Bab 38 - Menjaga?

3 1 0
                                    

"We should go in,now." Xarian yang sudah gatal tangan untuk bertindak berkata.

"Jom."

Dengan itu,mereka masuk ke dalam bilik VVIP ahli TFC kecuali Franklin Perez, Laura Natasya dan Joan White. Disebabkan mereka telah membuat rancangan,senang untuk mereka bertindak.

Anirma memasuki bilik Seara Ortiz.

Amalina,Mo dan Shin memasuki bilik Erika Gordon. Memandangkan bapa Erika juga berada di dalam sana,Shin diperlukan.

Ming dan Nin memasuki bilik Aubrey

Kondrad dan Karl memasuki bilik Miller.

Henriette dan Xarian memasuki bilik Quill Powell.

"Woah,woah. What we got here?" Xarian terus menyapa mereka sebaik sahaja masuk dengan kuat supaya rakan-rakannya tidak perlu menyapa.

"Apa yang korang buat di sini?! Ini kawasan----"

Belum sempat bapa Quill menggunakan kuasanya terhadap mereka,

"Maybe you should just shut up."Henriette berkata sambil memandang ke arah lelaki tua itu dengan pandangan tajam.

!

"Atau kau nak kena lebih teruk?" Xarian bertanya sambil menunjukkan telefonnya yang kini sedang merakam tangannya yang menghasilkan kuasa api.

Terasa tergugat dengan semua itu,lelaki tua itu terus berlalu pergi.

Begitu juga ibu bapa mereka yang lain. Mereka yang keluar hampir serentak hanya memandang lantai dan menutup muka kerana malu. Dan berlalu pergi.

"Tak best betullah." Xarian mengeluh.

"Sudah. Kita kena letak ubat kat belakang tengkuk dia. Aku akan tengok kat luar. Kau letak." Henriette berkata.

Xarian hanya menganggukkan kepalanya tanda akur. Dia mengeluarkan sebotol ubat.

"Alright now. Kau tak yah takut. Aku nak letak ubat je ni. Kau kena tahan sikit,ye. Sebab boleh tahan sakit jugak nak letak ni. Sekali sentuh,fuh....memang menyengat gitu rasanya." Xarian cuba untuk menenangkan Quill dengan bercakap dengan banyak dan mesra.

"Ka...kau---" Quill yang masih terkejut dengan apa yang berlaku berundur ke belakang.

"Alah,tak sakit pun. Aku letak slow slow je. Ini pun supaya luka kau tu tak jadi lebih teruk. Nanti masuk kuman,makin teruk bengkak kat belakang tengkuk kau." Xarian cuba bercakap supaya jejaka pendiam itu percaya akan dirinya.

"Ma...macam mana...ka...kau...kau tahu?" Quill bertanya was-was. Dia pasti tiada yang perasan akan itu kerana ditutup rambutnya yang panjang di belakang,di tambahkan pula dengan tak ramai yang mengambil kisah mengenai dirinya.

Jadi,dia fikir tiada yang tahu.....mahupun peduli.....

"Sebab kami tahu!" Xarian berkata dengan senyuman mesranya.

Melihat Xarian yang sebegitu,Quill perlahan-lahan mendekati nya. Memberikan kepercayaan kepada jejaka mesra itu.

Semasa sedang menyapukan ubat itu,perlahan-lahan Xarian merasakan bahu jejaka itu berhinjut-hinjut,bersama tangisan yang mula pecah.

Xarian,yang selalunya bising,hanya diam melihat itu. Dia mahu memberikan ruang untuk lelaki itu melepaskan sesak di dadanya. Yang telah lama ditahan.

Setelah selesai,Quill asyik menyeka air matanya kerana malu menangis di hadapan Xarian.

"Jaga diri kau baik-baik. Ingat,badan tu bukan milik kau. Allah bagi pinjam je tau. Kau kena keluar dari rumah tu secepat mungkin." Xarian memberikan sebiji kamera kepada Quill dengan senyuman lebarnya yang ceria.

(2) ODD CLASS (Z Class season 2)Where stories live. Discover now