Bab 15 - sakit hati.

7 1 0
                                    

"Rasanya baby ni tak cukup orang lah~"

Masing-masing sudah mengepal tangan. Ada yang sudah memandang tajam,ada yang sudah menggigit bibir dan menarik nafas untuk bertenang,tidak mahu mengamuk di situ. Kecuali semester 3 yang tidak mengetahui apa-apa.

Terdapat enam bentuk bayang yang terhasil daripada cahaya mentol wakaf dan lampu yang tersedia di taman itu.

'Kenapa dalam banyak-banyak manusia....'pelajar semester 5 yang melihat enam orang yang tiba-tiba sahaja membuat kacau disitu memandang mereka dengan wajah tidak senang. Malah,Xarian yang selalu tersenyum juga langsung tidak tersenyum ketika memandang enam orang itu.

Ini kerana mereka,pelajar semester 5 mengenali enam pendatang asing itu. Mereka ialah sebahagian daripada TFC. The Fake Chosen. Yang sangat menjengkelkan.

Manakala yang tidak menjengkelkan bagi mereka,pelajar yang boleh mendapat anugerah pelajar berakhlak terbaik ialah, enam orang yang mereka bertemu tadi. Yang sedang membuat study grup bersama. Laura Natasya,Joan White, Franklin Perez dan isterinya,Aisya Annisa. Bersama Beathany dan Cynthia Meory.

Last but not least,seorang lagi ialah ketua mereka,Quill Powell,yang paling tidak membantu. Dia juga berada di situ tetapi langsung tidak masuk campur. Hanya memandang dari belakang. Ada juga lagi seorang wanita yang bernama Erika Gordon,wanita berambut blond yang disuruh memberikan minuman kepada pelajar-pelajar tersebut. Dia hanya mampu senyap ditepi kerana tidak tahu mahu berbuat apa. Dia antara wanita yang lemah jika berada di dalam kumpulan tersebut.

Total semua sekali,12 orang.

"Hey honey,tak baik tau cakap macam tu. Nanti baby ni nangis. Kan sayang?"salah seorang daripada mereka mendekati Annisa dan menarik-narik pipi nya.

"Ergh..."Annisa hanya mampu menahan sakit.

"Enough,miss Ortiz." Frank yang tidak suka wajah isterinya disakiti menepis tangan wanita itu.

Dia tidak dapat menahan dirinya daripada melihat isterinya disakiti dihadapannya oleh wanita bernama Seara Ortiz.

Sehingga merah pipi rakannya itu dikerjakan. Sudahlah bau alkohol kuat,mereka yang lain tidak dapat menahannya terus menutup hidung masing-masing.

"Alahai,jangan lah marah,baby~" baru sahaja wanita yang digelar miss Ortiz ingin melakukan hal yang sama terhadap Annisa lagi sekali,

"Tak payah buat kecoh kat sini. Bla je lah. Korang semua pun. Menyemak je kalau korang ada kat sini pun." Laura berkata geram setelah menahan tangan Miss Ortiz.

"Hmp. Rude girl." Ortiz menarik semula tangannya.

"Well,now. Kami cuma nak tahu,mana yang lain. Kami kan orang yang 'baik'~" wanita bernama Aubrey berkata dengan senyuman mengejek.

"Eh,eh,honey. Bukan macam tu. Rasanya mereka tak faham lagi. Kita kena lebih spesifik."seorang lagi lelaki bernama Miller berjaya.

"Oh,macam tu. Cakaplah awal-awal. Kita tanya baliklah kalau macam tu. Ehem,ehem, guys, where are the dead people?" Aubrey bertanya atau lebih kepada cuba mencabar pelajar-pelajar tersebut.

Lagi sekali,mereka yang lain memasang wajah ketat.

?

Sedangkan pelajar semester 3 masih dengan wajah keliru mereka.

Melihat wajah mereka,
"Pfft...Hahahahaha!"empat orang pendatang asing,kecuali Powell dan Erika Gordon ketawa. Mereka berdua hanya memandang dari tepi. Bagi Powell,dia tidak perlu masuk campur dalam urusan kecil begitu. Manakala bagi Erika,dia tidak berdaya melakukan apa-apa.

(2) ODD CLASS (Z Class season 2)Where stories live. Discover now