🚨TYPO ALERT ‼️ JANGAN LUPA SAHUR 🙈
"Pukul berapa flight abang?", tanya 'Armielya. Tangannya ligat menyusun baju Aqieef ke dalam luggage. Dua pasang suit coat dan dua helai t-shirt polo. Dua helai seluar jeans turut dimasukkan sekali. 'Armielya mengerling Aqieef sekilas yang sedang bermalas-malasan di atas katil. Soalan yang ditanya 'Armielya dibiarkan sepi. Siap menyimpan keperluan Aqieef, luggage itu diletakkan di sebelah closet. Katil dihampirinya.
Tika itu Aqieef sedang leka mengucup wajah Aryan yang sedang terlena disebelahnya. Sahur tadi pun Aqieef yang suapkan Aryan makan. Mengantuk sangat sampaikan nak buka mata pun tak mampu. Aqieef tersenyum kecil. Dia hanya dapat mencium Aryan ketika Aryan tidur. Namun, sebaik sahaja mata itu terbuka, tiada lagi Aryan yang manja. Pipi itu dicubit perlahan. Bibir kecil itu turut menjadi mangsanya.
'Armielya melabuhkan duduk disebelah Aqieef. Dia tersenyum kecil melihat Aqieef tidak puas menggomol anak sendiri terutama Aryan. Selain obses dengan dirinya, Aqieef juga obses dengan anak-anak sendiri. Kelakar pun ada. Aqieef seperti ada dua perwatakan yang berbeza. Keluar sahaja daripada rumah, automatik Aqieef jadi dingin, beku, kerek, kejam dan tidak kisah perasaan orang lain. Namun, sebaik sahaja pulang ke rumah, semua perangai itu hilang seperti dibawa angin lalu. 'Armielya tersenyum seketika sebelum paha Aqieef ditepuk perlahan.
"Ya sayang?", tanya Aqieef.
"Flight abang pukul berapa?", tanya 'Armielya lagi sekali.
"Pukul 10 pagi, sayang", jawab Aqieef.
"Owh lambat lagi...", balas 'Armielya dengan kepala terangguk-angguk kecil.
"Come! I want to hug you. Abang nak lepas rindu dekat sayang", ujar Aqieef seraya menarik pinggang cik isteri lembut. 'Armielya ikut baring. Aryan disebelah diusap lembut.
Aqieef menarik tubuh 'Armielya ke dalam pelukannya. Ubun-ubun cik isteri dikucup sayang. 'Armielya pusingkan badannya menghadap Aqieef. Tangannya naik mengusap muka Aqieef. Dari kening sampailah dagu. Dibelek muka Aqieef dengan penuh minat. Aqieef hanya membiarkannya.
"Tapi abang akan gerak pukul 8.30 pagi sayang", ujar Aqieef tiba-tiba. Dahi 'Armielya berkerut.
"Stop doing that sayang... You look so hot when you have that kind of expression!", tegur Aqieef. Pipi mulus 'Armielya dicubit lembut. 'Armielya tersengih comel. Haish, macam mana la nak tinggal budak ni. Gumam Aqieef dalam hati.
"Kenapa awal sangat? Flight abang kan pukul 10", ujar 'Armielya. Jari-jemarinya masih setia menari-nari di atas muka kacak encik suami.
"Haih, handsome betul suami sayang ni. Mana lah sayang tak tergugat kalau perempuan lain tengok", gumam 'Armielya perlahan. Aqieef tergelak. Pipi 'Armielya menjadi sasarannya. 'Armielya mengekek perlahan. Risau tidur Aryan terganggu.
"Don't worry... Abang janji hanya nama sayang terukir di hati abang", ujar Aqieef. 'Armielya tersenyum melebar. Wajah Aqieef pula menjadi sasarannya. Aqieef hanya membiarkannya. Terasa bahagia dimanjai isteri sendiri.
"Abang nak singgah office sekejap before pergi airport. And you know why sayang. Abang tak sanggup tengok Aryan menangis nanti", ujar Aqieef. 'Armielya tersenyum sebelum memeluk tubuh encik suami erat.
"Abang tak sanggup tengok Aryan menangis atau abang tak sanggup nak hadap dia buat perangai?", tanya 'Armielya sambil ketawa perlahan. Aqieef turut tergelak.
"Dua-dua sayang. Pening kepala abang nak hadap nanti. Silap hari bulan terlepas flight", balas Aqieef bersama ketawa yang masih bersisa.
"Abang jangan la lama-lama sangat dekat sana... Bukan anak-anak je rindu daddy dia, mommy dia pun rindu. Nanti siapa nak tolong sayang kemaskan rumah? Tukar langsir? Ubah susun atur perabot?", ujar 'Armielya perlahan.
YOU ARE READING
FOREVER MINE | COMPLETE
RomanceDia satu-satunya matahari yang menceriakan suasana keluarga Tengku 'Armirul Qarl. Kerana kisah silam itu, tiada lagi senyuman yang terukir. Saban malam tidurnya sering dihantui mimpi buruk. Sejak peristiwa itu dia trauma dan kemurungan sehingga sang...