*GUYS, KALAU ADA TYPO PLEASE COMMENT 🙏🏻
Datin Qaisara Qaiesy Yap termenung di meja kopi yang terletak berdekatan dengan kolam renang itu. Jeritan Aqeel bersama dengan Qarl dan juga 'Arzrieq tidak sedikit pun mematikan lamunan itu. Tiba-tiba sebak datang menerpa jiwa tuanya. Dia teringatkan akan anak perempuannya, 'Armielya. Hati tuanya selalu risau dengan keberadaan anaknya itu.
Dia tahu 'Armielya sudah boleh berdikari. Dia juga tahu 'Armielya mampu hidup sendiri tanpa sebarang pertolongan darinya. Tetapi hati ibu mana yang tidak risaukan tentang anak sendiri. Sejahat mana pun seorang ibu, tetapi jauh di sudut hati mesti ada sekelumit perasaan risau di hati. Lagi-lagi dirinya yang hanya mempunyai seorang anak perempuan.
Sejak 'Armielya menghilang 4 tahun lepas, tiada lagi seri di rumah itu. Masing-masing sibuk dengan hal masing-masing. Bercakap pun apabila perlu sahaja. Itupun cuma berlaku ketika waktu makan dan juga ketika cucunya pulang ke rumah mereka. Sedang dia mengelamun, tiba-tiba kerusi di sebelahnya ditarik seseorang. Dia menoleh. Terlukis senyuman hambar di bibirnya.
"Jauh mama termenung. Mama fikir pasal apa?", tegur 'Ardrif lembut. Datin Qaisara Qaiesy Yap hanya menggeleng perlahan. Matanya dilarikan melihat cucunya yang sedang bermain dengan anak-anak terunanya. 'Ardrif menghela nafas perlahan. Tangan Datin Qaisara Qaiesy Yap diraih lembut.
"Mama rindukan adik ye?", duga 'Ardrif. Sejak 'Armielya menghilang, mamanya banyak berdiam diri. Dia sendiri tidak tahu macam mana nak hiburkan Datin Qaisara Qaiesy Yap. Sudahnya setiap minggu dia akan bawa anaknya dan Nuha pulang ke rumah itu.
Datin Qaisara Qaiesy Yap menghela nafasnya perlahan. Bibirnya tersenyum nipis. Raut wajahnya tidak dapat dinafikan kesedihan seorang ibu yang sangat merindui anaknya.
"Ibu mana yang tak rindukan anak dia along... Anak yang dikandung selama 9 bulan 10 hari. Yang membesar depan mata selama 20 tahun lebih. Yang selalu menjadi kawan untuk bergaduh. Yang selalu menghiburkan hari-hari mama... Tiba-tiba menghilang tanpa berita... Tanpa khabar...", Datin Qaisara Qaiesy Yap tidak mampu meneruskan kata kerana sekali lagi sebak mula bertandang dan akhirnya air matanya perlahan mengalir di pipi.
"Mama... Janganlah menangis. Kita doa yang baik-baik untuk adik. Along tahu adik akan balik suatu hari nanti. Along tahu adik kuat. Kita bagi dia peluang untuk tenangkan diri. Bagi peluang untuk Aqieef cari dia. Along yakin Aqieef akan jumpa dia. Mama bukan tak tahu adik macam mana. Lambat laun dia akan berlembut juga untuk balik... Mama jangan lah risau ye", pujuk 'Ardrif perlahan. Kekura tangan tua itu diusap lembut.
"Mama tahu anak mama akan balik... Tapi... Mama nak buat macam mana. Mama rindu sangat dekat dia. Mama rindu nak dengar suara dia. Mama rindu gelak ketawa dia. Mama rindu segalanya tentang anak mama. Hati mama selalu risaukan adik. Hati mama selalu fikirkan adik. Apa yang dia buat. Apa yang dia makan. Sihat ke dia. Demam ke dia. Mama risau kalau dia sakit macam mana? Siapa yang jaga dia? Mama takde dekat sisi dia... Hari-hari mama doa supaya anak mama balik. Lepas adik hilang... Mama rasa separuh daripada jiwa mama hilang along...", ujar Datin Qaisara Qaisey Yap lagi.
'Ardrif menyeka air mata itu perlahan. Dipeluk tubuh itu dari tepi. Bahu itu diusap perlahan. Nuha yang baru saja datang bersama dulang yang berisi air dan kuih muih itu berdiri tegak tidak jauh daripada situ. Dia tiba-tiba terasa sedih melihat ibu mertuanya begitu. 'Armie, mana kau. Please balik. Semua orang rindukan kau. Bisik hatinya perlahan.
"Eh love... Buat apa tercegat dekat situ. Meh la sini", gamit 'Ardrif sebaik sahaja melihat Nuha tercegat dekat situ. Nuha melemparkan senyuman nipis. Meja itu dihampirinya. Dulang yang dibawa diletakkan ke atas meja. Kerusi di sebelah kanan Datin Qaisara Qaiesy Yap ditarik lalu dilabuhkan duduk. Datin Qaisara Qaiesy Yap cepat-cepat menyeka air matanya. Nuha buat-buat tidak nampak. Dia tahu mesti Datin Qaisara Qaiesy Yap segan dengannya.
YOU ARE READING
FOREVER MINE | COMPLETE
RomanceDia satu-satunya matahari yang menceriakan suasana keluarga Tengku 'Armirul Qarl. Kerana kisah silam itu, tiada lagi senyuman yang terukir. Saban malam tidurnya sering dihantui mimpi buruk. Sejak peristiwa itu dia trauma dan kemurungan sehingga sang...