🚨TYPO ALERT ‼️ SELAMAT BERBUKA 🙌🏻
"Aryan! Adam! Sini mengaji depan daddy...", panggil Aqieef.
"Tak nak!", jawab Adam dan Aryan serentak dengan nada merajuk. Tangan Aryan naik memeluk tubuh tanda protes. Begitu juga Adam.
"Adam, Aryan, sini lah... Daddy tak marah dah...", panggil Aqieef sekali lagi.
"Tak nak! Malam ni Adam cuti", jawab Adam.
"Aryan pun cuti macam Adam", ujar Aryan dengan mulut muncung.
"What? Cuti? Adam dengan Aryan cuti apa ni?", tanya Aqieef sambil menjegilkan matanya.
"Cuti lah... Cuti macam mommy selalu cuti tu", jawapan Adam mengundang tawa dari 'Armielya. Ada ke patut dia kata cuti period sama dengan si ibu. Apa lah Adam dengan Aryan ni.
"Apalah daddy ni. Mommy cuti pun tak tahu ke", perli Aryan selamba.
Aqieef mengemam bibir. Menyimpul senyum. Sedaya upaya dia menahan ketawa yang sudah mula nak terhambur keluar. Ditarik nafas dalam-dalam cuba mengawal riak. Dia berdehem seketika cuba menghilangkan rasa geli hati.
"Are you kidding me? Sejak bila pula Adam dengan Aryan jadi perempuan ni?", tanya Aqieef sambil mengulum senyum. Mata dijegilkan.
"Aryan dengan Adam bukan perempuan lah. Aryan dengan Adam lelaki. Macam daddy!", jawab Aryan tidak puas hati. Dia dan Adam menyorok di celah sofa. Merajuk dengan Aqieef punya pasal. Sebab? Satu, Aqieef tegur cara bacaan dia dan Adam. Dua, Aqieef marah Aryan main-main.
"Jangan mengarut. Lelaki takde cuti-cuti. Jom daddy ajar mengaji. Daddy janji daddy tak marah dah nanti. Cepat. Adam dengan Aryan belum mengaji lagi ni", ujar Aqieef.
"Tak nak", Adam dan Aryan menjawab serentak. Masih lagi suara merajuk.
"Adam dengan Aryan nak daddy pergi sana atau kamu berdua nak datang sini sendiri. Cepat pilih", tanya Aqieef. Mata sengaja diluaskan lagi besar, ingin menakutkan Aryan dan Adam.
"Dua-dua tak nak", jawab Aryan dan Adam serentak. Dah nama kembar, memang sama je jawapannya. Aqieef mengetap bibir geram.
"Aip! Adam dengan Aryan nak kena rotan ni. Sayang, mana rotan yang abang beli haritu?", tanya Aqieef selamba.
"Ada... Sayang simpan dekat atas", jawab 'Armielya.
"Ambil sayang... Abang nak rotan Adam dengan Aryan ni", ujar Aqieef bersahaja. Adam mula menangis.
"Dah kenapa nangis pula tu? Daddy belum rotan lagi, dah menangis", ujar Aqieef. Dia sengaja mengusik begitu. Aryan? Memang tak lah dia nak takut. Melainkan rotan betul-betul ada dalam tangan si ayah.
"Daddy nak rotan Adam...", jawab Adam bersama tangisan.
"Kalau tak nak kena rotan, mari sini. Mengaji dulu", ujar Aqieef. Adam menghampiri Aqieef dengan tangisan. Manakala 'Armielya datang bersama rotan di tangan.
"Aryan! Sini...", panggil Aqieef. Mata dicerlung garang. Rotan yang dihulurkan oleh 'Armielya di pukul ke atas karpet berbulu itu. Sengaja menggertak Aryan. Aryan merengus perlahan. Dalam keras, ada juga takutnya. Dihampiri Aqieef perlahan.
"Duduk betul-betul", ujar Aqieef kepada Aryan.
"Cepat baca... Kalau tak baca, daddy tak bagi main", gertak Aqieef lagi.
"Alif", sebut Adam tiba-tiba dengan suara sebak. Esakan masih ada.
"Apa alif? Baru duduk, dah sebut alif dah... Bismillah mana Bismillah? Baca Bismillah dulu...", tegur Aqieef garang. Aryan kulum senyum apabila Adam ditegur Aqieef.
YOU ARE READING
FOREVER MINE | COMPLETE
RomanceDia satu-satunya matahari yang menceriakan suasana keluarga Tengku 'Armirul Qarl. Kerana kisah silam itu, tiada lagi senyuman yang terukir. Saban malam tidurnya sering dihantui mimpi buruk. Sejak peristiwa itu dia trauma dan kemurungan sehingga sang...