Pada malam itu,ketika semua orang sedang nyenyak tidur,
Seseorang berambut campuran mendekati seorang lelaki berambut hitam biasa.
Dorm pelajar lelaki berbeza dengan pelajar perempuan yang mempunyai bilik. Bilik mereka sememangnya seperti dorm satu bilik.
Katil mereka hanyalah bersebelahan,tidak seperti dorm pelajar perempuan yang mempunyai bilik lain. Di dorm mereka, terdapat dua bilik persalinan dan dua bilik mandi. Dapur,ruang tamu dan ruang makan juga ada. Selain itu,terdapat juga beranda di setiap penjuru rumah tersebut kecuali di sisi bilik tidur mereka.
Dengan lantai yang bermozek, derapan tapak kaki dia tidak kedengaran.
Dia mendekati Haririe yang langsung tidak menyedari apa-apa kerana letih. Sudah seharian dia melakukan aktiviti lasak kerana terdapat kelas pendidikan jasmani dan mempertahankan diri. Lutfi dan Taufiq langsung tidak memberi peluang untuk mereka berehat kerana pelajar kelas Odd asyik mendahului.
Disebabkan pelajar kelas Odd original yang melepasi lebih cepat,mereka(alumni kelas Z) terpaksa mengejar dan mencapai limit mereka. Entah kenapa,mereka mengambil serius akan hal tersebut bagaikan ianya ialah satu pertandingan.
Sedangkan pelajar kelas Odd hanya menganggapnya sebagai sebuah latihan stamina mereka. Mungkin kerana mereka sudah biasa dengan latihan badan kerana tidak mempunyai kuasa membuatkan mereka berada di tahap berbeza.
Bukan hanya Haririe,tetapi semua alumni kelas Z tidur mati. Mungkin jika terdapat bom pun,mereka tidak akan bangun kerana keletihan.
Kerana dendam yang mendalam, seseorang yang mempunyai rambut campuran itu mengeluarkan sesuatu yang tajam dari tangannya. Entah dari mana dia mendapatkannya. Tetapi bentuknya sememangnya pelik,tidak sama seperti mana-mana senjata yang pernah dilihat oleh seorang pelajar.
Ketika dia ingin menamatkan riwayat Haririe,ketika dia sedang mengangkat senjatanya,
"Jangan bertindak melulu."seseorang menahan tangan tersebut.
Walaupun setelah tangannya ditahan,si dia masih lagi memandang Haririe dengan pandangan penuh kebencian.
"Let's cool down first dan keluar supaya tak kejutkan yang lain."seorang rakan mereka yang tidak mahu mengeruhkan keadaan mengajak mereka keluar.
Dengan itu,mereka yang terjaga dan mendengar itu pun keluar. Bersama si dia yang ditarik rakannya.
"Let go of me!"si dia merentap tangan rakannya yang menahan dirinya tadi sebaik sahaja mereka berada di luar.
Rakannya langsung tidak terasa hati memandangkan perkara itu hanya perkara kecil jika mahu dibandingkan dengan keadaan si dia.
"Kau tak serik lagi ke?"
YOU ARE READING
(2) ODD CLASS (Z Class season 2)
Fantasysambungan Class Z sebelum ini. Walaupun setelah kematian rakan-rakan yang telah bersama mereka untuk masa yang lama,mereka tetap meneruskan hidup. Mereka sedar bahawa mereka perlu teruskan hidup,bukannya terus bersedih dengan mereka yang sudah tiad...