"Baiklah."
Dengan itu,mereka yang lain bersedia dengan kuasa masing-masing dan mula bangun dengan berhati-hati. Sedangkan pelajar kelas Odd masih duduk di tempat duduk mereka dengan tenang.
Ketika Aidil berada di hadapan pintu bas, ianya tiba-tiba dibuka.
!
Musuh yang berpakaian serba hitam terkejut begitu juga yang lain.
Tetapi,tanpa melengahkan masa,Aidil terus menolak musuh tersebut dengan ombak air yang kuat sehingga musuh yang berada di belakang juga turut sama terseret jauh.
'That scares me...' Aidil berfikir seketika sebelum menenangkan dirinya dengan cepat.
Dia mengarahkan dengan lantang,
"Ambik musuh masing-masing!"'That's our leader!' Mereka yang lain menurut dan mula mendekati lawan masing-masing.
Tanpa membuang masa,mereka mengeluarkan kuasa dan terus berlawan dengan cara sendiri.
Aidil Adha berlawan dengan cekap menggunakan kuasa air dan anginnya. Dengan senang,dia mengelak dan lemaskan musuh. Tanpa membunuh mereka,dia hanya mengehadkan oksigen musuh membuatkan mereka pengsan. Dia melemaskan mereka dengan membentuk bebola air pada kepala musuh dan menjerut leher musuh membuatkan mereka tidak dapat bernafas.
Malik pula berlawan dengan kuat. Menggunakan kuasa api dan tanahnya,dia mengganggu kestabilan musuh dan membakar pakaian mereka. Walaupun setelah menggunakan kuasa,Malik menguatkan lagi kuasa apinya membuatkan mereka habis melecur. Tetapi,mereka masih cuba untuk menyerang. Maka,untuk menghabiskan mereka, Malik menumbuk mereka dengan menghasilkan bebola tanah. Dengan kelajuan yang tinggi,sebaik sahaja bebola itu terkena musuh,mereka terus pengsan dengan darah yang agak mengalir kerana cedera terkena bebola itu.
'Er....aku terkuat ke?'Miller Blair menyerang dengan kasar. Menggunakan tanah yang dicampurkan air,dia melemparkannya ke arah musuh, tepat pada kaki menyebabkan ianya membentuk perangkap. Mereka tidak dapat bergerak. Baru sahaja mereka ingin menyerang dengan kuasa,Miller sudah terlebih dahulu menyerang mereka dengan membentuk perangkap tangan, yang memerangkap kedua-dua tangan mereka secara menyeluruh menyebabkan mereka tidak dapat menggunakan kuasa mereka. Tidak habis di situ,dia memengsankan mereka dengan melemaskan mereka menggunakan kuasa airnya.
Aubrey Senia berlawan dengan perlahan kerana belum dapat membiasakan diri tetapi serangannya agak bahaya. Walaupun mempunyai kuasa yang sama seperti Aidil,dia menggunakan air dan anginnya untuk memengsankan musuh-musuhnya satu per satu. Air digunakan untuk melembapkan tanah menyebabkan tanah yang dipijak musuh menjadi lembab dan menjadi lumpur jerlus. Seperti yang lain,musuh ingin menyerang dengan kuasa tetapi dielak oleh Aubrey.
'Aku tak de taktik lain selain apa yang Aidil buat.......
Kalau ada pun,ianya untuk 'diorang' ' Maka,kerana tiada taktik yang dia pandai, untuk dipengsankan sahaja,dia melakukan seperti apa yang Aidil lakukan.Seara Ortiz pula lawan dengan pantas. Dia tidak mahu membazirkan masa. Maka,dengan menggunakan angin,dia menumbuk mereka dengan menghasilkan tangan tanah. Menggunakan impak daripada tanahnya yang dicampurkan angin untuk menambah kelajuan,musuh terus pengsan.
Erika Gordon agak sukar untuk menyerang pada mulanya tetapi semakin berubah ketika dia mula lawan dengan smooth. Dia bergerak perlahan tetapi dapat mengelak dengan senang. Pada masa yang sama,menyerang mereka dengan air tajam yang dihasilkan. Melihat musuh yang masih cuba bangun,Erika menyerang dahulu dengan memengsankan mereka melalui titik tekanan di belakang leher mereka,dengan menggunakan anginnya untuk bergerak pantas.
YOU ARE READING
(2) ODD CLASS (Z Class season 2)
Fantasysambungan Class Z sebelum ini. Walaupun setelah kematian rakan-rakan yang telah bersama mereka untuk masa yang lama,mereka tetap meneruskan hidup. Mereka sedar bahawa mereka perlu teruskan hidup,bukannya terus bersedih dengan mereka yang sudah tiad...