🚨 MACAM BIASA KORANG 🙌🏻 SAMA-SAMA CHECK TYPO 😂
"Aryan... Bangun Aryan... Jangan tinggalkan mommy... Mommy rindu Aryan sangat-sangat... Bangun sayang... Cakap dengan mommy sayang... Jangan buat mommy macam ni... Mommy merayu sayang... Please Aryan...", raung 'Armielya hiba. Air matanya mengalir lebat dipipi hanya dibiarkan. Mukanya sudah memerah merah kerana terlalu banyak menangis. Dia tidak sanggup kehilangan anaknya walaupun satu.
"Sayang... Sabar sayang... Tak elok meratap orang yang dah pergi. Bagi Aryan pergi dengan tenang. Lepaskan dia... Kalau Aryan ada sekarang, mesti dia menangis juga tengok mommy dia macam ni", ujar Aqieef cuba tenangkan keadaan walhal dalam hati hanya Allah sahaja yang tahu. Tetapi dia tidak boleh lemah depan isteri dan anak-anaknya. Dia perlu kuat demi mereka. Tubuh cik isteri dipeluk erat untuk menyalurkan kekuatan.
"Tapi... Tapi sayang rindu Aryan... Dah lima hari sayang tak jumpa Aryan... Sayang rindu nak dengar suara Aryan... Kenapa boleh jadi macam ni? Kenapa? Abang kata abang ketua Mafia! Tapi kenapa lambat sangat abang jumpa Aryan? Kalau abang jumpa Aryan awal-awal, semua ni takkan jadi... Aryan takkan mati... Sayang takkan hilang Aryan... Kita semua takkan hilang Aryan lah!", ujar 'Armielya penuh perasaan sambil tangan naik memukul dada bidang itu. Tanpa sedar dia telah mengguriskan hati seorang suami.
Aqieef terdiam. Tubir matanya mula bertakung cecair jernih. Dia terkesan dengan kata-kata itu. Liur yang ditelan terasa tersekat dikerongkongnya. Dia merenung sayu wajah cik isteri. Sedih melihat isterinya seperti putus harapan. Sedih melihat wajah kesayangannya lencun dengan air mata. Penumbuknya digenggam erat menahan perasaan. Ya, walaupun dia ketua Mafia tapi dia sendiri seakan hilang kuasa. Buktinya, dia tidak dapat melindungi anaknya sendiri. Pelukan itu dirungkaikan perlahan.
"Sayang... Belajar untuk redha... Belajar untuk terima Qada' dan Qadar Allah... Setiap yang hidup pasti akan mati... Ya, betul abang ketua Mafia. Tapi, setinggi mana pun kuasa yang abang pegang, abang tak mampu lawan takdir Allah. Allah dah tulis jalan hidup kita macam ni, siapa kita nak melawan? Setiap yang jadi pasti ada hikmah sayang... Jangan persoalkan takdir... Lepaskan Aryan pergi dengan tenang... Abang merayu sayang...", luah Aqieef. Air matanya mula mengalir perlahan dipipinya.
'Armielya terdiam lama. Hanya esakan yang berbicara betapa sedihnya hatinya ketika ini. Kata-kata Aqieef sedikit sebanyak menjentik tangkai hatinya. Anak mata 'Armielya naik merenung wajah Aqieef dengan pandangan hiba sebelum dia menoleh memandang jasad yang kaku itu.
'Armielya memandang sayu tubuh kecil yang berbalut kain putih itu. Air matanya dilap perlahan supaya tidak terkena pada mayat yang telah siap dimandikan itu. Dia menghampiri tubuh itu perlahan. Dia duduk melutut di tepi jasad yang sudah kaku tidak bernyawa itu dengan hati yang berkecamuk.
"Aryan... Mommy minta maaf... Sepatutnya mommy yang pergi dulu... Bukan Aryan... Kalau nyawa boleh diganti, mommy sanggup bagi dekat Aryan. Mommy sanggup pergi demi Aryan... Mommy sanggup ganti nyawa mommy asalkan Aryan hidup...", ujar 'Armielya sebak. Air mata yang mengalir di pipi diseka perlahan.
"Mommy minta maaf sayang, sebab takde masa Aryan perlukan mommy... Mommy mnta maaf sebab mommy tak jaga Aryan betul-betul... Mommy leka. Kalau mommy tak sibuk pilih baju malam tu, mesti Aryan tak kena culik kan? Mesti semua ni takkan jadi kan?", ujar 'Armielya lagi. Buku limanya digenggam erat menahan tangis.
Aqieef hanya mampu memandang isterinya dari jauh. Air mata yang mengalir dibiarkan. Dia sendiri tersentuh dengan kata-kata isterinya itu. Ya Allah besarnya dugaan-Mu yang engkau berikan untuk aku dan juga isteriku. Kau kuatkanlah isteriku Ya Allah. Rintihnya dalam hati.
"Mesti Aryan takutkan? Mesti Aryan tunggu mommy datang selamatkan Aryan kan? Mommy minta maaf sebab mommy helpless... Aryan jangan takut lagi dah. Dah takde orang yang akan seksa Aryan. Pergilah Aryan... Mommy redha. Mommy akan selalukan doakan Aryan. Aryan jangan sedih-sedih tau... Aryan tunggu mommy dekat syurga ye... Janji tau... Tunggu mommy... Terima kasih sudi jadi anak mommy walaupun seketika. I love you so much Tengku Aryan Damien Qarl...", tubuhnya bergetar menahan esakan sebaik sahaja menuturkan bicara itu. Dia tunduk mengucup dahi Aryan seketika sebelum bangun bersama air mata yang melebat.
YOU ARE READING
FOREVER MINE | COMPLETE
RomanceDia satu-satunya matahari yang menceriakan suasana keluarga Tengku 'Armirul Qarl. Kerana kisah silam itu, tiada lagi senyuman yang terukir. Saban malam tidurnya sering dihantui mimpi buruk. Sejak peristiwa itu dia trauma dan kemurungan sehingga sang...