Bab 28 - hunting time! 3

5 1 0
                                    

Mereka semua sedang membuat perbincangan untuk memindahkan mangsa-mangsa mereka dari bangsal lama yang dijadikan sebagai markas sementara mereka itu. Memandangkan tempat itu agak menonjol,mereka perlu bergerak secepat yang mungkin.

Ketika itulah,

"Seronok buat jejak kasih,nampak."

!!

Suara seseorang yang kedengaran itu membuatkan mereka semua mula memandang sekeliling.

Kcang!!

Mereka yang berada di dalam terkejut apabila tingkap kaca yang berhampiran mereka pecah. Kerana dirempuh oleh seseorang,bukan, tetapi agak ramai orang.

Mereka ialah pelajar kelas Odd!

"Ollo!" Xarian dengan casual nya menyapa musuh dengan senyuman lebar dan semangat nya.

Kini,mereka dapat melihat pelajar kelas Odd bersama senjata yang berbeza,memandangkan mereka telah memberikan pen yang boleh dijadikan senjata kepada pelajar yang lain,mereka perlu menggunakan senjata mereka sendiri. Yang mana perlu digunakan ketika saat yang genting sahaja. Iaitu sekarang.

Kelihatan Shin,Mo,Anirma dan Amalina memegang sebilah pisau rambo setiap seorang daripada mereka. Nin dan Ming juga mempunyai pisau rambo tetapi mereka mempunyai dua setiap seorang. Sedangkan Xarian dan Henriette masing-masing tidak memegang apa-apa senjata. Manakala Karl dan Kondrad hanya memegang lastik di tangan mereka. Walaupun kelihatan kecil dan biasa-biasa sahaja kerana diperbuat daripada kayu,ianya telah banyak menumpaskan musuh.

"Tunggu apa lagi?! Belasah!!"Mendengar laungan Nin,mereka semua mula meluru ke arah musuh untuk membelasah mereka. Begitu juga pihak musuh.

Dengan itu,berlakulah perlawanan antara pelajar kelas Odd dan musuh.

Ketika mereka sedang sibuk,

"Kenapa kau tak beritahu bahawa masih ada yang belum ditangkap?"Ketua penjahat sempat bertanya kepada Zarim dan Airin.

"Mereka tak perlu ditangkap pun. Mereka hanyalah pelajar biasa je. Langsung tak ada kuasa. Mereka tak berguna untuk korang." Airin berkata sambil memandang rendah terhadap pelajar kelas Odd.

'Tak berguna? Hah! Mereka semua ni buta ke? Budak-budak tu datang tanpa aku sedar pun kehadiran mereka. Besides,mereka bagaikan sudah terbiasa dengan perlawanan besar yang melibatkan nyawa!' Ketua musuh bermonolog sendirian sambil memikirkan dirinya yang bagaikan lagi rendah dari pelajar-pelajar itu kerana dia langsung tidak mengesan kehadiran mereka. Malah,dia dapat merasakan sesuatu daripada mereka...

"Tetapi,untuk keselamatan,saya suruh beberapa orang untuk cari dan bunuh mereka supaya tidak menyusahkan." Zarim berkata.

"Oh,jadinya mereka tu orang kau ke?"seseorang menyampuk.

!

"Kuargh!"

Belum sempat Zarim memberi riaksi,dirinya telah ditendang oleh lelaki yang menyampuk perbualan mereka tadi.

"Hahaha! Cepat betul kau melayang. Wey! Tak seronoklah macam tu. Gunakan kuasa kau!" Xarian mula menggila.

Airin,Zarim dan ketua musuh terkejut ketika melihat ramai yang sudah bergelimpangan di tanah. Dengan darah. Begitu juga pelajar-pelajar kelas Odd. Tetapi musuh pasti, darah yang berada pada pakaian mereka itu bukanlah darah mereka.

"Let's party!"

Setelah Xarian berkata begitu,pelajar perempuan mula mendekati fasi Mariam,Riana dan Ain manakala pelajar lelaki mendekati fasi Eiji,Reiji dan Reid. Sedangkan Airin diuruskan Amalina dan Zarim diuruskan Xarian memandangkan dia yang paling laju menyerang Zarim kerana berada dalam mood berlawannya.

(2) ODD CLASS (Z Class season 2)Where stories live. Discover now