CHAPTER 64

14.3K 348 7
                                    

*GUYS, KALAU ADA TYPO PLEASE COMMENT 🙏🏻

Mata 'Armielya terbuntang luas melihat figura Aqieef yang selamba keluar dari bilik mandi itu dengan tuala separas pinggang. Liurnya diteguk laju. Otaknya cuba menafikan keseksian encik suami. Dia cuba melarikan matanya ke arah lain, namun matanya tetap menderhaka tuan empunya badan. Tidak betah begitu, 'Armielya mula bersuara.

"Lain kali you boleh tak hormatkan I?", 'Armielya bersuara memecahkan kesunyian bilik itu.

Aqieef yang sedang mengelap rambutnya terhenti. Cik isteri yang sedang duduk di katil itu dipandang pelik. Dahinya sedikit berkerut. Melihat jelingan maut 'Armielya menambahkan lagi kerutan di mukanya.

"Sayang cakap dengan abang ke?", tanya Aqieef dengan muka sepuluh sen. Sekali tengok dah macam Aryan. 'Armielya tayang muka dingin.

"Eh tak... I cakap dengan jiran sebelah rumah tadi", jawab 'Armielya sebal. Badannya disandarkan ke kepala katil sambil berpeluk tubuh.

Aqieef terkebil-kebil melihat wajah bengang cik isteri. Aku ada buat apa pula kali ni? Harini dah masuk kali keempat dia bergaduh dengan aku. Kalau hari-hari macam ni, bila masa nak berbaiknya. Hurm... Desis hatinya perlahan. Dia cuba menghampiri 'Armielya, namun ditegah.

"Dah kenapa nak dekat-dekat pula ni? Cakap jauh-jauh pun dengar je kan", ujar 'Armielya garang.

"Ye abang dengar... Tapi abang tak dengar apa yang sayang cakap awal-awal tadi. Abang datang dekat lah sebab nak tanya balik apa yang sayang cakap tadi", ujar Aqieef lembut.

"Erghh... Tak pekak, buat-buat pekak pula", bentak 'Armielya geram. Terus berubah wajah encik suami.

"Sayang... Okay, abang betul-betul tak dengar apa sayang cakap tadi. Cuba sayang cakap balik", ujar Aqieef sedikit keras. Nafas dihela perlahan. Dia cuba mengawal emosi. 'Armielya merenungnya tajam.

"Boleh tak, you kalau lepas mandi bawa baju siap-siap? Pakai siap-siap dalam bilik mandi. Tak payah nak tayang-tayang body you tu sana sini. Meluat tahu tak", ujar 'Armielya geram.

Mata Aqieef terkebil-kebil memandang 'Armielya yang jelas bengang dengannya itu. Tiba-tiba otaknya mula mencerna punca kemarahan cik isteri. Bibirnya mula tersenyum meleret. Badannya dipandang silih berganti dengan wajah 'Armielya.

"Kenapa pula? Selama ni elok je abang keluar dengan towel? Kenapa malam ni tak boleh pula? Sayang tergoda ke?", ujar Aqieef seraya mengusik 'Armielya. Muka 'Armielya mula memerah merah. Jantungnya mula tak keruan apabila ditanya begitu. Aqieef tersenyum simpul melihat pipi cik isteri mula bertukar rona itu.

"Nonsense", ujar 'Armielya. Dia mula buat sibuk membaiki bantal sebelum membaringkan tubuhnya ke tilam empuk itu. Aqieef tersengih mendengar jawapan 'Armielya.

"Eleh... Nonsense pula dia. Empat tahun lepas badan ni juga yang sayang suka peluk tau. Bukan setakat peluk, gigit sekali. Habis biru dada abang sayang kerjakan", ujar Aqieef dengan nada mengusik.

"Diam lah!!", jerit 'Armielya geram. Badannya sudah mengiring membelakangi Aqieef. Aqieef melirik nakal tubuh yang membelakanginya itu.

"Sayang... Abang nak pakai baju ni... Tak nak cuci mata ke?", tanya Aqieef. Sengaja menguji kemarahan cik isteri.

"Nak pakai, pakai lah! Sibuk nak bagitahu I kenapa!", marah 'Armielya bengang. Duvet sudah dibawa membaluti tubuhnya. Kalau bukan sebab Aqieef memaksa tidur sebilik, memang taklah dia nak tidur sini.

"Betul ni?", tanya Aqieef lagi.

'Armielya bengang dengan pertanyaan Aqieef itu. Tangannya pantas mencapai bantal di sebelah lalu bangun dan mencampak bantal itu ke arah Aqieef dengan geram. Aqieef mengelak. Dia tersengih apabila balingan itu tidak mengena. 'Armielya merengus geram. Dibaringkan badannya ke tilam itu dengan kasar. Duvet ditarik menutupi tubuhnya dari atas sampai bawah.

FOREVER MINE | COMPLETEWhere stories live. Discover now