CHAPTER 18

11.1K 415 23
                                    

Pagi itu Tengku 'Ardrif Qaiesy Qarl tergopoh-gapah menuruni anak tangga. Dia sudah terlewat. Sudah la dia ada meeting penting dengan client dari Penang.

"Liebe (sayang)... Boleh tak tolong bawa turun briefcase abang dekat dalam bilik tu. Abang dah lambat ni", jerit Tengku 'Ardrif Qaiesy Qarl tanpa sedar.

"Bawa turun stocking abang sekali!!!", jeritnya lagi. Kakinya laju melangkah ke arah meja makan. Sebaik sahaja sampai di meja makan, matanya menangkap figura Datin Qaisara Qaiesy Yap dan 'Armielya yang sedang bersarapan.

"Morning", sapa 'Ardrif perlahan. Tangannya pantas mencapai sekeping roti lalu disapukan Nutella spread. Jam tangan dikerlingnya. Aduh dah 8.30 ni. Meeting dengan client pukul 9 pagi. Sempat ke dia. Detiknya dalam hati.

"Liebe (sayang)... Mananya briefcase abang. Abang dah lambat ni", jerit Tengku 'Ardrif Qaiesy Qarl lagi sambil berdiri. Mulutnya penuh dengan roti.

'Armielya dan Datin Qaisara Qaiesy Yap tercengang. Masing-masing berbalas pandangan. Manakala Dato' Tengku 'Armirul Qarl yang sedang menuruni anak tangga menoleh ke belakangnya pelik. Aku salah dengar ke apa, desisnya perlahan.

"Along panggil siapa tu along?", tegur Datin Qaisara Qaiesy Yap pelik. Badan Tengku 'Ardrif Qaiesy Qarl terus pegun. Kepalanya tidak berani menoleh ke arah mama dan adiknya.

"Setahu mama... Kamu tak kahwin lagi", ujar Datin Qaisara lagi. 'Armielya di sebelah sudah mengekek gelakkan 'Ardrif.

"Haah... Betul tu. Along mana kahwin lagi... Siapa pula 'sayang' yang along duk panggil tu?", tanya 'Armielya sambil tergelak.

"Liebe? Siapa 'liebe' along?", sampuk Dato' Tengku 'Armirul Qarl. Muka 'Ardrif sudah bertukar rona.

"Papa dengar kamu asyik jerit 'liebe' daripada tadi. Setahu papa, anak papa semua tak kahwin lagi", ujar Tengku 'Armirul Qarl lagi. Telinga 'Ardrif semakin memerah merah apabila di tegur papanya.

"Errr... Along pergi kerja dulu la papa mama", ujarnya laju bersama muka memerah. Diatur langkah tergesa-gesa memanjat anak tangga untuk mengambil briefcase dan stockingnya.

"Adoi buat malu je. Nasib tak sebut nama. Kalau tak, kantoi macam tu je 'Ardrif", omelnya sambil memukul bibirnya perlahan.

"Aihh... Nampak dah ura-ura yang kita bakal ada menantu tahun ni bang!", ujar Datin Qaisara Qaiesy Yap teruja.

"Kamu tahu siapa 'liebe' yang along duk terpekik tadi, 'Armielya?", tanya Datin Qaisara Qaiesy Yap.

"Erk... Alamak, 'Armie tak tahu mama", jawab 'Armielya. Dia sendiri tertanya-tanya siapa Liebe yang dimaksudkan alongnya. Takkan la dia tu kot, detik hatinya.

"Takkan la kamu tak tahu", desak Datin Qaisara Qaiesy Yap lagi.

"Ish mama ni... Desak desak 'Armie pula. Kalau 'Armie tahu, dah lama 'Armie usik along, kan papa?", balas 'Armielya.

"Betul juga tu. 'Armie kan kepoh", balas Tengku 'Armirul Qarl sambil mengangguk perlahan.

"Okaylah mama papa... 'Armie pergi kerja dulu" ujarnya sambil menyalami tangan orang tuanya.

*******

Dari jauh kelihatan Nuha Aleena sedang berbual mesra dengan beberapa orang staff lelaki. Hati 'Ardrif di hambat cemburu.

"Nuha, in my office!", ujar 'Ardrif berbaur tegas. Padahal dalam hati cemburu usah dikata.

Nuha yang sedang berbual itu terus kejung. Mukanya pucat. Haish... Jangan la kata dia jealous dengan staff lelaki dekat sini pula. Mati aku nanti, detik hatinya cuak. Nuha mengeluh perlahan sebelum menapak masuk ke dalam office Tengku 'Ardrif Qaiesy Qarl. Matanya menangkap figura 'Ardrif berdiri tegak menghadap dinding kaca yang menampakkan bandar metropolitan itu. Ditelan liurnya perlahan.

FOREVER MINE | COMPLETEWhere stories live. Discover now