CHAPTER 9

11.4K 435 2
                                    

Sebulan berlalu selepas kejadian tersebut, bayangan 'Armielya tetap tidak kelihatan di boutique itu. Aqieef mengeluh perlahan sambil meraup mukanya perlahan. Dia bangun awal pagi hari ini semata-mata ingin bertapa di depan boutique 'Armielya. Namun usahanya adalah sia-sia sahaja. Dia melangkah keluar dari keretanya lalu masuk ke boutique itu. Bunyi loceng menyedarkan Fira dari lamunannya. Dia terlopong melihat lelaki yang pernah menengking Cik 'Armielya itu.

"Encik datang sini nak apa?", tanya Fira pelik.

Aqieef berdehem sedikit sambil matanya melilau ke arah belakang.

"Aku datang sini nak jumpa boss kau", ujar Aqieef tanpa riak. Mata Fira semakin membulat.

"Encik ni demam ke? Tak ada angin tak ada ribut nak jumpa Cik 'Armie", sindir Fira lagi.

"Kau jangan nak membebel sangatlah minah oii. Boss kau ada ke tidak?", tanya Aqieef dengan suara yang dikawal.

"Cik 'Armie tak ada. Dia cuti", jawab Fira acuh tak acuh. Aqieef mengeluh perlahan.

"Berapa lama dia cuti?", tanya Aqieef lagi.

"Entah saya tak tahu. Dia tak cakap la pula dekat saya", jawab Fira sambil tangannya sibuk membelek kukunya.

Tangan Aqieef naik menggaru kepalanya yang tidak gatal. Mana aku nak cari dia ni. Getus hatinya perlahan.

"Dia cuti since kejadian haritu ke?", tanya Aqieef lagi.

"Haah. Since dia kena attack dengan orang", jawab Fira tanpa mengesyaki apa-apa.

"Owh... Okaylah kalau macam tu aku pergi dulu", ujar Aqieef sambil melangkah pergi.

Fira hanya menghantar pandangan kosong apabila Aqieef melangkah keluar. Handsome juga lelaki ni kalau dipadankan dengan Cik 'Armie. Confirm meletop. Anak-anak pun mesti cantik je. Omelnya perlahan. Dia berlalu menyiapkan kerjanya yang tergendala. Sejak sebulan 'Armielya tidak ada di boutique, memang huru-hara mereka berlima menyiapkan kerja. Sebarang urusan kerja, 'Armielya hanya akan berhubung dengan mereka melalui google meet sahaja. Itu pun jarang-jarang.

Aqieef melangkah longlai masuk ke dalam keretanya. Dia menghidupkan enjin keretanya sebelum berlalu meninggalkan boutique itu. Wajahnya sugul kerana wajah yang dirinduinya tiada. Dia menghela nafas lemah.

"Eh? Itu bukan ke kereta Aqieef, Pak Mail?", ujar Puan Sri Khalida tiba-tiba.

"Mana Puan Sri?", tanya Pak Mail. Matanya melilau-lilau mencari kereta Tengku Aqieef Darweesy.

"Ish Pak Mail ni lambat la... Dah hilang dah", bebel Puan Sri Khalida. Aqieef buat apa dekat sini, soal hatinya pelik. Pak Mail tersengih tanpa bersalah.

"Betul kan Boutique ni, Puan Sri?", tanya Pak Mail apabila majikannya seolah-olah sedang termenung. Puan Sri Khalida baru tersedar dari lamunannya. Dipandang sekilas boutique itu.

"Haah boutique ni. Nanti kalau saya dah siap saya call Pak Mail ye", ujar Puan Sri Khalida sambil melangkah keluar. Dia ingin menempah baju untuk sambutan majlis hari lahir suaminya bulan depan.

*******

'Amielya termenung di mini garden buatan mamanya itu. Sejak kejadian haritu dia takut untuk keluar rumah. Dia menghabiskan hari-harinya di mini library yang terletak di tingkat atas. Library itu dibuat khas untuk dirinya. Andai dia ada masalah, disitu lah dia bertapa. Kadang-kadang sampai tertidur di situ tanpa sedar.

Tetapi tidak malam ini. Dia perlu kuat demi orang disekelilingnya. Kalau dia asyik terperuk di rumah, macam mana dengan boutiquenya. Kesian pekerjanya huru-hara mengambil alih kerja yang ditinggalkan. Dia mengeluh perlahan. Bintang-bintang dilangit dipandangnya lama.

FOREVER MINE | COMPLETEWhere stories live. Discover now