Phone Aqieef dia atas meja kerjanya bergetar. Aqieef hanya pandang sekilas. Skrin phonenya tertera nama Sherra. Aqieef merengus sebelum meleretkan jarinya ke butang merah. Dia tidak suka orang mengganggunya tanpa sebab yang munasabah. Dia menyambung kembali fokus membaca fail-fail yang terletak di atas mejanya itu.
Siapa sahaja yang tidak kenal Tengku Aqieef Darweesy. Kalau tentang kerja dia akan serious dan masa itu juga pekerja akan gerun dengannya. Tetapi tidak apabila dia dengan 'Armielya. Hanya 'Armielya yang mampu menukarnya menjadi seperti kucing parsi yang manja. Phonenya bergetar lagi. Aqieef merengus geram lalu mengangkat panggilan itu dengan kasar tanpa melihat nama pemanggil.
"Kau nak apa hah perempuan?! Kau tahu kan aku memang tak suka orang ganggu aku buat kerja", sembur Aqieef kasar. Pemanggil disebelah sana terkaku diam tidak berkutik.
"Err... Childé", seru si pemanggil. Dahi Aqieef berkerut seketika sebelum dia melihat kembali nama pemanggil yang tertera di skrin phonenya. Ceh mamat ni, getus Aqieef perlahan.
"Hah ada apa?!", tanya Aqieef dengan suara yang mengendur.
"Maklumat yang Childé suruh cari tu aku dah dapat", jawab Nazri. Otak Aqieef seperti baru ingin berhubung. Maklumat apa pula ni. Bisik hatinya.
"Maklumat apa? Aku dah lupa", tanya Aqieef sedikit pelik.
"Tentang Tengku 'Armielya", jawab Nazri. Aqieef menepuk dahinya perlahan kerana baru teringat tentang itu.
"Owh aku dah ingat dah. Okay aku nak kau datang office aku sekarang", arah Aqieef tegas.
"Baik Childé", jawab Nazri sebelum meletakkan panggilan.
'Armielya, serunya perlahan sambil jari telunjuknya dimainkan dibibir merahnya itu. Dia teringat kejadian dia menghantar 'Armielya ke rumah perempuan itu. Gadis itu merajuk dengannya kerana dia menegaskan pendiriannya mahu menghantar gadis itu pulang. Sampai sahaja di kawasan perumahan gadis itu, dia menghentikan kereta yang dipandunya di bahu jalan. Gadis itu memandangnya pelik. Dia melangkah keluar dari kereta itu lalu menyuruh gadis itu pulang ke rumah dengan sendiri. Dia hanya mengekori dari belakang . Ketukan pada pintu biliknya terus mematikan lamunannya.
"Masuk", laungnya kuat. Selepas beberapa saat, terjegul muka Nazri disebalik pintu itu. Aqieef menganggukkan kepalanya dan membuat isyarat masuk. Nazri melangkah masuk sambil memegang sampul surat coklat yang mengandungi maklumat 'Armielya.
"Mana dokumen tu?", tanya Aqieef tanpa riak.
"Ish gelojoh betul Childé", perli Nazri sambil tersengih. Sampul surat berwarna coklat yang dipegangnya itu diletakkan betul-betul dihadapan Aqieef. Ditarik kerusi yang bertentangan dengan Aqieef.
"Suka hati aku la", balas Aqieef selamba. Dibuka sampul surat itu lalu kertas yang ada didalam sampul itu dikeluarkannya. Dibelek satu persatu helaian kertas itu.
"Erm Childé", panggil Nazri.
"Huh?", gunam Aqieef perlahan.
"Cik 'Armielya ni ada abang. And abang dia tu kawan Childé sendiri", ujar Nazri.
"Eh? Mana satu abang dia?", tanya Aqieef blur.
Nazri mengeluh perlahan. Nasib la kau dapat boss yang pelupa macam ni, omelnya dalam hati.
"Tengku 'Arwish Qaiesy Qarl bin Tengku 'Armirul Qarl", ujar Nazri lagi. Aqieef tergamam.
"You mean Qarl Dato' Tengku 'Armirul tu?", soal Aqieef tidak percaya.
"Yes. Anak Dato' Tengku 'Armirul", jawab Nazri. Aqieef termenung sambil melorekkan senyuman yang sukar ditafsirkan.
"Lagi satu... Pasal sembilan tahun lepas tu. 'Armielya hampir dirogol seorang lelaki. Lelaki tu orang yang sama Childé pukul haritu. And you know what? After that tragedy, she suffered trauma and depression and almost killed herself. Then, family dia try cari psychiatrist untuk merawatnya", cerita Nazri.
YOU ARE READING
FOREVER MINE | COMPLETE
RomanceDia satu-satunya matahari yang menceriakan suasana keluarga Tengku 'Armirul Qarl. Kerana kisah silam itu, tiada lagi senyuman yang terukir. Saban malam tidurnya sering dihantui mimpi buruk. Sejak peristiwa itu dia trauma dan kemurungan sehingga sang...