CHAPTER 7

11.2K 481 5
                                    

'Armielya khusyuk menyiapkan lakaran barunya. Pensil ditangannya ligat melorekkan sesuatu di atas kertas putih. Meja kerjanya bersepah dengan kertas-kertas lakaran baju. Sedang dia khusyuk, tiba-tina notification phonenya bergetar banyak kali. Dibuka phonenya pantas.

"Adik... Along balik lambat sikit harini." - Tengku 'Ardrif Qaiesy Qarl

"Owh yeke?" - Tengku 'Armielya Qaiesy Qarl

"Haah... Sorry ye baby girl." - Tengku 'Ardrif Qaiesy Qarl

"Pastu nak suruh adik call abang Rieq or angah ke macam mana?" - Tengku 'Armielya Qaiesy Qarl

"Eh tak payah... Nanti along yang ambik adik." - Tengku 'Ardrif Qaiesy Qarl

"Okay along. Adik tunggu." - Tengku 'Armielya Qaiesy Qarl

"Nanti along call adik bila dah sampai." - Tengku 'Ardrif Qaiesy Qarl

"Okay, baik boss." - Tengku 'Armielya Qaiesy Qarl

"Adik hati-hati tau. Lepas along call, baru keluar boutique." - Tengku 'Ardrif Qaiesy Qarl

"Okay, noted." - Tengku 'Armielya Qaiesy Qarl

'Armielya menghela nafas perlahan. Dia mencapai gelas yang kosong disebelahnya untuk membancuh air milo di pantri supaya tidak mengantuk. Selepas siap membancuh, diatur langkahnya kembali ke biliknya untuk menyambung lakarannya yang tergendala tadi. Tanpa dia sedar jam sudah menginjak tepat pukul 5 petang. Pintu biliknya diketuk dari luar. Terjengul muka pekerjanya, Ayu, disebalik pintu itu.

"Kenapa Ayu?", tanya 'Armielya pelik.

"Cik 'Armie tak nak balik lagi ke?", tanya Ayu pelik.

"Saya balik lewat kot harini sebab saya tunggu along saya habis kerja dulu.", balas 'Armielya sambil menyambung kembali kerjanya. Ayu mengangguk perlahan.

"Erm... Cik 'Armie nak saya temankan tak?", tanya Ayu lagi. 'Armielya menghentikan kerjanya. Otaknya ligat berfikir. Dia takut tapi kesian pula dekat pekerjanya balik lambat kerananya. Dihela nafas berat.

"It's okay Ayu. Kesian pula dekat awak. Awak balik je dulu. Yang pasti before awak balik, kunci pintu dari dalam okay", pesan 'Armielya.

"Eh saya okay je Cik 'Amie. Saya tak kisah balik awal atau lambat. Kalau Cik 'Armie nak saya teman saya boleh teman", balas Ayu.

"Eh takpe la Ayu. Awak balik la. Lagipun nanti susah nak dapatkan grab kalau malam-malam. Lagipun awak perempuan, bahaya", tolak 'Armielya.

"Betul ni Cik 'Armie? Saya cuma risaukan Cik 'Armie je", tanya Ayu inginkan kepastian.

"Saya okaylah Ayu. Don't worry", balas 'Armielya sambil melontarkan senyum. Ayu mengangguk sebelum pergi.

*******

"Ya Allah... Kenapa time malam-malam macam ni kau nak pancit wahai tayar oiii", rengus Tengku 'Ardrif Qaiesy Qarl geram. Keretanya diberhentikan dibahu jalan. Jam ditangannya menunjukkan pukul 8 malam. Dia meraup mukanya kasar. Dikeluarkan phonenya yang berada di dalam poket seluar untuk menelefon 'Armielya. Dia call berkali-kali tidak juga bersambung. Dia merenung phonenya pelik. Ditekan nombor Tengku 'Arwish Qaiesy Qarl. Tidak dijawab juga. Mana la korang ni, getusnya sendirian. Ditelefon nombor mechanic pula. Fuh, nasib jawab, omelnya lagi. Selepas itu, ditelefon pula Tengku 'Arzrieq Qaiesy Qarl.

"Hello... Along dekat mana tu?", tanya 'Arzrieq dengan nada risau.

"Ada dekat bahu jalan lagi ni ha. Tayar kereta along pancit", terang 'Ardrif.

"Habistu adik dekat siapa sekarang ni? Dah ada orang ambil ke belum?", tanya 'Arzrieq cemas. Hatinya mula berasa tidak sedap.

"What?! Adik tak balik rumah lagi?", jerit 'Ardrif kuat. 'Arzrieq menjauhkan sedikit phonenya dari telinga. Eh bingit betul kalau along jerit, omelnya perlahan.

FOREVER MINE | COMPLETEWhere stories live. Discover now