CHAPTER 47

9.2K 284 26
                                    

Petang itu Puan Sri Khalida mengajak 'Armielya membantunya membuat kek marble untuk dihidang sebagai juadah minum petang. Sedangkan Puan Sri Khalida sudah merancang untuk mengorek rahsia rumahtangga anak menantunya itu. Hatinya tiba-tiba dirundung curiga melihat cara Aqieef melayani 'Armielya acuh tak acuh. Melihat 'Armielya khusyuk menyediakan bahan-bahan untuk membuat kek marble itu, dia mula membuka mulut.

" 'Armie", serunya.

"Ye umi?", jawab 'Armielya seraya menoleh. Puan Sri Khalida melihat air muka menantunya itu kelihatan sedikit sugul. Walaupun 'Armielya cuba menyorok, tetapi dia dapat mengesannya.

"Umi?", panggil 'Armielya.

"Err... Ehem", dia berdehem seketika sebelum menyambung soalannya kembali. 'Armielya masih menanti.

"Err... Apa ni... Aqieef memang layan kamu acuh tak acuh ke dekat rumah?", soal Puan Sri Khalida. Anak mata naik memerhati riak menantunya itu. 'Armielya terkedu seketika. Otaknnya ligat mencari alasan.

"Maksud umi?", 'Armielya cuba buat-buat tidak faham dengan soalan itu. Dia kembali fokus pada kerjanya. Sengaja mahu mengelak.

"Aqieef ada marah-marah kamu ke dekat rumah? Atau pukul kamu?", soal Puan Sri Khalida. Hatinya kuat merasakan 'Armielya masih tidak mengetahui kegiatan gelap anaknya itu. Tangan 'Armielya yang sedang memecahkan telur ke dalam mangkuk terhenti tiba-tiba.

"Kenapa umi tanya macam tu?", soalan berbalas soalan.

"Takde la... Umi saje tanya. Tak salah tanya kan? Dari umi buat andaian yang bukan-bukan", jawab Puan Sri Khalida. 'Armielya melorekkan senyuman hambar.

"Umi rasa anak umi kaki pukul ke? Umi rasa anak umi tu jenis yang panas baran sampai tak boleh fikir mana baik mana buruk ke?", duga 'Armielya.

Puan Sri Khalida hanya lorekkan senyuman menipis. 'Armielya, you so innoncent. Apa agaknya 'Armielya akan buat kalau dia tahu sisi gelap Aqieef? Desis hatinya.

"Hurm... Umi kenal anak umi. Cuma umi tak tahu apa yang anak umi buat belakang umi sebab umi tak nampak. Kalau kita cakap kita cukup kenal orang tu. Cukup arif dengan orang tu. No! Bak kata orang, pijak semut tak mati. So, umi tak nak claim anak umi baik dan sempurna sebab manusia memang takkan sempurna. Even umi percaya Aqieef takkan buat semua tu, tapi hati umi ragu-ragu. Sebab kita tak boleh terlalu percayakan seseorang", jawab Puan Sri Khalida.

"Takdelah umi. Abang takkan pukul-pukul and marah 'Armie. Abang sayang 'Armie. Dia takkan buat 'Armie macam tu", ujar 'Armielya. Puan Sri Khalida picingkan matanya melihat reaksi 'Armielya yang hanya menayang riak bersahaja itu.

"Betul dia layan kamu baik?", tanya Puan Sri Khalida curiga.

"Haah betul umi. Abang kalau boleh dia tak nak bagi seekor nyamuk pun gigit 'Armie tau", ujar 'Armielya sambil tergelak.

"Abang selalu tolong 'Armie dekat dapur. Rumah pun kitaorang kemas sama-sama. Bila masa nak marah kalau masing-masing saling bertolak ansur", sambung 'Armielya lagi.

"Habistu yang marah-marah kamu tadi tu? Kalau okay, kenapa dia cakap macam tu dekat kamu?", duga Puan Sri Khalida. 'Armielya mengemam bibirnya.

"Err...", baru 'Armielya mahu menjawab, tiba-tiba Kak Nah datang mencelah.

"Ye kenapa Kak Nah?", soal Puan Sri Khalida.

"Ada tetamu datang. Err...", ujar Kak Nah. Patut ke dia bagitahu. Desis hatinya.

"Okay... Tetamu datang. Siapa Kak Nah?", tanya Puan Sri Khalida dengan dahi yang berkerut. Muka Kak Nah cuak.

"Saya tak kenal Puan Sri. Saya rasa lebih baik Puan Sri yang pergi ke depan", ujar Kak Nah takut-takut.

FOREVER MINE | COMPLETEWhere stories live. Discover now