"As expected."
Pelajar semester 5 yang menghampiri hospital besar yang menempatkan ahli TFC terus berhenti tidak jauh dari situ ketika melihat kawasan hadapan hospital itu dipenuhi wartawan.
"So,what now?" Karl bertanya ketika merasakan mereka tidak boleh masuk melalui pintu utama.
"Laluan belakang." Henriette memberi cadangan.
"Jom."
Dengan itu,mereka berjalan ke belakang untuk masuk. Seperti yang dijangka,tak ramai yang lalu disitu. Ada pun mereka yang ingin melawat pesakit lain. Disebabkan terlalu ramai wartawan di pintu hadapan,mereka yang lain tidak dapat masuk maka mereka terpaksa masuk melalui pintu belakang.
Kini,mereka perlu pergi ke bilik geng TFC melalui tangga kerana sudah mengetahui nombor bilik mereka daripada pensyarah Reed.
"Tak boleh ke kau gunakan 'nya'?" Karl bertanya untuk menghilangkan bosan. Sepanjang dia dan yang lain naik,tiada seorang pun yang bercakap memandangkan tiada topik yang hendak dibincangkan.
"Ini bukan kes emergency. Kita tunggu je paparazi tu keluar. Aku rasa polis dah dipanggil untuk bawa diorang pergi." Nin berkata dengan santai.
"Kalau polis,bukan ke nanti pintu akan disekat?" Kondrad bertanya.
"Mereka takkan berani tinggalkan polis di luar kalau tak ada artifak penyendap bunyi." Xarian menjawab tenang.
"Wh---ah.."Baru sahaja ingin bertanya, Ming terus menganggukkan kepalanya ketika teringat sesuatu.
"Jika mereka biarkan polis di luar,mereka takkan dapat tunjukkan diri sebenar." Shin pula berkata.
"Kita kena tunggu je lah dulu." Amalina berkata.
Tidak lama itu,mereka sudah tiba di tingkat di mana hanya untuk wad VVIP, yang mana menempatkan geng TFC.
Pada ketika itu,mereka mendapati keluarga ahli TFC mula berjalan ke arah pintu bilik VVIP 'anak-anak' mereka.
Dengan tangisan.
Palsu."Kami takkan biarkan perkara ni berlalu begitu sahaja! Kami akan saman dan pastikan pemandu tu terima balasannya!"
"Biar dia tahu apa yang akan jadi kalau berani-berani sentuh anak Kami!"
"How dare that person do that...."
Mendengar betapa 'risau' nya 'keluarga' ahli TFC,wartawan mula menulis-nulis tentangnya dan mengambil gambar.
Tak kurang juga dengan yang masih bertanya soalan. Yang mana dihiraukan 'keluarga' ahli TFC kerana sibuk mengeluarkan 'tangisan'.
"Please,we just want to meet our children....."
"Kalian dengar tu,kan?! Berundur dari sini supaya kami tidak tahan kalian semua kerana menghalang laluan dan mengguris perasaan keluarga mereka!"
Mendengar ugutan daripada para polis yang sudah tiba,para wartawan tiada pilihan lain selain berundur.
"......."pelajar semester 5 yang melihat kejadian itu dari jauh pula hanya memandang. Dengan pandangan kosong.
"Kita melawat esok. Sekarang terlalu bising." Henriette berkata.
Mendengar itu,mereka hanya akur. Kerana mereka sendiri pun tidak mahu bertemu dengan 'keluarga' geng TFC walaupun ada yang tiada masalah dengan mereka. Seperti ibu bapa Laura Natasya,Franklin Perez dan Joan White. Bapa Annisa Aisya tidak dapat dilihat di mana-mana. Mungkin kerana anak tunggalnya tiada di situ. Ibunya sudah meninggal dunia beberapa tahun yang lalu tanpa diberitahu sebabnya.
YOU ARE READING
(2) ODD CLASS (Z Class season 2)
Fantasysambungan Class Z sebelum ini. Walaupun setelah kematian rakan-rakan yang telah bersama mereka untuk masa yang lama,mereka tetap meneruskan hidup. Mereka sedar bahawa mereka perlu teruskan hidup,bukannya terus bersedih dengan mereka yang sudah tiad...