Bab 24 - kacau

4 1 0
                                    

"Apa kata kita dengar tentang pelajar kelas Odd?" Zarim mengalihkan perhatian mereka yang lain.

Kini,mereka semua memandang ke arah pelajar kelas Odd.

"Kalian kelihatan baik dan berdisiplin serta berpengetahuan. Kenapa kalian juga termasuk dalam kem ni?" Zarim bertanya ingin tahu.

Sebaik sahaja di tanya,tanpa segan silu,
"Kitorang sendiri pun tak tahu apa masalah kami."Karl menjawab.

"Kami tak pernah ponteng kelas mahupun lawan cakap pensyar---" kata-kata Xarian terhenti seketika apabila teringat sesuatu.

Maka dia pun menyambung,
"....Ok,kami pernah lawan. Tapi itupun sebab dia sendiri yang cari pasal dengan aku."

"Korang pernah ugut kitorang." Petra mencelah.

"Korang yang buat masalah." Karl menjawab santai.

"Korang bertumbuk dengan yang lain." Sharif menambah.

"It's called,self-defence, guys. Besides,masa tu kitorang sendiri masih newbies. Tak tahu peraturan lagi." Nin menjawab tanpa rasa bersalah.

"Banyaklah kau..."Nukimura yang mendengar itu memandang mereka tidak percaya.

"Kitorang hanya balas balik apa yang diberi. Itupun hanya jika diorang dah melampau. Jika tidak,kami hanya akan membiarkan." Kondrad membalas dengan senyuman.

"Malah,ada yang gunakan kuasa untuk menentang kami. We can't just sit there and avoid it." Amalina menambah.

"......"

Mereka sudah tidak tahu mahu menjawab apa maka mereka hanya diam.

"Baiklah. Seterusnya." Ain memecah kesunyian.

Malam itu,mereka meneruskan dengan ice breaking. Mendengar cerita setiap seorang yang mempunyai pelbagai masalah dan ragam.

Setelah selesai,mereka disuruh untuk masuk tidur.

Sebelum itu,mereka diminta untuk mengambil sebentuk pen setiap seorang.

"Simpan dengan elok. Pastikan kalian sentiasa pegang pen tu. Jangan hilangkan." Ibrahim berkata. Dia sudah selesai dengan pelajar yang bermasalah tadi. Sedangkan Airin masih berdiam diri.

"Pen ni untuk apa?" Joan bertanya ingin tahu.

"Pen ni ada banyak kelebihannya." Riana berkata.

"Apatahlagi ketika kecemasan." Ain menyambung.

"Apa kelebihannya?" Laura bertanya lagi.

"Pen ni boleh jadi senjata untuk kalian." Ibrahim menunjukkan sebatang pen yang sama seperti yang dipegang yang lain. Dia menekan bahagian atas pen itu. Maka keluarlah mata pen,tetapi ianya bukanlah mata pen untuk menulis kerana ianya sangat tajam.

"Matanya sangat tajam sehingga boleh mencederakan orang lain jadinya,kami berharap kalian gunakan dengan baik." Nik berkata.

"Kalau nak panjang lagi,buat begini." Ibrahim menghayunkan pen itu dengan kuat ke tepi. Serta merta,mata pen yang tajam tadi memanjang.

"Ianya nampak macam pedang." Miller berkata ketika melihat bilah yang panjang itu. Manakala badan pen itu dijadikan sebagai hulu nya.

"It is." Reid menjawab.

"Really?!"Mereka yang lain terkejut.

"Selain itu,pen ni juga boleh jadi perakam suara. Tekan pada bahagian tepi pen ini. Yang paling bawah."

Pada pen itu terdapat tiga butang yang diletakkan secara memanjang ke bawah. Butang itu tidaklah terlalu menonjol.

"Macam mana nak jadikan pen tu seperti biasa semula?" Seara bertanya ketika melihat pen Ibrahim yang masih dalam bentuk pedang.

(2) ODD CLASS (Z Class season 2)Where stories live. Discover now