Bab 6 - jangan cari pasal.

16 2 0
                                    

Disebabkan hari ini ialah hari minggu, iaitu hari cuti mereka,mereka bebas melakukan apa sahaja.

Di sisi pelajar perempuan.

"Korang berdua,kitorang ada hal sekejap. So,korang buatlah apa-apa yang korang nak. Kalau nak keluar,pastikan korang kunci pintu dan tingkap. Kalau korang lapar lagi,boleh buat makanan sendiri. Aku pasti korang pandai masak,kan?" Anirma memberitahu mereka setelah mereka habis sarapan pagi.

Ivy dan Emy menganggukkan kepala mereka.

"Korang nak pergi mana?" Ivy bertanya ingin tahu.

"Ianya rutin harian kami untuk keluar di hari minggu bersama. Hanya sesama kami sahaja. So,korang tak perlu libat sama."Anirma berkata.

"Ima,kitorang dah ready."suara Sherrly kedengaran dari ruang tamu.

"Alright,kitorang pergi dulu. Assalamualaikum."

"Waalaikumusalam."

Setelah mendengar salamnya dijawab, Anirma pun keluar.

"Baiklah,inilah masanya untuk kita siasat apa yang berlaku."Ivy berkata dengan nada berbisik kepada Emy setelah kehilangan kelibat Anirma.

Emy yang mendengar itu menganggukkan kepalanya. Mereka terus masuk ke dalam bilik untuk menyediakan barang untuk menyiasat.

"Aku dah panggil yang lain. Mereka kata, pelajar lelaki dan pensyarah Reed pun keluar jugak." Ivy berkata kepada Emy ketika mereka dalam perjalanan keluar.

Setelah bertemu dengan yang lain,mereka terus memulakan siasatan di blok A. Mereka memerlukan sekurang-kurangnya seramai lima belas orang untuk satu koridor bangunan tersebut. Disebabkan blok A mempunyai 5 tingkat dan sebanyak 5 bilik setiap koridor, maka mereka memerlukan seramai yang boleh untuk menghabiskan pencarian.

Tetapi.....

"Setakat ni,kita tak jumpa apa-apa bukti lagi." Joseph mengeluh ketika mereka sedang berehat di tangga bangunan tersebut.

Mereka bercadang untuk berehat di situ memandangkan kaki mereka sudah letih kerana hampir setengah hari mereka di blok tersebut. Kaki mereka sudah letih kerana asyik berdiri,membongkok dan berjengket untuk mencari bukti yang mencurigakan.

Semua itu mereka lakukan dengan menggunakan kuasa. Termasuk cara mereka memasuki setiap bilik. Mereka menggunakan kuasa mereka dengan pelbagai cara tanpa menghasilkan kesan ceroboh.

"Sekurang-kurangnya kita boleh keluarkan kemungkinan bahawa bangunan blok A tak ada tanda-tanda kuasa jahat." Dalton berkata.

"Itu pun kita tak habis mencari lagi...." Ulrick juga turut mengeluh.

"Tingkat atas kita tak cari lagi..."Anya juga.

"Masih ada dua puluh blok lagi...."dan Joseph lagi sekali.

"Akademi ni besar. Jadi,tak hairan kalau bangunan nya banyak." Ivy berkata dengan nada malas. Letih juga untuk mencari bukti. Jika sebelum ini,dia mempunyai ramai orang untuk menggeledah dan mencari bukti.

Haririe sudah bersandar pada dinding kerana letih. Walaupun setelah menggunakan kuasa halilintarnya untuk bergerak cepat, dia tetap tidak dapat memasuki kebanyakan tempat.

"Janganlah down sangat. Kita baru dua hari di sini. Kes kes begini memang mengambil masa yang lama." Valery memberi kata-kata semangat.

"Apa kata kita rehat dulu? Balik,lepas tu petang nanti,kita sambung." Taufiq mencadangkan.

Memandangkan tiada orang di bangunan akademi,mereka boleh keluar masuk sesuka hati mereka.

"Ok."Dengan persetujuan itu,mereka pun pulang.

(2) ODD CLASS (Z Class season 2)Where stories live. Discover now