"Kenapa korang lambat balik? Biasanya korang balik awal." Lin Yan bertanya pelik ketika melihat Anirma,Amalina dan Sherrly baru pulang ketika waktu hampir memasuki jam 2 petang.
Mereka mengambil masa yang agak lama untuk menenangkan Erika Gordon dan membawa wanita itu ke hospital terdekat. Tetapi,dengan statusnya sebagai seseorang yang agak terkenal, mereka perlu membawa wanita itu secara sembunyi. Mereka sudah menyuruh doktor yang merawat Erika Gordon untuk tidak mewar-warkan perkara tersebut.
Dan jawapan doktor tersebut melegakan hati mereka,
"Jangan risau,hal pesakit ialah privasi kami maka perkara ini tidak boleh dibawa keluar kecuali jika pihak berkuasa yang bertanya.""We have some matter that we have to settle."Sherrly menjawab dengan senyuman supaya mereka yang lain tidak bertanya lebih.
Anirma sudah mengingatkan pelajar lelaki untuk tidak membocorkan hal tersebut kepada sesiapa sahaja. Lupakan apa yang terjadi.
"Ivy dengan Emy pun belum balik lagi." Amalina berkata.
"Mereka cakap yang mereka akan balik lambat hari ni sebab ada hal dengan kawan-kawan dia yang lain." Ming menjawab.
"Ohh..."
"Jadi,Lin,Yue. Apa yang korang dapat hari ni?"
"Err...doktor cakap..." Yue Lan memandang ke bawah.
"Ha...tumor dia makin membesar. Doktor suruh operate tapi dia tak nak..."
"Kita tak cukup duit,Lin..."
"Kau boleh je minta dengan kitorang. In sya Allah,cukup untuk pembedahan kau." Mo yang berada di situ menyampuk.
"Sa...saya tak nak susahkan awak semua... macam mana kalau....ianya tak--"
"Na'ah. Don't say that. Jangan kau berani-berani sebut pasal benda yang belum pasti."
"Lagipun,peluang untuk kau sembuh lebih tinggi pada keadaan ni. Jangan sampai keadaan dah jadi teruk,apabila tumor kat otak kau tu makin membesar,baru kau nak menyesal, Yue."
".....saya tak tahu nak buat apa..."
"Kalau kau tak nak,tak pe. Kami tak nak paksa. Kami hanya mampu nasihat pada kau je. Semuanya atas keputusan kau. Tapi,kalau ada masalah,beritahu kitorang. Jangan segan-segan minta. Jangan harapkan adik kau beritahu kitorang. Faham?"
Yue Lan menganggukkan kepalanya.
"One more thing I would like to ask."
"Er...apa dia?"
"Kau ada bergaduh dengan orang ke?" Anirma bertanya sambil memandang ke arah Lin Yan.
"Err...."Lin Yan memandang ke arah lain dengan senyuman kekok.
"Maaf." Yue Lan meminta maaf.
Anirma mengeluh.
"Did something happend? Lin Yan bukan jenis yang suka-suka je bergaduh dengan orang lain secara fizikal." Amalina bertanya.
"Actually..."
"Semuanya baik je masa kami dalam perjalanan ke sana. Tapi,bila kami nak balik,ada halangan..."
FLASHBACK
******"Akak pasti tak nak beli lebih lagi? Takut-takut cepat habis je nanti..." Lin Yan bertanya kepada Yue Lan ketika mereka dalam perjalanan pulang ke akademi.
"Tak pe lah. Bila dah habis nanti kakak pergi beli je. Kamu janganlah risau." Yue Lan berkata dengan senyuman.
"Tapi kakak selalu lupa nak beli. Doktor cakap jangan tinggal ubat tu walaupun sehari,kan? Disebabkan kakak dah tak makan ubat tu lima hari,keadaan kakak dah makin teruk,tau... Nanti--" kata-kata Yue Lan disampuk oleh seseorang.
YOU ARE READING
(2) ODD CLASS (Z Class season 2)
Fantasysambungan Class Z sebelum ini. Walaupun setelah kematian rakan-rakan yang telah bersama mereka untuk masa yang lama,mereka tetap meneruskan hidup. Mereka sedar bahawa mereka perlu teruskan hidup,bukannya terus bersedih dengan mereka yang sudah tiad...