"Peekaboo!", sakat 'Arzrieq terhadap anak saudaranya yang baru berusia tiga minggu itu.
"Peekaboo!", sakatnya lagi. Pulang sahaja dari tempat kerja, terus dia mencari si kecil itu. Qarl yang baru sampai itu turut meluru ke arah mereka. Nasib Nuha berpantang di rumah mereka. Kalau tidak, memang tak dapat la mereka bersua muka dengan si kecil itu.
"Assalamualaikum Tengku Aqeel Nashraf Qarl", sapa Qarl kuat dengan nada teruja.
Aqeel yang tidak faham apa-apa hanya terkebil-kebil melihat dua ketul lelaki dewasa itu.
"Woii... Pekak Aqeel nanti. Perlahan sikit cakap dengan dia", marah 'Arzrieq. Qarl tayang muka jengkel.
"Hek eleh... Mengata orang dia yang lebih", balas Qarl geram. Tangannya baru nak mencuit-cuit pipi gebu Aqeel, namun tingkahnya terhenti sebaik sahaja 'Arzrieq menepis kasar.
"Hoii... Basuh tangan dulu. Kuman kau tahu tak. Tangan kau tu bukan bersih pun. Silap-silap jari kau baru lepas korek hidung ke korek bontot ke. Ada hati nak sentuh Aqeel. Kan Aqeel?", ujar 'Arzrieq sambil bertanya kepada Aqeel.
"Urgh... Urgh...", Aqeel menegur mereka.
"Kau tengok! Aqeel pun sokong aku", ujar 'Arzrieq dengan senyuman bangga.
"Bodoh la kau ni Rieq. Yang suka korek bontot tu kau. Bukan aku. Masa Aqeel lahir, suara aku tau yang dia dengar dulu. Bukan nak bangga, tapi aku tau yang azankan dia. Cempung mama dia pun aku tau. Kau? Apa pun takde. Kalau nak cakap kau drive kereta, boleh la. Sikit. Sikit je kau boleh claim", ejek Qarl sambil membuat memek muka menganjing. 'Arzrieq menjeling si abang geram bersama riak muka jengkel.
"Kau ni angah. Tak payah la mencarut depan Aqeel. Dorang memang tak faham apa-apa. Tapi kau kena ingat yang dorang ni macam sponge. Kau tahu kan, bila kita beli sponge, dia bersih and mudah serap. Sama macam budak. Dorang akan serap sekeliling dorang. Nanti dah besar, bila dorang tak dengar nasihat parents, parents akan marah and salahkan dorang pula. Padahal parents or family dorang yang bentukkan dorang macam tu dari kecil. So, nak bagi dorang perangai elok, kena lah cakap and ajar benda elok-elok dekat dorang since dorang kecil. Bak kata pepatah, melentur buluh mestilah dari rebungnya", terang 'Arzrieq panjang lebar.
Qarl terangguk-angguk macam burung belatuk mendengar bicara adiknya itu.
"Yee lahhh... Betul la tu lawyer 'Arzrieq. Petah dia berkata-kata. Pandai parents dia ajar ye. Kali ni aku terpaksa setuju dengan kau. Tak macam sebelum-sebelum ni. Kali ni tak masuk air. Ada nas nas yang benar dalam hujahnya ye", ujar Qarl dengan suara dan mimik muka separuh menganjing.
'Arzrieq memandang tajam si abang yang sedang mengusap-usap bahunya itu.
"Bongok punya abang. Aku serious ni. Ada ke patut kau main-main. Kau memang mintak kaki aku kan angah?", bentak 'Arzrieq sambil menumbuk bahu Qarl geram.
"Ha tengok! Tengok! Kau mencarut depan Aqeel. Aqeel tutup telinga Aqeel. Tak payah dengar cengkerik ni memekak. Tak elok untuk kesihatan Aqeel", ujar Qarl sambil kedua-dua belah tangannya menekup telinga Aqeel.
"What? Kau panggil aku cengkerik? Tunggu kau malam ni", ugut 'Arzrieq dengan muka penuh dendam.
"Urrr... Ughh...", tegur Aqeel. Matanya terkebil-kebil melihat dua ketul itu bergaduh mulut.
"Ololololoo... Aqeel nak uncle dukung ke?", tanya Qarl. Dia buat endah tak endah sahaja pada adiknya itu. Diambil tubuh kecil Aqeel yang terbaring dalam baby cot dengan berhati-hati. 'Arzrieq hanya memerhati.
"Mama dengan Nuha mana Rieq? Asal mama bagi kau jaga anak fruit aku ni?", soal Qarl. Digomol pipi mulus Aqeel geram.
"Dekat atas. Tolong Nuha buat apa entah", jawab 'Arzrieq. Tiba-tiba mereka disapa seseorang.
YOU ARE READING
FOREVER MINE | COMPLETE
RomanceDia satu-satunya matahari yang menceriakan suasana keluarga Tengku 'Armirul Qarl. Kerana kisah silam itu, tiada lagi senyuman yang terukir. Saban malam tidurnya sering dihantui mimpi buruk. Sejak peristiwa itu dia trauma dan kemurungan sehingga sang...