bukan ke tak boleh bawa?"Miyuka mengatakan persoalannya.

Mereka yang lain mula sedar akan itu.

"Yelah. Pelik juga sebab mereka semua tak dipanggil ketika diperiksa barangan karangan tu." Malik menyokong.

"Nak tanya?"

"....."Mereka memandang antara satu sama lain. Rasa ingin tahu tu ada tapi rasa takut untuk bertanya pun ada...

"Korang boleh tanya je."Mo yang tiba-tiba muncul di hadapan mereka berkata.

!

"Sorry about that." Ming yang bersama Mo berkata dengan senyuman lembut.

"Kalau korang nak jawapan ringkas,aku akan jawab,kami dapat kebenaran daripada pihak yang tinggi." Nin yang berdekatan berkata.

"Siapa?"mereka bertanya serentak kerana ingin tahu.

(2) ODD CLASS (Z Class season 2)Where stories live. Discover now