Bab 21 - Diserang

6 2 0
                                    

"Erika!" Seara orang pertama yang bertindak berlari mendekati Erika. Dia cuba memisahkan Erika dan lelaki tua itu tetapi tidak berjaya.

'Kuat nye!' Seara berfikir ketika dirinya cuba menarik tangan lelaki itu sekuat tenaganya.

"Hoi! Tolong arr!" Seara menjerit kepada rakan-rakannya yang kaku.

Michael mula bertindak menolak lelaki tua itu pergi tetapi,

Buk!

"Argh!"

Belum sempat Michael tiba,tangan Seara yang sedang memegang tangan lelaki tua tadi direntap kuat menyebabkan wanita itu pula yang ditolak. Tolakan itu agak kuat sehingga dia agak terseret sebelum dia bertahan dengan kedua belah kakinya.

"Tch." Seara memandang lelaki tua itu dengan pandangan tidak puas hati.

"Kau!"Michael cuba menyerang tetapi,dirinya pula yang ditolak angin.

"Apa...kah?"Disebabkan angin yang menerpa, mereka tidak boleh bergerak,malah ditolak jauh daripada Erika yang masih dipegang oleh lelaki tua itu.

"Ergh.."Apa yang mereka boleh buat ketika ini hanyalah menahan diri daripada terpelanting. Diri mereka lemah tanpa kuasa.

Tiba-tiba,

"Hiaargh!"

Angin berhenti.

Mereka kini dapat melihat dengan jelas, bahawa di hadapan mereka kelihatan Erika yang sudah dilepaskan tetapi masih kaku memandang lelaki tua yang sedang memandang tajam ke arah orang yang menghalang rancangannya.

"Korang ok?"orang yang membantu mereka bertanya dari atas pokok.

"Quill?"

"Yeah,it's me." Quill menjawab dengan nafas mengah. Sebenarnya,dia baru sahaja bangun dari pengsannya ketika dia dapat merasakan sesuatu yang tidak kena. Disebabkan itu,dia terus mencari rakan-rakannya. Walaupun tidak menggunakan kuasa,Quill dapat mencari dengan pengalaman dia ketika di dalam hutan tak lama dahulu. Di mana dia tersesat,atau boleh dikatakan ditinggalkan.

Apa-apa pun,sebaik sahaja dia mendekati kawasan rakan-rakannya berada,dia dapat merasakan angin yang kuat. Dia dalat rasakan rakan-rakannya sedang diserang. Tanpa berfikir panjang, dia menggunakan jalan lain untuk menyerang dari belakang. Sambil melompat dari pokok ke pokok lain.

Sebaik tiba di belakang lelaki tua,dia terus mengambil akar yang tumbuh di atas pokok itu untuk dijadikan tali. Dia bergayut pada akar itu untuk menendang musuh yang leka.

"Kau...." lelaki tua itu mula menyerang Quill dengan kuasa angin agar dia jatuh dari pokok.

"Korang,lari sekarang! Erg..."Quill berkata sambil turun dan bersembunyi di sebalik batang pokok.

"Powell!"

"Run!"Quill mengarahkan.

"Na'ah. Kau tak boleh guna kuasa sekarang ni." Miller membantah.

"So do you guys." Quill membalas.

"Sebab tu lah," Michael menarik sebatang ranting kayu yang kelihatan agak besar berdekatan dirinya,

"Kita kena bekerjasama. Aubrey dan Miller,korang pergi beritahu fasi memandangkan korang laju. Yang lain,lawan dan pastikan kita tangkap pak cik ni!" Michael menyambung.

Tanpa bantahan, mereka menurut.
"Baik!"

Aubrey dan Miller pergi untuk mencari fasi atau sesiapa sahaja untuk meminta pertolongan. Manakala mereka yang lain mula meluru ke arah

"Heh. Siapa ketua sekarang?" Quill yang melihat itu sempat tersenyum sinis.

"Don't laugh,idiot." Seara berkata geram. Boleh pula dia gelak ketika ini.

(2) ODD CLASS (Z Class season 2)Where stories live. Discover now