CHAPTER 30

14.6K 414 9
                                    

Sudah tiga hari berturut-turut Aqieef tidak mengendahkannya. Jika ditanya sepatah, sepatah juga dijawabnya. Sepanjang tiga hari tidak bertegur, Aqieef banyak menghabiskan masanya di bilik kerjanya. Sepanjang tiga hari juga tidurnya tidak lena. Dan tiada lagi pelukan dari Aqieef. Satu benda yang dia salute dengan Aqieef. Merajuk dan marah macam mana sekalipun Aqieef, percakapannya tetap di jaga. Dan dia juga akan selalu memegang tangan 'Armielya semasa memandu even tengah merajuk. Mungkin kerana sudah terbiasa.

Masuk harini dah hari keempat mereka membuat haluan masing-masing. Selepas sahaja maghrib, Aqieef keluar tinggalkan 'Armielya seorang diri di rumah tanpa sebarang pesanan. 'Armielya tidak betah rasanya jika terus dilayan seperti tunggul kayu. Lah... Sebelum ni kau layan dia macam nak tak nak takpe pula. Monolognya dalam hati. Sedang dia asyik melayani video tiktok, tiba-tiba video Ustaz Wadi naik di fypnya.

"Abu Hurairah RA berkata, Rasullah SAW bersabda bahawa:

Tidak halal seorang muslim itu, jika dia memutuskan hubungan dengan saudara sesama muslimnya lebih daripada tiga hari. Barang siapa yang memutuskannya lebih dari tiga hari, jika dia meninggal pada hari itu, maka ia akan masuk neraka"

~HR Abu Dawud~

'Armielya menggigit bibirnya perlahan. Dia tersentap dengan hadis yang di bacakan itu. Dia bangun dari katil dan mundar-mandir sambil memegang dahinya. Ya Allah, berdosanya aku. Dah tiga hari aku dengan Aqieef tak bertegur sapa. Apa aku nak buat ni. Otaknya ligat berfikir sambil menggigit bibir bawahnya perlahan. Takkan la aku nak buat benda aku tak pernah buat pula. Phonenya dicapai. Dicari nama seseorang.

"Weii, Dalia. Aku nak tanya sikit boleh?" - 'Armielya

Tidak sampai dua minit, mesejnya sudah dibalas Dalia.

"Yes... Nak tanya apa tu? 👀" - Dalia

"Ermm... Tunang kau pernah merajuk dengan kau tak sebelum ni?" - 'Armielya

"Hurm... Kejap nak fikir 🤔" - Dalia

"Eh? Kau tanya pasal tunang aku apahal? 🥸" - Dalia

"Alaa... Saje tanya takkan tak boleh 😌" - 'Armielya

"Hurm... Pernah je dia merajuk dengan aku. Kau kenapa?" - Dalia

"Err... Pastu kau pujuk dia ke? Macam mana?" - 'Armielya

"Of course, la pujuk babe... Tunang aku kot." - Dalia

"Owh... Kau pujuk macam mana Lia?" - 'Armielya

"Hurm... Aku bagi ayat-ayat manis sikit. Letak garam sikit. Goda-goda sikit 🙊" - Dalia

"Oppss... Gurau je. Bukan goda but buat-buat cute sikit... Hehe." - Dalia

"Kau tanya banyak ni kenapa? Laki kau merajuk dengan kau ke? 👀" - Dalia

"Ish kau ni. Cepat je hidu. Hidung kau jenis apa eh?" - 'Armielya

"Heh... Aku kan otai bab bab ni 😎" - Dalia

"Alaa... Senang je babe. Lagi-lagi kau dah halal. Kau goda dia terus. Pakai bikini ke. Lingerie ke. Jalan gelek-gelek punggung sikit. Confirm cair meleleh-leleh air liur dia. Confirm tak merajuk dah." - Dalia

"Bodoh kau ni Dalia. Otak kuning. Menyesal aku tanya kau." - 'Armielya

"Eh... Kau bodohkan aku pula. Aku cakap benda betul apa. Kau jual minyak. Confirm dia beli. Hihihihi...." - Dalia

"Otak kuning siak kau ni. Kalau kau kat depan aku ni, memang aku ketuk kepala kau biar biul sebulan." - 'Armielya.

"HAHAHAHAHAH... Aku terbayang kau seduce kau punya laki macam mana tho." - Dalia

FOREVER MINE | COMPLETEWhere stories live. Discover now