*GUYS, KALAU ADA TYPO PLEASE COMMENT 🙏🏻
Matahari sudah semakin meninggi diluar. Cahaya yang terik menerobos masuk ke dalam bilik melalui celah-celah langsir yang sedikit terselak. Aqieef tersedar dari lena. Terpisat-pisat matanya dek kerana cahaya terang dari sinaran matahari yang mula menerjah ke retina mata. Dia bingkas bangun. Tangannya naik memicit-micit kepala yang terasa sedikit berdenyut.
Aqieef mengerdip-ngerdipkan matanya seketika sebelum matanya meliar melihat keadaan bilik itu. Dia baru tersedar yang ini bukan biliknya. Diperhatikan keadaan bilik yang sedikit tidak terurus itu. Dahinya bertambah berkerut sebaik sahaja melihat badannya tidak berbalut seurat benang. Tangan kanannya naik menggaru kepalanya yang tidak gatal itu perlahan. Tiba-tiba dia berkerut sakit.
Matanya menangkap tapak tangan itu berbalut. Apa yang terjadi? Hatinya tertanya-tanya. Otaknya mula mencerna. Dan kejadian semalam seperti diulang tayang di benak otaknya. Aqieef terkedu. Matanya kembali melihat tangan yang berbalut itu. Tapak tangannya itu sengaja dilukakan demi menyedarkan dirinya yang separuh menggila semalam.
Ruang di sebelahnya dipandang laju. Mukanya berubah pucat. Jantungnya tiba-tiba berdegup laju. Nafasnya terasa tersekat-sekat. Kakinya pantas dijatuhkan dari katil sebelum langkahnya dibuka menuju ke closet 'Armielya. Sungguh hatinya tersangat takut kala ini. Dia cuba menidakkan fikirannya yang mengatakan 'Armielya sudah pergi tinggalkan dirinya.
Pintu closet ditarik laju. Jantungnya seakan berhenti berdegup sebaik sahaja melihat separuh daripada baju 'Armielya tidak tergantung disitu. Tangannya mencapai sehelai tuala lalu menutup badannya yang terdedah itu. Pintu bilik dikuak dan anak tangga diturun dengan laju.
" 'Armielya!", panggil Aqieef kuat. Habis semua bilik dibukanya. Namun bayang 'Armielya masih juga tiada.
" 'Armielya!!!", jerit Aqieef dengan suara yang bergetar. Ruang dapur ditujunya. Bayang cik isteri juga tiada disitu. Anak tangga dipanjat kembali. Biliknya dituju. Kotak yang digunakan untuk menyorok barang-barang 'Armielya diambil lalu dibuka laju.
Sebaik sahaja kotak dibuka, telephone 'Armielya tiada disitu. Yang tinggal hanya Macbook 'Armielya. Matanya mula berkaca. Badannya menggigil menahan tangis. Lututnya terasa lemah. Dia tersandar ke dinding closet sebelum melorot jatuh. Air mata jantan mengalir lebat ke pipi.
Arrgghhhhh!!!
Raung Aqieef kuat. Tangan dibawa meramas-ramas rambutnya kasar. Hatinya terasa sakit dan kecewa dengan diri sendiri.
"Sayang... Kenapa sayang tinggalkan abang", rintih Aqieef bersama esakan.
"Ya Allah aku tak kuat tanpa dia Ya Allah... Aku tak kuat... Kembalikan dia ke pangkuanku Ya Allah... Aku tak kuat tanpa dia... Aku tak kuat...", rintih Aqieef lagi bersama linangan air mata. Lantai putih itu ditumbuk bertalu-talu bagi melepaskan amarahnya.
"Sayang... Sampai hati sayang buat abang macam ni... Kenapa sayang? Kenapa?", Aqieef mengongoi sendirian. Sedang dia melayan perasaan, dia tersedar akan sesuatu. Tangannya pantas menyeka air matanya kasar. Bilik mandi dituju laju untuk membersihkan dirinya.
Usai mandi dia bersiap dan bergegas turun ke bawah. Semua anak buah yang diupahnya untuk menjaga 'Armielya dipanggil berkumpul. Kecut perut mereka sebaik sahaja melihat muka tuan muda mereka bengis.
"Korang buat apa semalam?", tanya Aqieef dengan wajah menyinga. Mereka tunduk menekur lantai.
"Aku tanya apa korang buat semalam sampai korang tak sedar bini aku keluar?", jerkah Aqieef. Kecut perut mereka apabila dijerkah begitu. Aqieef mengepal penumbuknya. Hatinya berombak panas apabila melihat recording CCTV.
"Err... Kitaorang ada je. Tapi sikit pun bayang madam kitaorang tak nampak", jawab Hail yang berdiri di hadapan barisan itu. Aqieef mencerlung tajam.
"Zack!!!", seru Aqieef garang.
YOU ARE READING
FOREVER MINE | COMPLETE
RomanceDia satu-satunya matahari yang menceriakan suasana keluarga Tengku 'Armirul Qarl. Kerana kisah silam itu, tiada lagi senyuman yang terukir. Saban malam tidurnya sering dihantui mimpi buruk. Sejak peristiwa itu dia trauma dan kemurungan sehingga sang...