"So,nak pergi ke?" Ivy bertanya.
"Kena pergi. Kalau tidak,nama kita akan dimasukkan dalam masalah disiplin. Aku tak nak nama aku kotor hanya sebab tak mahu pergi ke majlis mengarut tu." Lin Yan berkata dengan nada menyampah. Dia sempat menggulingkan bola matanya. Walaupun baru mengetahui kisahnya,dia terus menamatkan rasa menyampah dengan geng TFC.
"Erm....nak pakai baju apa?"Pelajar lelaki tertanya-tanya. Memandangkan mereka jarang ke majlis rasmi,mereka tidak tahu apa yang hendak dipakai. Lagipun,ini kali pertama mereka dijemput oleh TFC setelah lima tahun atau tiga tahun mereka bertapak di situ.
Begitu juga pelajar baru. Mereka tidak tahu mahu pakai baju yang bagaimana.
"Anything."pelajar perempuan berkata serentak dengan nada yang berbeza.
Pelajar lelaki yang baharu berasa pelik kerana biasanya,pakaian ialah perkara paling penting untuk wanita.
"Tak payah pakai cantik-cantik sangat. Pakai yang biasa kita pakai je." Anirma membuat kata putus.
"Kalau kita pakai yang menyerlah, diorang(TFC) akan kata yang kita cuba curi perhatian diorang. Dan kalau pakai baju biasa sangat,diorang akan tindas. So,just wear anything normal. Asalkan tak bogel sudah." Mo mengeluh.
"Amboi,kasar nampak." Karl berkata.
"Alright then,dah sebulat suara. Semua setuju untuk pergi dan pakai apa sahaja baju yang korang boleh sarung." Anirma berkata.
"Yeah...." Mereka yang lain jawab dengan nada pasrah.
Pada malam gala,
Seperti yang dibincangkan, mereka hanya memakai pakaian yang biasa.
"Eh? Mana Sherrly?" Lutfi bertanya ketika dia tidak menemui wanita bertudung tersebut bersama pelajar perempuan.
"Entah. Dia keluar awal tadi jadi rasanya, mungkin dia dah ada kat sana." Azharina menjawab.
"Reed pula mana?" Lin Yan bertanya.
"Dia juga dah pergi awal-awal tadi." Lutfi menjawab.
"Pensyarah Riyadh pula ke mana?" Yue Lan bertanya.
"Dia memang selalu menghilang."Lutfi dan Taufiq menjawab serentak.
Dalam perjalanan mereka mendekati dewan utama sahaja pun mereka sudah boleh mendengar lagu yang tidak menyenangkan.
"Ergh...."Mereka terpaksa menahan.
"Aku mula menyesal dengan keputusan ni..." Karl mengeluh.
"Kita perlu ke sini juga. Kalau tidak,kita akan dikenakan denda yang lebih teruk." Kondrad mengingatkan.
"Sudah,jom masuk." Anirma menghentikan perbualan mereka.
Dengan keberanian,mereka memasuki dewan tersebut setelah memberikan tanda tangan sebagai tanda kehadiran mereka di situ.
Sebaik sahaja mereka masuk,mereka mula dipandang oleh pelajar lain yang juga mula berbisik antara satu sama lain.
"Ah....aku nak keluar dari tempat ni secepat yang mungkin...." Karl mengeluh lagi sekali.
"Boleh tak kita cau terus?" Xarian bertanya.
"Jangan mengarut." Henriette membantah.
Melihat sahaja mereka masuk,
Seseorang yang sudah menunggu mereka dari tadi memulakan langkah ke arah mereka.
"Hey guys."
?
YOU ARE READING
(2) ODD CLASS (Z Class season 2)
Фэнтезиsambungan Class Z sebelum ini. Walaupun setelah kematian rakan-rakan yang telah bersama mereka untuk masa yang lama,mereka tetap meneruskan hidup. Mereka sedar bahawa mereka perlu teruskan hidup,bukannya terus bersedih dengan mereka yang sudah tiad...