"Cucu tok abi siap cantik-cantik ni nak pergi mana ni?", tanya Tan Sri Tengku Nazri sambil mencium geram pipi montel cucunya Tengku Taalia Ayeesha yang berusia tiga tahun itu. Ayeesha tersengih comel. Manakala Tengku Taufiq Muqri sibuk bermain lego di lantai.
"Ayica nyak peji umah uncle cieef (Ayeesha nak pergi rumah uncle Qieef)", jawab Ayeesha dengan nada pelat. Tan Sri Tengku Nazri tergelak kecil mendengar celoteh cucunya itu.
"Apa? Rumah uncle Qieef?", tanya Tan Sri Tengku Nazri.
"Emmm... Umah ankel cieef (Rumah uncle Qieef)", jawab Ayeesha dengan kepala yang terangguk-angguk. Tangan sibuk mengacau si abangnya.
"Ayeesha. No, jangan kacau abang tengah main ni", tegur Tengku Taufiq Muqri sambil menolak lembut tubuh kecil adiknya.
"Yeesha nak pergi dengan siapa?", tanya Tan Sri Tengku Nazri lagi.
"Yica peji nge abang ofik en cokmi (Ayeesha pergi dengan abang Taufiq dan tokmi)", jawab Ayeesha comel.
"Kenapa nak pergi rumah Aqieef, Ida?", tanya Tan Sri Tengku Nazri sebaik sahaja melihat kelibat isterinya yang baru turun dari anak tangga itu.
"Owh... Saya nak pergi perjumpaan kelab persatuan. Nak tinggal Ayeesha dekat sana sekejap. Sebab takde orang nak tolong jagakan Ayeesha. Abang kan nak pergi main golf", bagitahu Puan Sri Khalida sambil mendekati suaminya yang sedang duduk di sofa ruang tamu itu.
"Owh... Mana Mina? Arieff? Dorang ke mana?", tanya Tan Sri Tengku Nazri pelik. Biasanya yang akan jaga dorang semua Myaa, Mina dan Arief.
"Dorang keluar. Arief dengan Mina ada kelas. Nak minta Mya jaga tapi dia kan outstation bang", jawab Puan Sri Khalida lagi sambil menghulurkan tangan untuk bersalam dengan suaminya.
"Kamu dah tanya ke Aqieef?", tanya Tan Sri Tengku Nazri lagi.
"Ida ada call Aqieef. Tapi tak berjawab. So, Ida call 'Armielya. Kebetulan dia balik awal harini. Dia cakap bawa je la Ayeesha datang. Dia okay", bagitahu Puan Sri Khalida.
"Owh... Kalau macam tu takpe la. Ni Aisha bila balik?", tanya Tan Sri Tengku Nazri akan anak sulungnya itu.
"Dia balik esok. Tengah hari kot", jawab Puan Sri Khalida.
"Okay lah bang, Ida gerak dulu. Nanti lewat pula sampai. Assalamualaikum", pinta Puan Sri Khalida. Tan Sri Tengku Nazri mengangguk kecil.
"Hati-hati", pesan Tan Sri Tengku Nazri. Puan Sri Khalida mengangguk kecil sambil menuntun tangan Taufiq dan Ayeesha.
*******
"Haiii Ayeesha!!!", ujar 'Armielya teruja sebaik sahaja dia membuka pintu rumah. Tangan Puan Sri Khalida disalamnya."Hai onty (Hai auntie)", tegur Ayeesha dengan tangan yang melambai-lambai kecik. 'Armielya tersenyum dengan telatah anak saudara Aqieef itu.
"Ummi drive?", tanya 'Armielya sedikit terkejut. Puan Sri Khalida tersenyum melihat riak terkejut menantunya.
"Haah, ummi drive. Pak Mail cuti. Ingat nak minta abi hantarkan, tapi abi kamu ada tournament golf pula. Jalan pun tak sehaluan. Ummi drive je la", bagitahu Puan Sri Khalida.
"Owh patut la. Eh, ummi tak nak masuk dulu ke?", pelawa 'Armielya sambil tersenyum.
"Taklah 'Armie. Ni Taufiq tidur pula dalam kereta. Sekejap ummi angkat dia", ujar Puan Sri Khalida seraya mahu berlalu tetapi ditegah 'Armielya.
"Takpe la ummi. Biar 'Armie angkat Taufiq. Ummi masuk la dulu", ujar 'Armielya sambil berlalu ke arah kereta Puan Sri Khalida.
Puan Sri Khalida tersenyum melihat kelibat 'Armielya yang sudah berlalu ke keretanya. Bertuah Aqieef dapat isteri macam 'Armielya. Cantik, baik, sopan, belas ehsan semua la. Cukup package la senang. Dia melangkah masuk ke dalam rumah bersama Ayeesha.
YOU ARE READING
FOREVER MINE | COMPLETE
RomanceDia satu-satunya matahari yang menceriakan suasana keluarga Tengku 'Armirul Qarl. Kerana kisah silam itu, tiada lagi senyuman yang terukir. Saban malam tidurnya sering dihantui mimpi buruk. Sejak peristiwa itu dia trauma dan kemurungan sehingga sang...