Majlis resepsi iaitu majlis bersanding dan bertandang diadakan pada hari keesokkannya. Ini semua kehendak Aqieef yang sangatlah tidak menyabar. Bukan kerana tidak mampu, tetapi Aqieef tidak mahu menangguhkan majlis resepsi disebabkan kesibukan kerja yang mendatang. Kalau diikutkannya, cukup hanya sekadar majlis akad nikah sahaja. Tetapi kerana 'Armielya adalah satu-satunya puteri yang Dato' Tengku 'Armirul Qarl ada, Aqieef akur dengan kehendak keluarga mertua dan adat turun temurun.
"Sayang, you look so beautiful. Very very beautiful. Sayang satu-satunya perempuan terpaling cantik yang pernah abang jumpa. And you are my first love baby", bisik Aqieef di telinga 'Armielya ketika sesi bergambar.
'Armielya acuh tak acuh mendengarnya. Dia malas melayan Aqieef. Apabila merasakan dirinya tidak dilayan, Aqieef mencium pipi 'Armielya sekilas sebelum tersenyum puas. Berderau darah dan jantung 'Armielya dengan perlakuan Aqieef yang selamba itu. Dipukul dada bidang Aqieef geram.
"Awak tak payah nak gatal sangat. Kang ada yang mati masa tengah sanding ni karang", bebel 'Armielya geram. Aqieef tergelak melihat muka cemberut 'Armielya.
"Siapa suruh sayang tak layan abang", ujar Aqieef. 'Armielya menjeling geram.
"Jeling-jeling. Macam abang takut. Menggoda ada la", usik Aqieef lagi.
"Aqieef, awak ni memang gatal kan. Dah lama sangat ke hidup?", ujar 'Armielya dengan giginya diketap geram. Dia cuba mengawal riak mukanya agar tidak nampak seperti mereka sedang berperang mulut di atas pelamin.
"Sampai hati sayang cakap macam tu dekat abang. Abang gatal dengan sayang sorang je tau", ujar Aqieef sambil mengenyitkan matanya.
Muka 'Armielya bertambah merah. Ish, aku kahwin dengan ulat bulu mana ni. Gerutu 'Armielya dalam hati. Tangan 'Armielya baru sahaja nak mencubit Aqieef tetapi sempat dipegang lelaki itu. Aqieef menyulamkan tangan mereka berdua sambil tersenyum manis. Macam la dia tidak tahu akal 'Armielya. 'Armielya mengetapkan bibirnya geram. Dari jauh ada sepasang mata sedang memerhatikan mereka dengan pandangan marah dan benci.
"Little pumpkin, jom abang kenalkan kawan-kawan abang", tarik Aqieef ke arah sekumpulan lelaki yang sedang rancak berbual dengan angahnya itu.
"Hi guys, kenalkan ni 'Armielya. Sayang, ni Kevin, Adwa, Megat, Angah dan Rain", ujar Aqieef seraya tangannya melingkari pinggang ramping 'Armielya. 'Armielya sengaja mengeraskan badannya. Aqieef tersenyum nipis. Hati batu betul isteri aku ni, desis hatinya.
"Ish aku dia dah kenal sejak lahir lagi la. Tak payah membongakkan adik aku", ujar Qarl sambil tergelak. Kepalanya turut digeleng bersama.
"Rain? Rain hujan? Atau Rain, Jung Jihoon tu?", tanya 'Armielya pelik. Alif Hazrin a.k.a Rain dan kawan-kawan Aqieef tergelak dengan soalan 'Armielya.
"Comel je 'Armielya ni. Dahla cantik... Ni bukan Rain hujan atau Jung Jihoon. Nama korea mana entah you sebut ni", ujar Alif Hazrin dengan ketawa masih bersisa. Muka Aqieef sudah berubah riak. Dia memandang Rain dengan pandangan tajam. Sedar akan itu, Rain menelan liurnya takut.
"Sorry Childé Qi. I did not mean to say that", ujar Rain cuak. Aqieef hanya menggelengkan kepalanya tanda dia okay walhal dalam hati terbakar. 'Armielya yang tidak memahami situasi itu masih bertanya.
"Then, what's your name?", tanya 'Armielya pelik.
"Alif Hazrin sayang", jawab Aqieef sedikit keras. Ish budak ni kalau dengan aku takdenya nak cakap macam tu. Asyik jeling je manjang. Kalau tak jeling, cubit, tak cubit, gaduh. Getus hatinya.
"Owh Alif Hazrin. Sebab tu panggil Rain. By the way, tadi you panggil dia ni apa? Childé Qi? What is that?", tanya 'Armielya lagi. Kevin tergelak dengan reaksi Aqieef yang jelas tidak puas hati dengan layanan tidak adil 'Armielya.
YOU ARE READING
FOREVER MINE | COMPLETE
RomantikDia satu-satunya matahari yang menceriakan suasana keluarga Tengku 'Armirul Qarl. Kerana kisah silam itu, tiada lagi senyuman yang terukir. Saban malam tidurnya sering dihantui mimpi buruk. Sejak peristiwa itu dia trauma dan kemurungan sehingga sang...