CHAPTER 25

13.4K 421 23
                                    

" 'Armielya, jom teman Omi pergi dusun petang ni", ajak Tengku Syafra Alexander. Mata 'Armielya membulat. Liurnya ditelan kesat.

"Pergi dusun? Buat apa Omi?", tanya 'Armielya.

Tangannya lincah memetik bunga lily putih yang ditanam Tengku Syafra Alexander di taman mini di tepi rumah. Ada juga bunga matahari. 'Armielya leka memetik bunga-bunga yang segar itu. Dari kecil dia suka menghabiskan masanya di taman mini neneknya itu. Tambahan, bunga-bunga yang ditanam di taman itu akan dijual kepada kedai-kedai bunga yang berhampiran.

"Alah kamu ni. Pergi dusun petik buahlah. Takkan pergi tidur pula. Kamu kan suka makan buah manggis. Omi nak tengok pisang juga. Risau kena curi nanti", ujar Tengku Syafra Alexander. 'Armielya mencebik bibirnya.

"Alah Omi, tak nak lah 'Armie pergi dusun. Omi kan tahu 'Armie tak suka pergi sana. Geli la", ujar 'Armielya dengan muka berkerut kegelian.

"Ya Allah budak ni. Dusun tu kering aje. Yang kamu geli kenapa", bebel Tengku Syafra Alexander sambil menggelengkan kepalanya.

"Alaaa... Omiiii.... Tak nak la pergi sana. Takde tempat lain ke selain dusun. Shopping mall ke. Setakat dusun tu, suruh je Pak Ali pergi tengok", rengek 'Armielya.

"Ish kamu ni. Kamu anak bandar mana ni? Geli dengan dusun tapi buah nak", bebel Tengku Syafra Alexander.

'Armielya menjulingkan matanya. Dia pekakkan telinga. Bunga-bunga yang dipetik 'Armielya diletakkan ke dalam bakul yang dipegangnya dengan berhati-hati. Dia menyanyi-nyanyi kecil. Aqieef tersenyum melihat telatah comel 'Armielya. Kakinya mengorak langkah ke arah cik isteri.

"Sayang...", panggil Aqieef manja. Dipeluk tubuh langsing itu erat. Dagunya dilabuhkan di bahu 'Armielya. 'Armielya merengus kecil. Ish mamat ni tak rimas ke asyik nak berpeluk aje 24 jam. Aku ikat juga dekat tiang rumah ni biar dia reti sikit orang rimas. Rungut hatinya geram.

"Ha Aqieef, petang ni teman Omi pergi dusun. Bawa isteri bandar kamu tu sekali", sindir Tengku Syafra Alexander.

"Baik Omi", akur Aqieef.

"Omiii!! 'Armie tak nak pergi. Omi pergi je la dengan Aqieef", rengek 'Armielya.

Tengku Syafra Alexander pekakkan telinganya. Aqieef mencium leher jinjang cik isteri yang berlapik tudung itu. Dia hanya diam kerana tidak faham apa yang sedang berlaku.

"Ish tak payah la cium-cium", tegah 'Armielya. Aqieef tersenyum nipis.

"Alaaa cium sikit pun tak boleh. Pegang pun tak boleh. Kedekut la sayang ni", balas Aqieef.

"Ish... Awak tak rimas ke asyik berkepit je. Sikit sikit nak peluk la apa la", rungut 'Armielya.

"Nope... Tak rimas langsung. Abang suka peluk sayang", jawab Aqieef sambil mencium pipi 'Armielya sekilas. 'Armielya menahan rasa. Jantungnya berdetak perlahan memainkan irama.

"Korang berdua tunggu apa lagi. Cepat bersiap. Kita pergi dusun", panggil Tengku Syafra Alexander.

"Jom sayang", ajak Aqieef. Wajah 'Armielya cemberut masam.

"Aqieeeefff... Saya tak nak pergi dusun plishhh...", pujuk 'Armielya manja. Tangannya disatukan sambil digoyang-goyangkan bersama. Dahi Aqieef berkerut.

"Kenapa pula sayang ni? Pergi dusun aje. Bukan suruh berkebun", ujar Aqieef. Bukan ke kalau balik kampung, orang suka pergi dusun? Pelik kali ni. Balik kampung tapi tak suka pergi dusun. Omel hatinya pelik.

"Tak best kat sana. Banyak nyamuk. Ada pacat. Millipede la. Kerengga la. Semua ada tau", ujar 'Armielya memberi alasan. Aqieef melorekkan senyum lebar.

"Lahhh... Penakut rupanya. Singa betina abang ni takut juga ye serangga-serangga macam tu", usik Aqieef sambil tergelak. 'Armielya merenung tajam.

FOREVER MINE | COMPLETEWhere stories live. Discover now