"Awak semua,pelajar-pelajar baru dah sampai!"
Dengan laungan itu,mereka yang sedang berehat setelah habis mengemas kelas terus bangun dan keluar.
"Haa....baru nak rehat..."keluh pelajar berambut kuning belah tepi itu.
"Sudah,jom jumpa diorang."pelajar berambut kuning berkata sambil membantu rakannya bangun.
Di luar,
Alumni pelajar kelas Z memandang sekeliling.
Yang mana mengingatkan kepada kelas mereka dahulu.
Kelas itu berada di gunung. Tetapi, kelas Odd dibina di bawah gunung,sedangkan Kelas Z dibina di atas gunung.
Kelas Odd juga mempunyai wakaf dan dua kelas. Sama seperti mereka dahulu. Begitu juga bangunan-bangunan lain seperti perpustakaan, bilik latihan dan makmal.
Tetapi kelas itu terdapat pertambahan iaitu bangunan kolam yang mengasingkan bahagian lelaki dan perempuan serta bangunan yang lebih kepada bangsal. Khas untuk kelas menunggang kuda mereka.
Selain itu,mereka juga mempunyai gelanggang menembak dan memanah.
"Mewah jugak kelas ni."
"Mungkin disebabkan mereka tidak mempunyai kuasa,kelas tersebut digantikan dengan kelas-kelas lain."
"Tak rugi aku datang!"Ivy,Joseph,Anya dan Ulrick sudah tidak sabar ketika melihat bangunan di situ.
Sedang mereka bersemangat,ada antara mereka yang mengelamun. Kerana mereka teringat akan kelas Z. Apatahlagi ketika mereka berada di perkarangan kelas tersebut. Yang berdekatan dengan wakaf.
Sama seperti perkarangan kelas Z.
Tetapi malangnya,kelas Z sudah tiada. Bukan kerana tiada pelajar,tetapi kerana bangunan nya dilanda puting beliung yang mengakibatkan kemusnahan kepada seluruh bangunan di gunung tersebut.
Nasib baiklah barangan mereka sempat diambil dan dibawa pulang setelah mereka menamatkan pembelajaran. Termasuklah barangan rakan-rakan mereka yang sudah tiada,Roy dan Izati.
Mereka membahagikan barangan-barangan tersebut memandangkan kedua-dua rakan mereka itu tidak mempunyai keluarga.
"Baiklah. Memandangkan semua orang sudah berkumpul,kita akan teruskan dengan sesi perkenalan.
Siapa nak mula dulu?"pensyarah Reed memandang ke arah pelajar kelas Odd dengan bekas kelas Z.
"Mungkin bermula dari saya." Lutfi berkata.
"Baiklah,silakan."
"Ooh....dia bawak pedang."seorang pelajar perempuan berambut hitam,mempunyai mata turqoise berkata seraya perasan akan pedang yang tersarung di bahagian tepi pinggang Lutfi. Matanya kelihatan bersinar buat seketika walaupun tiada senyuman dibibirnya.
"Ini....hanyalah untuk keselamatan sahaja.
Alright,saya akan memulakan perkenalan. Nama saya,Lutfi. Saya akan menjadi guru atau tenaga pengajar dalam pengajaran seni mempertahankan diri kalian semua mulai hari ini dan untuk setahun lagi." Lutfi memperkenalkan dirinya.
YOU ARE READING
(2) ODD CLASS (Z Class season 2)
Фэнтезиsambungan Class Z sebelum ini. Walaupun setelah kematian rakan-rakan yang telah bersama mereka untuk masa yang lama,mereka tetap meneruskan hidup. Mereka sedar bahawa mereka perlu teruskan hidup,bukannya terus bersedih dengan mereka yang sudah tiad...