CHAPTER 53

10.2K 283 18
                                    

Dua bulan berlalu, 'Armielya sudah pun habis berpantang. Sepanjang berpantang dia hanya bekerja dari rumah. Dia mengharapkan Dila dan juga Munira untuk mengambil alih kerjanya sementara dia sedang berpantang. Ini kerana Dila dan Munira mempunyai lulusan ijazah fashion designer sama sepertinya. Petang itu dia termenung di gazebo taman mini mamanya. Sedang dia mengelamun tiba-tiba Dato' Tengku 'Armirul Qarl menegurnya.

"Jauh anak papa termenung. Ingatkan siapa tu", tegur Dato' Tengku 'Armirul Qarl. Dilabuhkan duduknya di sebelah anaknya itu. 'Armielya tersentak. Kepalanya ditoleh. Senyuman tawar diberikan.

"Mana ada ingat sesiapa... Adik tengah fikir pasal boutique tu ha", kelentong 'Armielya. Dato' Tengku 'Armirul tersenyum nipis.

"Macam mana dengan boutique? Semua okay?", tanya Dato' Tengku 'Armirul Qarl.

"Alhamdulillah okay... Emm, adik ingat bulan ni adik nak pergi Jakarta", ujar 'Armielya.

"Owh really? Untuk apa?", soal Dato' Tengku 'Armirul Qarl.

"Adik nak survey mesin jahit dekat sana. Sebab haritu ada owner boutique juga yang bagitahu adik. Dia cakap mesin jahit tu boleh proses 50 helai sehari. Sebelum ke Jakarta, adik akan singgah Bandung dulu dekat Cigondewah ataupun pasar besar untuk fabric hunting", ujar 'Armielya lebar. Dato' Tengku 'Armirul Qarl terangguk-angguk kecil.

"Aqieef dah tahu?", soalan Dato' Tengku 'Armirul Qarl membuatkan 'Armielya terdiam.

"Ni papa nak pergi mana ni? Padi tadi pergi office. Tengah hari balik. Petang ni?", tanya 'Armielya menukar topik perbualan.

"Jangan nak tukar topik 'Armielya", perlahan suara Dato' Tengku 'Armirul Qarl. Namun masih lagi tegas dan dapat buatkan 'Armielya terdiam. Takut. Siapa je yang tidak takut dengan papanya. Kalau nak buat benda tak elok kena fikir banyak kali. Sebab kalau tahu dek papanya, mahu kena bebel 7 hari 7 malam. Tak ke naiya hidupnya.

"Tengku 'Armielya Qaiesy Qarl. Papa tanya ni", ujar Dato' Tengku 'Armirul Qarl keras.

'Armielya hanya gelengkan kepalanya perlahan. Dia menunduk menekur meja. Jarinya sibuk menguis-nguis gelas di hadapannya.

"Kenapa tak bagitahu? Walau apa pun yang jadi, Aqieef tetap suami kamu. Kamu kena hormat suami kamu. Papa diam bukan bermaksud papa setuju cara kamu layan Aqieef. Papa nak kamu selesaikan masalah kamu sendiri. Tapi tidak. Papa tengok keadaan semakin teruk pun ada lah. Kamu layan dia acuh tak acuh. Beraku kau. Ni sampai bila nak duduk sini? Kamu jangan nak lepas tanggungjawab kamu sebagai isteri macam tu aje", ujar Dato' Tengku 'Armirul Qarl lembut tetapi masih lagi tegas.

"Tapi papa... Adik benci dia. Macam mana adik nak layan dia elok sedangkan dia punca anak adik mati. Adik dah tak nak hidup dengan dia. Adik nak dia ceraikan adik.", ujar 'Armielya bersama linangan air mata.

"Astaghfirullahalazim... Kamu sedar tak apa yang kamu cakap ni 'Armielya? Papa tak ajar kamu macam ni. Belajar terima dan redha dengan Qada' dan Qadar Allah. Mana iman kamu? Kenapa salahkan takdir?", soal Dato' Tengku 'Armirul Qarl tegas. 'Armielya gelengkan kepalanya perlahan.

"Tak papa... Adik bukan salahkan takdir. Adik cuma tak boleh terima dia punca anak adik pergi. Adik tak sanggup tengok muka dia papa. Adik tak sanggup. Kenapa semua orang tak faham dengan apa yang adik rasa?", luah 'Armielya bersama tangisan. Dia sudah berdiri.

"Mengucap 'Armielya. Istighfar banyak-banyak. Kamu sedar tak apa yang kamu cakap ni berdosa. Allah sangat murka dengan permintaan kamu tu. Seorang wanita dilarang untuk menuntut cerai tanpa alasan yang kukuh. Dan diharamkan baginya untuk mencium bau syurga. Dengar nasihat papa. Belajar terima hakikat. Walaupun dia salah, dia punca semua yang jadi, dia tetap suami kamu. Semua manusia bukan maksum seperti Rasulullah. Manusia tidak sempurna. Manusia tidak akan terlepas dari kesilapan, sama juga macam papa. Kamu jangan cepat menghukum sebab bukan kerja kamu untuk menghukum manusia selain Allah. Papa nak kamu kembali pada Aqieef. Bagi dia peluang", nasihat Dato' Tengku 'Armirul Qarl.

FOREVER MINE | COMPLETEWhere stories live. Discover now