*GUYS, KALAU ADA TYPO PLEASE COMMENT 🙏🏻
'Armielya menekur meja makan apabila sepasang mata itu asyik merenungnya. Lagak Dina seperti tuan inspektor. Setiap gerak gerinya diperhatikan. Tidak betah direnung, 'Armielya mula menyusun pinggan mangkuk yang digunakan supaya mudah untuk diangkat ke singki. Terasa panas pun ada apabila direnung seperti pembunuh bersiri.
" 'Armielya... What are you doing?", soal Dina memecah kesunyian. 'Armielya terkedu. Matanya naik memerhati Dina dengan muka sepuluh sen.
"Aku buat apa?", tanya 'Armielya innocent.
Dina menjulingkan matanya ke atas. Macam mana la anak-anak tak ikut perangai dia. Desis hatinya. Nafasnya dihela berat. Jam ditangan sudah menunjukkan pukul 12 tengah malam. Kalau dia tidak mulakan, sampai sudah 'Armielya tidak akan membuka cerita.
"Now, explain. Siapa lelaki tadi", ujar Dina senada. Wajah lembut itu direnung tajam.
'Armielya menggaru pipinya yang tidak gatal. Pipi dikembungkan. Kemudian keningnya yang tidak gatal digarunya pula. Dina rasa nak cubit-cubit 'Armielya tika ini.
"Err... Nak mula dari mana ye?", tanya 'Armielya dengan blur.
"Just make it short please. Aku cuma nak tahu siapa lelaki tu", ujar Dina geram.
'Armielya tayang sengih tidak bersalah. Nasib baik anak-anaknya sudah selamat dibuai mimpi.
"Err... Dia... Siapa dia eh...", jawapan 'Armielya buatkan Dina rasa nak cekik-cekik je leher itu. Nanti ada yang meninggal malam ni. Gerutu hatinya.
"Cepat! Tak payah gagap", ujar Dina geram. Geram dengan perangai 'Armielya yang satu itu. Dari mengandung melekat sampai sekarang. Nafas dihela perlahan. 'Armielya tayang sengih.
"Dia suami aku", ujar 'Armielya perlahan.
"What??", jerit Dina kuat. 'Armielya diam menikus. Terpeta riak serba salah di wajahnya.
"Tapi bukan ke kau cakap dia dah mati?", tanya Dina dengan dahi yang berkerut. Matanya merenung tajam wajah 'Armielya.
"Err... Sorry. Kalau aku cakap dia ada lagi mesti kau akan mempersoalkan aku. So, nak tak nak aku terpaksa tipu", ujar 'Armielya serba salah. Dina pejamkan matanya sambil menarik nafas panjang sebelum dihembuskan dengan kasar.
"Kau ingat soal hidup mati ni boleh dibuat main ke 'Armielya? Kau nak sangat ke jadi janda?", tanya Dina geram.
"Best juga kan jadi janda. Asal aku tak terfikir benda tu dulu eh", jawab 'Armielya selamba.
"Are you kidding me 'Armielya?", soal Dina. Rasa nak hempuk kepala 'Armielya geram.
"Alaa... Gurau je. Ye aku salah. Sorry la. Memang dia suami aku. Nak buat macam mana. Triplets tu anak dia la. Kau boleh nampak sendiri kan", ujar 'Armielya dengan wajah mendung.
"No wonder la triplets tu hellok sangat kan. Sebab daddy dia pun hellok", ujar Dina. 'Armielya hanya tayang senyum kelat. Ya, dia akui kata-kata Dina itu.
"Aku tak pernah tanya pasal suami kau. But now... I need your explanation. Kenapa korang berpisah?", tanya Dina lagi.
'Armielya menunduk lama. Tubir matanya mulai kabur. Peristiwa empat tahun lepas kembali bermain di kotak fikirannya. Air mata mula meluruh saat dia membuka cerita. Dina terdiam saat 'Armielya menceritakan segalanya. Tubuh itu dipeluknya erat. Perasaan bersalah mula menghimpit jiwa.
"Aku minta maaf 'Armie... Aku bukan nak masuk campur. Aku cuma nak tahu reason dia. Tak sangka la pula di sebalik wajah ceria kau, ada seribu cerita yang aku tak tahu", ujar Dina perlahan cuba memujuk 'Armielya.
YOU ARE READING
FOREVER MINE | COMPLETE
RomanceDia satu-satunya matahari yang menceriakan suasana keluarga Tengku 'Armirul Qarl. Kerana kisah silam itu, tiada lagi senyuman yang terukir. Saban malam tidurnya sering dihantui mimpi buruk. Sejak peristiwa itu dia trauma dan kemurungan sehingga sang...