CHAPTER 10

12.5K 470 7
                                    

Hidup Aqieef semakin tidak terurus sejak sebulan yang lalu. Dia menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Fikirannya kusut. Semua benda dia nak marah dan naik angin. Ya, tidak dinafikan yang dia merindukan wajah lembut 'Armielya.

Hampir sebulan lebih dia menjadi penghuni tetap boutique 'Armielya tetapi usahanya hanyalah sia-sia. Jatuh cinta ke aku, soal hatinya. Aqieef termenung lama mencari jawapan yang dia sendiri tidak pasti. Dia mengeluh perlahan. Dicapai kunci keretanya untuk keluar.

"Kak Shima, kalau ada orang cari saya cakap saya takde", ujar Tengku Aqieef Darweesy dingin.

"Baik Tengku", akur Kak Shima. Aqieef mengangguk sebelum berlalu pergi.

"Weh... Tengku nak pergi mana tu", soal Tehah si kepoh.

"Mana la aku tahu Tehah", balas Kak Shima sambil tangannya laju menaip sesuatu pada desktopnya.

"Mood Tengku pun tak okay bulan ni. Asyik mengamuk je kerja dia", ujar Tehah lagi. Kak Shima hanya mengangkat bahunya.

"Entah la Tehah. Daripada kau duduk membawang dekat sini, baik kau pergi sambung kerja kau. Kang tiba-tiba CEO kita balik, tengok kau membawang pasal dia, mati kau kena sembur", ujar Kak Shima. Tehah mencebik sebelum berlalu ke tempatnya. Kak Shima hanya menggelengkan kepalanya. Sibuk je nak jaga tepi kain orang lain. Kain sendiri koyak takde pula dia cakna. Omelnya perlahan.

Keretanya diberhentikan dihadapan boutique 'Armielya. Matanya melilau-lilau mencari sesuatu. Aqieef tersenyum apabila matanya terpandangkan kereta 'Armielya terparkir di tempat biasa. Dia melangkah keluar dengan senyuman penuh makna. Ditolak pintu boutique itu dengan teruja. Dila menjulingkan bebola matanya ke atas.

"Encik datang sini nak apa ye", tanya Dila pelik. Hampir sebulan juga la lelaki itu menjadi pelanggan tetap boutique itu. Masalahnya lelaki itu tidak menempah baju sebaliknya bertanyakan tentang bossnya. Otaknya ligat berfikir.

Aqieef tersenyum seperti kera mendapat bunga. Melihat senyuman lelaki itu, lagi la membuatkan Dila berkerut pelik. Aqieef menghulurkan plastik yang berisi nasi kukus untuk makanan tengah hari buat lima orang pekerja di boutique itu. Hana yang melihat pun berkerut apatah lagi Dila.

"Nah ambil nasi ni untuk lunch nanti", ujar Aqieef sambil tersenyum penuh makna. Dila teragak-agak ingin menyambut huluran tersebut.

" 'Armielya ada?", tanya Aqieef teruja. Sekali lagi Dila teragak-agak menganggukkan kepalanya. Aqieef melemparkan senyumannya sebelum berlalu ke belakang.

Mereka berlima disitu bagai terpukau dengan senyuman Aqieef. Lain macam senyum. Sebelum ini muka itu masam seperti jeruk. Nak senyum jauh sekali. Kenapa harini lain. Masing-masing ligat berfikir.

*******

Pintu dikuak dengan berhati-hati. Dilihat 'Armielya tekun dengan kerjanya. Senyuman Aqieef tidak lekang dari bibirnya. Dia melangkah perlahan ke arah 'Armielya. Dia berdehem kecil untuk menyedarkan 'Armielya tetapi tidak diendahkannya.

Khusyuk betul dia buat kerja, getus hatinya perlahan. Dia berdiri sambil meletakkan kedua belah tangannya di atas meja kerja 'Armielya. Ditundukkan sedikit kepalanya untuk berbisik ditelinga 'Armielya.

"Khusyuknya dia buat kerja", ujar Aqieef perlahan ditelinga 'Armielya.

'Armielya menoleh ke arah suara itu. Matanya membulat melihat muka Aqieef begitu dekat dengannya. Aqieef menelan liurnya melihat bibir merah 'Armielya. Mereka terjeda begitu beberapa saat sehingga 'Armielya sedar akan kesilapannya. Ditolak dada Aqieef kuat. Badan Aqieef terundur ke belakang. Aqieef buat-buat membaiki blazernya.

Aqieef memandang muka 'Armielya yang memerah itu. Comel, desis hatinya perlahan. Muka 'Armielya bertambah merah kerana sedar di renung oleh mata helang Aqieef. Jantungnya seakan ingin melompat keluar apabila anak mata mereka bersabung. Dia berdehem kecil cuba mengawal perasaan.

FOREVER MINE | COMPLETEWhere stories live. Discover now