CHAPTER 1

32.7K 790 25
                                    

TOK...TOK...TOK...

" 'ARMIELYA, BUKA PINTU NI!!"

Pintu bilik diketuk tetapi tidak bersahut. Datin Qaisara Qaiesy Yap mengetap bibirnya geram. Diketuk pintu bilik anak daranya sekali lagi dengan kuat. Tetapi masih lagi tidak berjawab. Dia turun ke bawah semula untuk mengambil kunci pendua pintu bilik anak daranya. Sampai sahaja di bawah, dia terserempak dengan suaminya Dato' Tengku 'Armirul Qarl yang baru balik dari masjid.

"Hah... Sara, kamu dah kenapa ni tergopoh-gapah?" tanya Dato' Tengku 'Armirul Qarl pada isterinya. Datin Qaisara Qaiesy Yap mengeluh perlahan.

"Anak dara abang tu ha..Saya dah ketuk banyak kali pintu bilik macam nak roboh dah, tapi tak juga buka. Geram saya bang, anak dara apa tidur lagi time ni. Ni Sara ambil kunci pendua nak buka tengok hidup lagi ke tidak. Abang duduk la dulu, Sara nak naik atas sekejap tengok budak bertuah tu", kata Datin Qaisara Qaiesy Yap sambil melangkah laju menuruni tangga. Dato' Tengku 'Armirul Qarl hanya menggelengkan kepalanya melihat tingkah laku isterinya itu.

Sampai sahaja di depan pintu bilik 'Armielya, Datin Qaisara Qaiesy Yap terus membuka pintu bilik anaknya. Ditolak pintu bilik itu dengan kasar. Mengucap panjang apabila dia melihat anak bongsunya masih terbongkang atas katil.

"TENGKU 'ARMIELYA QAIESY QARL BINTI TENGKU 'ARMIRUL QARL!!!", jerit Datin Qaisara Qaiesy Yap sambil tangannya merentap kasar duvet yang membalut badan 'Armielya yang sedang lena itu. Terpisat-pisat 'Armielya bangun kerana bilik tidurnya bergegar dengan jeritan Mamanya.

"Kenapa dengan Mama ni? Pagi-pagi dah jerit", ujar 'Armielya perlahan sambil menarik kembali duvet untuk menyambung tidur. Mata Datin Qaisara Qaiesy Yap terjegil besar kerana tidak menyangka anaknya akan kembali menyambung tidur. Dia menutup suis penghawa dingin dan berlalu ke tingkap untuk menarik langsir bilik anaknya itu. Ditekan suis lampu bilik supaya tidur 'Armielya terganggu dek cahaya.

" 'ARMIELYA!!", panggilnya keras.

"Owh...Tahu pun dah pagi. Kamu ni tahu tak yang kamu tu dah tua bangka tapi tak sedar diri yang matahari dah mencacak tinggi atas kepala. Baik kamu bangun kalau tak nak tidur atas sofa malam ni", ujar Datin Qaisara Qaiesy Yap tegas sambil tangannya menarik cuping telinga 'Armielya. 'Armielya terjerit apabila Mama menarik cuping telinganya.

"Iye Mama... 'Armie bangun la ni. 'Armie banguunn", ujar 'Armielya sambil tangannya terkial-kial melepaskan tarikan Mama di cuping telinganya. Datin Qaisara Qaiesy Yap melepaskan telinga 'Armielya seraya mengorak langkah keluar. Tiba-tiba dia berpaling kembali.

"Kalau kamu sambung tidur lagi, Mama takkan teragak-agak untuk terima lamaran Datin Aida, kamu dengar tak 'Armielya", ugut Datin Qaisara Qaiesy Yap dengan suara yang keras.

'Armielya mendengus perlahan apabila mendengar ugutan Mamanya. Dia tahu yang Datin Qaisara Qaiesy Yap tidak bergurau dengan ugutan tersebut. 'Armielya bangun dalam keterpaksaan lalu mengorak langkah ke arah bilik mandi untuk bersiap turun ke bawah. Sambil mandi dia mendengus perlahan kerana teringatkan anak Datin Aida yang gatal itu. Handsome tu handsome, tapi entah. Macam tak boleh buat suami je. Tidak mahu mengingati wajah lelaki itu, dia mandi cepat-cepat dan bersiap untuk turun ke bawah.

*******

Datin Qaisara Qaiesy Yap bertungkus-lumus di dapur menyiapkan sarapan pagi. Nasib harini hujung minggu, kalau tidak alamak tak sarapan la suaminya kerana terkejar untuk ke office. Dia memang tidak suka kalau pembantu rumah yang memasak. Dia cuma mengupah pembantu rumah untuk membersihkan rumah dan membantu dia siapkan barang-barang untuk memasak. Pagi ini Datin Qaisara Qaiesy Yap memasak nasi lemak bersama sambal ikan tongkol.

Selepas semuanya siap, dihidangnya nasi lemak di meja makan. Dato' Tengku 'Armirul Qarl sudah bersedia di meja makan untuk sarapan.

"Mana anak-anak kamu Sara? Rasanya semua ada dekat rumah, lagi-lagi hujung minggu macam ni", tanya Dato' Tengku 'Armirul Qarl pelik.

FOREVER MINE | COMPLETEWhere stories live. Discover now