Keluar sahaja dari bilik gym yang tersedia khas di rumahnya, Aqieef melangkah laju ke arah dapur. Dibuka peti ais itu lalu tangannya mencapai sebotol air mineral. Diteguknya rakus untuk membasahkan tekak yang terasa perit. Peluh yang mengalir dari dahi hingga ke dagu dibiarkan menitis. Apabila badannya terasa melekit, baju yang tersarung dibadannya ditanggalkan.
Senyap je rumah ni. Mana bini aku. Monolognya dalam hati. Botol air mineral dibawanya bersama keluar dari dapur. Matanya melilau mencari wajah jelita isterinya. Ni mesti dekat bilik ni, desis hatinya perlahan. Kakinya diatur memanjat anak tangga laju. Sampai sahaja di depan pintu biliknya, pintu itu dikuak.
"Sayang!", jerit Aqieef bersama senyuman. Tetapi senyumannya mati apabila tiada kelibat cik isteri di situ.
"Aik takde pun. Mana dia pergi", omelnya sendirian.
Kakinya melangkah ke arah bilik 'Armielya dengan hati yang risau. Jangan cakap dia lari sudah la. Pintu bilik 'Armielya dikuak perlahan. Dia menghela nafas lega. Overthinking betul kau ni Aqieef, kutuk hatinya. Dahinya berkerut apabila melihat 'Armielya sedang meletakkan baju-bajunya ke dalam luggage.
"Sayang buat apa tu?", tanya Aqieef sambil mendekati tubuh cik isteri yang sedang bersimpuh dilantai itu. Tangan kekarnya naik memeluk tubuh langsing itu erat. Dagunya di sangkut pada bahu 'Armielya dan pipi mulus itu dikucup sayang. 'Armielya menggeliat kegelian apabila pipinya terasa basah.
"Eh abang, apa ni? Abang dari mana? Berpeluh-peluh dengan tak berbajunya", tanya 'Armielya sambil berpaling melihat wajah yang berpeluh itu dengan pelik.
Gulp!
Handsomenya laki aku bila berpeluh macam ni, jerit hatinya. Matanya turun ke dada bidang Aqieef yang berketak itu. Jantungnya berdetak perlahan. Omaigad, he's so sexy, jerit hatinya lagi. Aqieef mengucup sekilas bibir merah itu. 'Armielya menjegilkan matanya kepada Aqieef. Aqieef hanya tersengih. Haih la laki aku ni tak reti behave betul, omelnya dalam hati.
"Abang baru sudah work-out tadi dekat bawah", jawab Aqieef sambil mencium rambut 'Armielya yang wangi itu. Nalurinya sedikit berkocak tetapi dikawalnya. Dihela nafas berat di leher jinjang itu.
"Dekat bawah? Sayang tak nampak pun abang dekat bawah", ujar 'Armielya. Tangannya masih lincah memasukkan baju ke dalam luggage.
"Yep, dekat bawah. Bilik gym abang", balas Aqieef. Bibirnya masih tidak berhenti mengucup bahu cik isteri. 'Armielya hanya merelakannya kerana dia dapat merasakan dirinya sangat disayangi Aqieef. Jadi tiada sebab untuk dia marah.
"Owh patut lah sayang tak nampak abang", balas 'Armielya sambil terangguk-angguk.
"Ni sayang kemas baju-baju sayang ni nak pergi mana?", tanya Aqieef pelik.
"Nak pindah", ujar 'Armielya bersahaja.
Berkerut dahi Aqieef. Direnggangkan pelukan itu lalu memusingkan tubuh 'Armielya menghadapnya. Matanya tajam merenung anak mata bundar itu.
"Pindah? Nak pindah mana? Takkan la sayang nak tinggalkan abang pasal semalam? Abang tak salah pun. Sayang yang goda abang. Lagipun, we're both doing that thing willingly", ujar Aqieef tak puas hati. Muka 'Armielya membahang merah. Bibir bawahnya digigit perlahan. Tangannya laju mencubit perut pejal Aqieef yang terdedah itu dengan geram.
Auchh!!
"Sayang! Apa cubit-cubit abang ni", rungut Aqieef sambil mengusap tempat sakit itu perlahan.
"Padan muka abang. Cakap lagi benda bukan-bukan", ujar 'Armielya geram.
"Aik? Abang pula yang salah? Sayang tu tiba-tiba cakap nak pindah", rungut Aqieef tak bersalah.
"Ada sayang cakap nak pindah rumah?", tanya 'Armielya sambil menjeling Aqieef geram.
YOU ARE READING
FOREVER MINE | COMPLETE
RomanceDia satu-satunya matahari yang menceriakan suasana keluarga Tengku 'Armirul Qarl. Kerana kisah silam itu, tiada lagi senyuman yang terukir. Saban malam tidurnya sering dihantui mimpi buruk. Sejak peristiwa itu dia trauma dan kemurungan sehingga sang...