SPECIAL CHAPTER 4

28.9K 600 157
                                    

🚨 TYPO ALERT‼️ JANGAN LUPA SAHUR YE 😙

"Eh? Awal abang balik?", tegur 'Armielya sambil menghulurkan tangan untuk bersalam. Huluran bersambut. Dikucup tangan itu sayang.

"Hmm", Aqieef hanya menggumam kecil.

"Bukan ke...", 'Armielya berjeda. Matanya naik memerhati wajah Aqieef dan Aryan silih berganti sebelum terletus ketawa kecil.

"Sepatutnya abang balik malam raya kan? Baru satu hari pergi, dah balik? Pelik", ujar 'Armielya dengan dahi yang berkerut.

"Memang balik awal la adik. Sebab dah kena ugut siap-siap", celah Qarl. 'Armielya pandang Qarl dengan muka terkebil-kebil.

Aqieef mengatur langkah ke arah sofa. Dilabuhkan duduk sambil meriba Aryan. Aryan setia memeluk tubuh Aqieef manja. Sesekali Aqieef tunduk mencium ubun-ubun Aryan lembut. Haih, rindu betul dengan bau-bau dorang ni. Bisik hati kecilnya.

"Apa maksud angah?", tanya 'Armielya. Langkahnya turut diatur ke sofa. Dilabuhkan duduk di sebelah Aqieef.

"Daddy!!!", jerit Adam teruja. Dia berlari mendekati Aqieef lalu melompat naik ke sofa. Tubuh itu dipeluk lama.

"Adam rindu daddy", ujar Adam manja.

Aqieef tersenyum mendengar luahan Adam. Baru 24 jam menghilang, dorang dah rindu. Haih, nampaknya lepas ni aku kena angkut semua ikut aku pergi outstation ni. Bisik hatinya.

"Daddy pun rindu anak daddy ni", ujar Aqieef seraya mengucup pipi Adam geram. Adam tersengih comel.

"Adik tahu tak, semalam Aryan ugut laki tak handsome adik tu ha", ujar Qarl.

Bukk!

Bantal kecil yang dibaling Aqieef, terkena tepat pada muka Qarl. Qarl tersengih nakal. Aqieef merenung Qarl tajam. Ada ke dia cakap aku tak handsome. Buta ke mamat ni. Nasib abang ipar. Gerutu hatinya geram.

"Ugut? Aryan ugut apa dekat daddy, sayang?", tanya 'Armielya sambil mencuit-cuit pinggang Aryan. Aryan yang masih menyembamkan mukanya pada dada Aqieef tergelak kecil. Badannya bergerak-gerak kerana kegelian. Sesekali dia terbatuk kecil.

"Mana ada Aryan ugut. Aryan cakap je", Aryan cuba menafikan.

"Iye iye lah tu Aryan... Siapa yang cakap semalam, 'kalau daddy tak balik malam ni, Aryan suruh uncle Khai kahwin dengan mommy'. Siapa cakap macam tu?", ajuk Qarl dengan nada suara yang dibuat seperti Aryan.

'Armielya terlopong. Wajahnya ditoleh ke arah Aqieef yang sedang menutup mukanya itu. Tak tahu kenapa dia dapat merasakan Aqieef sedang menahan malu tika ini kerana kulit yang putih itu bertukar rona. Begitu juga telinga Aqieef. Terletus ketawa kecil di bibir merahnya.

"Ya Allah... Aryan ni kenapa? Suka betul buat daddy serba salah tau... Kesian daddy. Baru je semalam daddy pergi, dah kena balik sebab Aryan", ujar 'Armielya geram. Kepala digeleng-geleng perlahan.

"Yang abang ni pun satu. Agak-agak la nak jealous pun. Aryan kan budak lagi. Yang abang pergi percaya cakap Aryan kenapa? Bukan Aryan buat betul-betul pun", ujar 'Armielya sambil mengulum senyum. Terhibur betul aku dengan Aqieef ni. Dengan anak sendiri takut. Kena ugut terus balik. Bukan aku yang ugut. Tapi Aryan. Gumam hatinya.

"Sayang cakap tak main-main? Seriously sayang? Sayang tak kenal ke Aryan ni macam mana?", tanya Aqieef dengan muka tidak puas hati. Ada pula aku yang kena bebel. Desis hatinya. Dihantar jelingan kepada 'Armielya. 'Armielya terkebil-kebil memandang Aqieef sambil tersengih.

"He did?", tanya 'Armielya sambil ketawa.

Aqieef menjeling lagi. Geram. Hatinya kembali panas apabila mengingati jeritan Aryan tadi. Fuh! Rasa nak sellotape mulut Aryan. Ada ke patut dia tanya soalan tu dekat anak teruna orang yang memang dah minat dengan bini aku ni. Rungut hatinya.

FOREVER MINE | COMPLETEWhere stories live. Discover now