Alumni pelajar kelas Z yang sedang berjalan-jalan di pekan akhirnya berhenti di sebuah kedai manisan kerana masing-masing sudah letih. Lagipun,ada antara mereka yang ingin rasa manisan seperti Ivy dan Emy.
"Jadi,sinilah tempat kau kerja?"Anya bertanya kepada Haririe.
"Apa yang kau merepek ni? Tempat aku kat Hoxenlight lah. Bukan kat sini...." Haririe membalas pelik.
"Sudah,sudah. Mari kita masuk." Valery mengajak mereka masuk.
Kling!
Loceng pada pintu terus berbunyi sebaik sahaja mereka masuk.
Setelah mendapat tempat duduk,pelayan terus bertanya order mereka dengan baik. Setelah selesai mengambil order,pelayan itu pun pergi.
Mengambil kesempatan itu,mereka memandang sekeliling kafe manisan yang cantik dan penuh dengan hiasan itu. Servis yang mantap membuatkan mereka berasa tidak hairan jika terdapat ramai pelanggan yang datang.
Tetapi, ketenangan itu tidak berkekalan ketika ada yang merosakkan.
Seorang pekerja yang keluar untuk menghantar pesanan pelanggan menyebabkan pelanggan yang mengenali pekerja itu mengeluh. Malah,terdapat juga pelanggan yang berura-ura pergi.
?
Alumni pelajar kelas Z dan pelanggan baru tidak mengetahui apa yang berlaku berasa pelik.
Sehinggalah mereka menyaksikan sendiri sebabnya.
Pinggan dihempas sambil lewa ke meja pelanggan. Baru sahaja pekerja itu ingin pergi, pelanggan yang mengandung itu meminta garfu dan sudu.
"Kalau kau nak sudu atau garfu,ambik je kat kaunter. Tak payah nak meminta macam pengemis kat sini. Tak de kaki ke? Ini pun dah baik aku bagi kau makanan."balas pekerja lelaki itu. Wajahnya masam. Langsung tiada senyuman sejak dia mula keluar dari kaunter belakang tadi.
Pelanggan yang mengandung itu hanya mampu terdiam.
"Woah..."alumni pelajar kelas Z memandang antara satu sama lain.
Sedangkan pelanggan yang lain mula berbisik antara satu sama lain.
Haririe yang tidak dapat menahan perkara itu pun bangun dan mengambil garfu dan sudu.
"Bukan ke itu kerja kau?" Haririe bersuara setelah memberikan garfu dan sudu kepada pelanggan itu.
"Terima kasih."pelanggan yang mengandung itu berkata.
"Sama-sama."haririe menjawab dengan senyuman.
"Kau ingat kau siapa nak cakap macam tu?"pekerja itu bertanya kepada Haririe yang kini berada di hadapannya.
"Seorang manusia." Haririe menjawab sambil lelaki.
Rakan-rakannya ketawa kecil mendengar itu. Walaupun ada yang menggelengkan kepalanya seperti Shui,Dalton,Valery, Emy dan Taufiq.
"Aku rasa dia ni makan gaji buta." Anya menyampuk.
"Atau mungkin dia yang dah buta." Ulrick mencelah kasar.
"Kau memang nak kena pelempang aku." Haririe berkata kepada Ulrick yang cakap lepas.
"Ops." Ulrick yang menyedari kata-kata hanya mampu tersenyum pahit.
Pekerja itu pula mencelah,
"Apa yang pelanggan macam korang ni tahu tentang serving makanan kepada orang lain? Nothing,bit***.""You should learn manners,boy." Taufiq yang mendengar kata-kata kesat itu memberi amaran.
"Who are you to talk to me like that,huh?"pekerja itu bertanya kasar.
Pada masa yang sama,Valery merakam perbuatan itu. Haririe menyuruhnya merakam untuk dihantar ke atasan sebagai bukti.
YOU ARE READING
(2) ODD CLASS (Z Class season 2)
Fantasysambungan Class Z sebelum ini. Walaupun setelah kematian rakan-rakan yang telah bersama mereka untuk masa yang lama,mereka tetap meneruskan hidup. Mereka sedar bahawa mereka perlu teruskan hidup,bukannya terus bersedih dengan mereka yang sudah tiad...