"Ada apa korang buat urgent meeting ni?", tanya Aqieef sebaik sahaja kakinya melangkah masuk ke markas Dragon Hawk yang merupakan satu-satunya tempat persembunyian mereka tanpa pengetahuan orang lain.
"Duduk dulu Childé", arah Kevin. Aqieef memerhati muka masing-masing. Air muka Qarl nampak ketara risau. Setelah beberapa minit mereka berdiam diri, Qarl memulakan bicaranya.
"Gabriel dah bersua muka dengan dia", ujar Qarl senada.
Bamm!
Aqieef menumbuk meja kuat. Mukanya bertukar rona. Giginya diketap geram. Benda yang paling dia takut sudah pun berlaku. Semua yang ada di situ diam tanpa bicara. Mereka sudah dapat menebak apa yang bakal berlaku. Sebelum Aqieef sampai tadi, mereka sudah menghadap kemarahan Qarl. Aqieef meraup mukanya dan menghela nafas kasar.
"Bila dia jumpa 'Armielya?", tanya Aqieef tanpa nada.
"Last week and dua hari lepas. Right after kau keluar dari boutique bini kau", jawab Megat.
"Sial kau Gabriel!", bentak Aqieef. Tangannya masih menggenggam penumbuk.
"Sabar Childé. Jangan cepat melatah. Kita kena act cool macam kita tak tahu apa-apa. Aku rasa dia saje umpan macam ni sebab nak bagi kita panas", ujar Adwa sambil memeluk tubuhnya. Dia cuba menenangkan kawannya itu.
"Huh... Tapi kenapa mesti libatkan 'Armielya. Kenapa guna dia sebagai umpan?", tanya Rain tak puas hati. Siapa berani guna-gunakan bini kawan-kawannya memang mampus dia kerjakan.
"Sebab nak bagi King keluar selamatkan Queen. Then, dia yakin dia dapat grab peluang ni untuk rampas the throne. Takpe... Kita tengok dulu permainan dia. Tapi korang tahu la aku macam mana kan? Aku takkan berdiam diri sebab umpan yang dia guna tu adik aku", terang Qarl bersama muka menyinga.
"So, macam mana kita nak buat ni Childé? Kau ada plan tak?", tanya Kevin. Muka Aqieef jelas serabut. Dia meramas kasar rambutnya.
"Aku nak upah bodyguard. For her safety", ujar Aqieef senafas.
"Aku sokong. Cuma aku rasa kita tak perlu kot bagitahu dia. Sebab nanti apa pula dia fikir. Lagipun, aku tak rasa kau dah bagitahu dia pasal kerja kita kan Qieef?", tanya Qarl. Aqieef hanya menganggukkan kepalanya.
"Aku nak orang yang kita boleh trust. Aku tak nak ada mistake lagi kali ni", ujar Aqieef dengan nada bergetar.
"Hurm... Orang yang boleh trust eh. Let me think", ujar Rain.
"Megat, problem haritu dah settle ke? Macam mana Haider dengan Darren? Dorang semua okay?", tanya Adwa tiba-tiba. Megat yang sedang termenung tersentak seketika.
"Yup. Masalah haritu dah settle. Kita just tunggu dorang hantar balik semua senjata api yang dicuri tu", jawab Megat.
"Alright cun. Masalah tu dah settle. Sekarang ni kita kena fikir strategi lain untuk halau Gabriel dari Malaysia. Aku tahu dia cuma mahukan kuasa. Kuasa yang boleh cover dia punya muslihat jahat", ujar Adwa.
"Okay, aku tahu siapa yang aku trust. Zhen, Bryan, Uwais dan Umar", celah Rain. Dahi Kevin berkerut.
"The leaders?", tanya Kevin.
"Yep... Aku percaya dorang je. Amacam Childé?", tanya Rain. Semua mata beralih kepada Aqieef. Otak Aqieef ligat berfikir. Jemarinya naik memicit perlahan pelipis di dahinya. Haish lepas satu satu masalah timbul.
"Okay. Boleh. And aku nak Umar jadi ketua", ujar Aqieef tegas. Rain hanya mengangguk perlahan.
*******
Aqieef tercari-cari sesuatu di dalam wardrobe itu. Dia mengeluh perlahan. Kali ini entah kali ke berapa dia mengeluh. Haish mana la baju aku tu eh. Geram betul time nak pakai ni la dia hilang. Time tak nak elok pula tersengih macam kerang busuk. Bebel Aqieef dalam hati. Ha, jumpa pun suit coat ni. Tangannya mengambil suit coat berwarna dark blue itu.
YOU ARE READING
FOREVER MINE | COMPLETE
RomanceDia satu-satunya matahari yang menceriakan suasana keluarga Tengku 'Armirul Qarl. Kerana kisah silam itu, tiada lagi senyuman yang terukir. Saban malam tidurnya sering dihantui mimpi buruk. Sejak peristiwa itu dia trauma dan kemurungan sehingga sang...