Hari ini 'Armielya pulang ke rumah sedikit awal kerana dia memandu sendiri ke tempat kerjanya. Dahinya berkerut melihat kereta Aqieef sudah terparkir di garaj. Pintu rumah dikuak dari luar. Sebaik sahaja kakinya melangkah masuk ke dalam rumah, matanya terhidang tubuh Aqieef yang sedang menyandar di sofa. Kepalanya mendongak ke atas menghadap kipas siling di ruang tamu itu. Kakinya pegun di situ.
Kalau dua hari lepas 'Armielya berjaya menahan diri daripada godaan Aqieef, hari ini dia tak rasa dia mampu buat tak endah. Liurnya ditelan laju. Imej dan gaya Aqieef sekarang lebih mengancam dari semalam. Dengan tiga butang baju atas kemejanya terbuka dan tali leher yang telah dilonggarkan tersangkut bebas di lehernya. Sungguh, gaya suaminya tersangatlah macho dan sexy tika ini.
Mata 'Armielya perhatikan pula lengan kemeja Aqieef yang berlipat hingga ke siku. Kemudian matanya naik meneliti wajah tampan yang sedang memejamkan mata itu. Matanya masih nakal meneliti wajah Aqieef yang sedang terdongak itu. Rahang encik suami yang terbentuk elok itu direnung lama. Dia menggigit bibirnya perlahan.
Otaknya mula membayangkan bibirnya bermain-main di situ. Perlahan-lahan sorotan matanya turun meneliti ke arah leher suaminya. Halkum yang timbul itu tersangatlah menggoda jiwa dan raganya. Liur ditelan lagi. Entah berapa kali sudah liurnya ditelan. Dia rasa terliur sangat dengan imej Aqieef saat ini.
Bau maskulin lelaki itu sudah pandai buat hati 'Armielya tidak tentu arah. Sedang matanya ralit memerhati setiap inci tubuh encik suami, tiba-tiba Aqieef terbangun.
"Eh? Sayang dah balik?", tegur Aqieef dalam mamai. Kepalanya digaru perlahan. Berderau darah 'Armielya apabila ditegur Aqieef tiba-tiba. Dia cuba mengawal reaksinya.
"Haah dah", jawab 'Armielya sepatah.
Matanya melihat Aqieef mengangguk perlahan sebelum mendongak kembali seperti posisinya tadi. Matanya turut terpejam. 'Armielya masih memerhati tindak tanduk Aqieef. Tidak sampai satu minit, Aqieef kembali bersuara dengan mata yang terpejam.
"Sayaanggg...", panggil Aqieef manja. Suara Aqieef sedikit serak.
"Emm...", sahut 'Armielya sambil bebola matanya giat meliar ke seluruh wajah dan badan suaminya. Bibirnya sudah berapa kali digigit menahan rasa.
"Tolong sapukan minyak dekat kepala abang dengan perut", pinta Aqieef manja lantas menyingkap kemejanya ke atas. Dia mengusap perlahan otot perutnya.
Mata 'Armielya turut berlari melihat setiap pergerakan Aqieef. Six packs Aqieef yang terhidang itu tersangatlah mengancam jiwa. Perasaan ingin menyentuh semakin membuak-buak. Apabila kakinya melangkah setapak ke arah Aqieef, terus dia tersedar. Nafas ditarik dalam-dalam.
"Ya Allah... Godaan betul", keluh 'Armielya perlahan tapi hanya cukup untuk pendengarannya seorang.
"Sayaanggggg...", panggil Aqieef lagi apabila kelibat 'Armielya masih tiada di sisi.
'Armielya cepat-cepat menapak ke arah anak tangga menuju ke bilik tidur mereka. Sling bagnya diletakkan di atas sofa. Tudung di kepala dibukanya sebelum menapak ke arah katil. Drawer bedside table ditarik perlahan. Botol minyak cap kapak diambil dan dibawanya turun.
Sampai sahaja di sisi Aqieef, 'Armielya lantas menghulurkan botol minyak cap kapak kepada encik suami. Memang tak la dia nak sapu. Kang jadi benda lain pula, tak ke haru hidupnya. Mau seminggu kena bahan dengan Aqieef.
"Nah sapu sendiri", ujar 'Armielya senafas. Aqieef membuka matanya perlahan.
"Tolong la sapukan", rengek Aqieef. Uish merinding bulu romanya. Cik jantung sudah macam kangaroo melompat sana sini.
"No! Sapu sendiri", 'Armielya cuba mengawal suaranya.
Baru sahaja 'Armielya mahu meletakkan botol minyak cap kapak di atas tableside sofa, Aqieef lebih pantas bertindak. Dia mencekup laju pergelangan tangan 'Armielya. Terjerit kecil 'Armielya kerana terkejut dengan tarikan spontan itu.
YOU ARE READING
FOREVER MINE | COMPLETE
RomanceDia satu-satunya matahari yang menceriakan suasana keluarga Tengku 'Armirul Qarl. Kerana kisah silam itu, tiada lagi senyuman yang terukir. Saban malam tidurnya sering dihantui mimpi buruk. Sejak peristiwa itu dia trauma dan kemurungan sehingga sang...