'Armielya membaringkan tubuhnya penuh berhati-hati di sebelah Aqieef. Direnung muka suaminya yang sedang tidur itu dengan perasaan rindu yang menggebu-gebu. Mesti bangun nanti Aqieef akan memarahinya kerana tidak memberitahu tentang kepulangannya hari ini. Dia sengaja bagitahu Aqieef yang dia perlu ke Vietnam sembilan hari. Padahal event tu enam hari je. Sampai demam encik suami kerana rindukannya. Ayyo.
Melihat wajah itu tidur pulas, tiba-tiba terdetik kesian. Abang penat ye. Detiknya dalam hati. Tangannya naik menyentuh dahi suaminya berhati-hati. Nasib baik demam dah kebah sikit, desisnya. Jarinya mengusap kening lebat Aqieef perlahan. Ya Allah handsomenya. Suami siapa ni. Rasa nak gigit je. Ibu jarinya turut mengusap lembut bibir merah itu. Tiba-tiba bibirnya naik mencium dahi suaminya lama. Dia tersenyum kecil dengan perbuatannya itu.
Direnung lagi wajah tenang itu penuh minat. Ya Allah, terima kasih kerana jodohkan aku bersama lelaki yang sayangkan aku. Kau panjangkan jodohku bersamanya. Sesungguhnya aku tidak sanggup berpisah dengannya. Doanya dalam hati. Sedang asyik merenung wajah kacak itu, tiba-tiba...
"Kacak sangat ke muka abang sampai sayang tenung abang tak berkelip? Hmm?", ujar Aqieef dengan suara serak. Dia tersedar sebaik sahaja bibir lembut itu mengucup dahinya. Erk? Alamak tertangkap! Apa aku nak buat ni. 'Armielya menggigit bibirnya perlahan. Mukanya seperti disimbah cat merah.
Sebaik sahaja Aqieef mencelikkan mata, 'Armielya bingkas bangun dari perbaringannya dengan spontan. Namun Aqieef terlebih dahulu menarik tubuhnya. Dan tidak semena-mena, tubuhnya jatuh menghempap dada bidang encik suami.
Gulp!
Liurnya ditelan kesat. Mata 'Armielya terkebil-kebil membalas renungan mata helang itu. Dadanya dihempas debaran hebat. Puan kangaroo dah mula melompat sana sini tidak tentu arah seperti hilang anak. Air liurnya terasa kering. Renungan Aqieef betul-betul tepat ke dasar hatinya.
"Err...", 'Armielya gugup. Dia tidak tahu nak jawab apa.
"Kenapa tak bagitahu abang sayang balik harini?", ujar Aqieef bersama suara serak. Matanya masih lagi tidak berkalih dari memandang 'Armielya.
Gulp!
Takuttt!
"Err... Sayang nak surprisekan abang", ujar 'Armielya bersama senyum comel. Betul apa dia nak surprisekan Aqieef. Tapi tak sangka baru tinggal enam hari dah demam.
"Suka buat abang demam rindu?", tanya Aqieef. 'Armielya tersengih comel sehingga menampakkan lesung pipitnya.
"Meh abang nak transfer demam abang dekat sayang", ujar Aqieef lagi sambil menyatukan dahinya dengan dahi 'Armielya. 'Armielya terkebil-kebil dengan tingkah laku Aqieef.
"Err...", 'Armielya kelu tanpa bicara.
"Apa yang sayang duk gagap dari tadi? Hmm? Dah hilang suara dah?", tanya Aqieef dengan kening yang terjongket-jongket. Digomol pipi mulus itu bertalu-talu. Owh my happy pills dah balik. Sorak hatinya girang.
"Abang... Sayang tak mandi lagi ni", 'Armielya menolak lembut dada bidang itu. Aqieef merenggangkan sedikit pelukannya. Mata bundar itu direnung dengan renungan redup. Pantas posisi mereka ditukar. Tubuh 'Armielya kini ditindihnya. Terkejut 'Armielya dengan tindakan drastik itu. Aqieef memagut lembut dua ulas bibir mungil itu. Lama mereka dalam keadaan begitu sebelum Aqieef bertindak menjarakkan mukanya daripada muka 'Armielya.
Aqieef membaringkan tubuhnya di sebelah 'Armielya dengan dada yang berombak. Dipeluk erat tubuh langsing 'Armielya yang masih tercungap-cungap mencari nafas. 'Armielya mengetap bibirnya geram. Demam demam pun menjadi mamat ni. Dia pusingkan badannya menghadap Aqieef.
"Abang ni... Demam demam pun gatal", ujar 'Armielya. Tangannya naik menyentuh leher Aqieef. Hurm macam makin panas ni.
"Abang rindu sayang", rengek Aqieef manja. 'Armielya tersenyum kecil.
YOU ARE READING
FOREVER MINE | COMPLETE
RomanceDia satu-satunya matahari yang menceriakan suasana keluarga Tengku 'Armirul Qarl. Kerana kisah silam itu, tiada lagi senyuman yang terukir. Saban malam tidurnya sering dihantui mimpi buruk. Sejak peristiwa itu dia trauma dan kemurungan sehingga sang...