TYPO ALERT‼️ MACAM BIASA KALAU ADA TYPO SILA COMMENT 🫶🏻🥹
Jam di dinding sudah menunjukkan pukul 2 pagi. Tetapi, Aqieef masih lagi menggalihkan tubuhnya ke kiri dan ke kanan. Mata cuba dipejamkan untuk menghilangkan bayangan creampuff yang mencair di dalam mulutnya. Sesekali isteri yang terlena disebelah dipandang. Nak kejutkan tak sampai hati. Tangannya mengambil phone yang terletak di atas nightstand.
Aqieef perlahan-lahan turun dari katil dan keluar dari bilik itu dengan berhati-hati. Dia tidak mahu mengejutkan 'Armielya yang sedang lena diulit mimpi. Pintu ditutup perlahan dan kakinya pantas menuruni anak tangga dengan laju menuju ke dapur. Dilabuhkan duduk di kerusi island table sambil tangannya sibuk menari-nari di atas skrin phonenya mencari resepi creampuff.
Peti ais dibuka laju. Fuh nasib baik semua bahan-bahan ada. Untung bini aku suka sediakan barang-barang untuk membuat kuih dalam peti ais. Kan senang macam ni. Tak payah susah-susah nak kena beli barang itu ini. Gumamnya sendirian. Semua bahan-bahan dikeluarkan. Baru sahaja dia mahu menuangkan susu full cream ke dalam periuk, tiba-tiba dia ditegur dari belakang. Bahunya terhinjut naik kerana terkejut. Nasib susu yang dipegang tidak jatuh ke lantai. Kalau tak, satu kerja pula kena bersihkan.
"Daddy... What are you doing?", tegur Aryan sambil menggosok mata perlahan. Bibir comel itu menguap kecil. Kakinya menghampiri Aqieef yang berdiri berhampiran dengan dapur gas itu.
Aqieef menghela nafas perlahan. Susu full cream diletakkan ke atas kabinet. Dibawa tubuh kecil Aryan ke dalam dukungannya. Pipi itu dikucup sayang. Aryan melentokkan kepalanya ke bahu Aqieef dengan manja. Leher itu juga dipeluk erat dan matanya dipejam.
"Aryan buat apa dekat bawah ni? Kenapa tak tidur lagi?", tanya Aqieef lembut.
"Aryan just woke up. Aryan nak tidur dengan daddy... Aryan cari daddy dalam bilik, tapi takde", jawab Aryan dengan suara yang mamai.
Aqieef menghela nafas perlahan. Diusap lembut belakang badan Aryan supaya terlena kembali. Tanpa dia sedar api dapur masih lagi terbuka.
"Aryan pergi la tidur sebelah mommy, nanti daddy naik", ujar Aqieef sambil mendodoikan Aryan. Belakang badan anaknya diusap perlahan dengan perasaan sayang yang tak terhingga.
"Tak nak... Nak tidur dengan daddy", ujar Aryan dengan nada manja. Matanya sudah pun layu ingin tertutup. Aqieef menghela nafas perlahan. Ish Aryan ni, aku nak makan creampuff boleh pula dia nak bermanja time ni. Omelnya dalam hati. Tiba-tiba...
"Ya Allah, abang! Kenapa biarkan periuk berasap tu?", sergah 'Armielya kuat.
Aqieef tersentak. Dia menoleh laju. Terbuntang matanya apabila melihat periuk yang ingin panaskan susu itu sudah berasap. Pantas api dapur ditutup. Dihela nafas lega.
"Abang buat apa dekat dapur pukul 2 pagi ni? Siap dukung Aryan lagi. Abang nak masak apa?", tanya 'Armielya seraya mendekati Aqieef. Tangan dihulurkan untuk mendukung Aryan namun, ditegah Aqieef.
"No... Sayang pregnant. Jangan nak mengada dukung Aryan", tegah Aqieef seraya mengelakkan dirinya.
'Armielya menghela nafas perlahan. Tangan naik memeluk tubuh. Matanya memerhati bahan-bahan yang berselerak di atas island table itu. Kemudian matanya menjamah seraut wajah tampan Aqieef dengan dahi berkerut. Nak masak apa ni.
"Abang nak buat apa dengan semua bahan-bahan ni?", tanya 'Armielya pelik.
Aqieef menggaru keningnya yang tidak gatal. Bibir bawahnya digigit perlahan. Mata merenung wajah cantik itu takut-takut.
"Abang teringin nak makan creampuff", ujar Aqieef perlahan. Kening 'Armielya semakin bercantum.
"Creampuff? Tengah malam buta? Tak boleh tunggu esok ke?", tanya 'Armielya dengan muka tidak percaya.
YOU ARE READING
FOREVER MINE | COMPLETE
RomanceDia satu-satunya matahari yang menceriakan suasana keluarga Tengku 'Armirul Qarl. Kerana kisah silam itu, tiada lagi senyuman yang terukir. Saban malam tidurnya sering dihantui mimpi buruk. Sejak peristiwa itu dia trauma dan kemurungan sehingga sang...