CHAPTER 27

13.6K 389 4
                                    

Setelah 14 jam berada dalam pesawat, 'Armielya dan Aqieef tiba di Auckland international airport, New Zealand. 'Armielya menggeliat kecil membetulkan urat. Dari Auckland international airport, mereka terus menaiki private helikopter untuk ke Villa Rahimoana yang terletak di Eagles Nest. Eagles Nest adalah tempat percutian VVIP yang terletak di Bay of Islands yang terkenal di New Zealand. Mereka berdua beriringan melangkah masuk ke dalam villa itu.

Mata 'Armielya tidak berhenti melilau-lilau melihat setiap sudut villa itu dengan teruja. Semasa dalam pesawat tadi, kepalanya asyik terbayang-bayang katil empuk tetapi apabila menjejakkan kakinya ke dalam villa, terus kantuknya hilang. Aqieef melabuhkan duduk di sofa cleopatra yang mewah itu. Dia hanya membiarkan 'Armielya yang jelas nampak teruja itu ke hulu ke hilir melihat reka bentuk dalaman villa itu yang bertemakan klasik modern.

"Wahhh!!! Cantiknya Aqieef. Pandai awak pilih villa ni. View dekat living room pun menghadap laut", ujar 'Armielya tersenyum kagum. Aqieef yang menyandarkan kepalanya dikepala sofa mendongak ke belakang sedikit melihat gelagat 'Armielya. Dia tersenyum nipis sebelum bangun menghampiri tubuh si isteri.

"Of course! This is Tengku Aqieef Darweesy. I know you will love this villa so much", ujar Aqieef bangga. 'Armielya mencebikkan bibirnya menyampah. Aqieef tergelak. Dia mengekori 'Armielya.

"Wow cantiknya. Setiap bilik menghadap laut juga. Pagi boleh tengok sunrise, petang boleh tengok sunset", ujar 'Armielya teruja. Sliding door ditolak perlahan. Dari balkoni itu, boleh nampak pemandangan malam Bay of Islands yang tersangat indah. Kalau siang ni, mesti lagi cantik, desis hatinya.

Kakinya melangkah ke luar balkoni. Dia bersandar di balkoni sambil menikmati angin malam yang menenangkan. Malam? Yes malam. Dia sampai tadi pun dah pukul 8.45 malam. Sedang dia mengelamun, tiba-tiba pinggangnya terasa dipeluk seseorang. 'Armielya menghela nafas berat. Tak payah pusing pun dah tahu siapa. Kacau betul orang nak ambik angin malam ni, rungutnya dalam hati.

"Sayang", panggil Aqieef separuh berbisik. Dia meletakkan dagunya ke bahu 'Armielya dengan manja. Dicium pipi 'Armielya lembut.

"Ish... Apa peluk cium ni. Rimas la", rungut 'Armielya. Aqieef mengeratkan lagi pelukannya apabila 'Armielya meronta untuk dilepaskan. 'Armielya mengeluh. Penat meronta akhirnya dia hanya membiarkannya. Aqieef cakap dia degil, keras kepala, tapi hakikatnya Aqieef pun sama naik dengannya.

"Sayannggg...", panggil Aqieef dengan suara meleret-leret.

"Emm...", balas 'Armielya malas.

"Sayang nak tahu tak, semakin sayang lari, semakin abang kejar sayang. Even abang tahu abang akan kecewa tapi demi memiliki sekeping hati kering Tengku 'Armielya Qaiesy Qarl, abang sanggup terluka berkali-kali asalkan cinta sayang abang dapat miliki", ujar Aqieef melebar. Hidungnya dimain-mainkan di leher jinjang 'Armielya yang masih tertutup dengan tudung itu. 'Armielya menggeliat kegelian.

Jantung 'Armielya berdetak laju. Dia cuba membuang perasaan yang hadir itu jauh-jauh. Tipu la kalau dia cakap dia tidak tersentuh dengan kata-kata Aqieef. Dia memejamkan mata dan membiarkan angin malam menampar lembut pipinya. Dihela nafasnya lembut.

"Andai kata awak tak dapat miliki hati saya, dan kita berpisah, apa yang akan awak buat?", duga 'Armielya setelah sekian lama berdiam diri.

"Like I said, I will not give up. Kalau abang tak dapat miliki hati sayang, takde orang yang akan dapat sayang. Abang akan buat sayang jatuh cinta dekat abang tak kira apa cara sekalipun sampai la sayang terima abang", jawab Aqieef yakin.

"Even cara tu kotor?", suara 'Armielya kedengaran agak sinis.

"Yes. If takde cara lain, I will use that method. But it will be the last method. And, just to remind, abang takkan sesekali lepaskan sayang. Never! Sayang lari macam mana sekalipun, abang akan kejar sampai dapat", jawab Aqieef.

FOREVER MINE | COMPLETEWhere stories live. Discover now