Bab 51 - Let end this!

4 0 0
                                    

Di sisi Sherrly.

Dia yang masih perlu berlawan dengan 'Izati' agak keletihan kerana wanita dihadapannya itu boleh tahan kuat. Kerana boleh menggunakan magic walaupun terhad.

Sherrly sudah cedera agak parah kerana serangan tidak henti daripada 'Izati'. Dia sudah letih. Tenaganya mula habis.

"Mungkin kau sepatutnya berehat je." 'Izati' berkata seraya menghalakan tangannya ke arah Sherrly yang sedang mengambil nafas mengah. Dia tahu,'Izati' ingun menamatkan dirinya,tetapi dia tetap tidak bergerak. Dia sudah tidak dapat lari lagi. Dia tidak setanding dengan 'Izati' yang dihadapannya ini. Apatahlagi jika dia berlawan dengan Izati yang sebenar....

Baru sahaja serangan ingin dilepaskan,
"Kau yang sepatutnya pergi."satu suara kedengaran.

Dum!

Dan 'Izati' terus terpelanting.

!!!

'Izati' terkejut kerana dia langsung tidak perasan akan kehadiran si penyerang.

"Kau!!"'Izati' agak terkejut ketika melihat si penyerangnya. Kerana mempunyai wajah yang sama sepertinya. Bermakna,dialah Izati yang sebenar.

"Kau tak layak pakai muka tu."Dengan senyuman yang 'mesra',Izati melancarkan serangan penamat kepada 'Izati' tanpa memberikan ruang.

"Aaargh!!!"

Jeritan itu terus hilang,bersama 'Izati'.

Tanpa memikirkan tentang 'Izati',wanita itu bergerak ke arah Sherrly.
"Biar saya bawa Pensyarah ke tempat rehat supaya dapat dirawat. Pastikan pensyarah terus berada di situ. Jangan gatal-gatal mahu ke sini pula,ye. Pensyarah dah teruk sangat ni."senyuman lebar diberikan kepada Sherrly.

"Baiklah. Apa sahaja yang saya boleh buat dalam keadaan begini?" Sherrly berkata dengan senyuman pahit.

Baru sahaja Izati ingin membawa Sherrly,

"Tapi...."

Persoalan tergantung Sherrly membuatkan Izati memandang dirinya dengan pandangan keliru.

?

"Adakah kamu ...telah mengalahkan makhluk tu?" Sherrly bertanya mengenai Benjamin.

"Hm....saya takkan katakan yang ianya kerja saya." Izati berkata dengan senyuman yang sukar ditafsir.

?

Kini,giliran Sherrly pula yang keliru.

Tanpa bercakap panjang,Sherrly dibawa pergi.

Izati yang berada di situ ingin bergerak ke arah rakannya lagi seorang. Yang mana hanyalah melengahkan masa seperti mana Sherrly tadi.

Ketika itulah,dia teringat akan pertanyaan Sherrly, yang mana dijawab dengan jawapan yang sukar difahami.

Kerana....

Ketika dia sedang berlawan dengan Benjamin tadi...

Dush!

Tanpa amaran,Benjamin diserang dengan sangat kuat. Sehingga menyebabkan dirinya terseret jauh,dan apa-apa yang menghempas dirinya hancur.

Izati terus memandang ke arah si penyerang kerana dia juga tidak mengesan kehadiran si penyerang.

Baru sahaja dia dalam keadaan on guard, ianya terus hilang. Diubah dengan senyuman lebar.

"Adakah aku terlambat?"si penyerang yang memakai hoodie yang menutup wajahnya daripada kelihatan. Ianya kelihatan seperti orang dewasa,seorang wanita jika dilihat melalui tudung yang dipakai di dalam yang agak kelihatan.

(2) ODD CLASS (Z Class season 2)Where stories live. Discover now