CHAPTER 54

10.6K 305 8
                                    

'Armielya kebosanan. Masuk hari ini sudah dua minggu dia dikurung di rumah agam itu. Setiap malam dia ditinggalkan lagi dan lagi. Itu tidak menjadi masalah buatnya kerana dia sendiri malas nak berhabis tenaga semata-mata bertekak dengan lelaki itu.

Hidup mereka tak ubah seperti 'housemate'. 'Armielya hanya akan keluar dari bilik sebaik sahaja Aqieef keluar bekerja. Dan dia akan menghilangkan diri ke dalam bilik selepas solat asar sebelum Aqieef balik. Begitulah hari-harinya sejak dia terkurung di rumah itu.

Malam itu, selepas 'Armielya pasti kereta Aqieef meninggalkan perkarangan rumah, dia melangkah turun ke bawah. Ruang dapur ditujunya. Dikeluarkan salad dari peti ais yang siap dibasuhnya petang tadi. Dia merebus daging dan sweet potato untuk dibuat salad sayur.

Mulutnya menyanyikan lagu Lily oleh Alan Walker perlahan dengan penuh perasaan. Tanpa dia sedar Aqieef sedang memerhati gerak gerinya sambil tubuh disandarkan pada dinding dapur itu. Berderau darah 'Armielya sebaik sahaja dia pusingkan badannya. Renungan Aqieef yang redup itu sedikit sebanyak membuatkan hatinya terusik. Namun, perasaan itu diusir pergi.

Ekspresi muka 'Armielya kembali membeku tanpa riak. Bukan mamat ni dah keluar tadi? Hatinya tertanya-tanya. Sebaik sahaja kakinya mahu melintasi Aqieef, tangannya diraih lembut oleh encik suami. Dia berdecit geram. Matanya naik merenung tajam wajah Aqieef yang sedang merenungnya dengan lembut itu. Tangannya direntap kasar.

"Jangan pegang pegang boleh tak? Saya tak suka", bentak 'Armielya. Aqieef hela nafas perlahan.

"Lya... Sampai bila kita nak terus macam ni sayang? Benci lagi ke Lya dekat abang? Jijik sangat ke abang dekat mata Lya?", tanya Aqieef. 'Armielya tersenyum sinis.

"Ya saya benci awak. Benci sangat-sangat. Sampai bila-bila benci ni akan selamanya terukir nama awak. Dan luka dihati saya takkan pernah sama dengan apa yang saya hamburkan dekat awak. Takkan sama dengan apa yang awak rasa sekarang ni. Kalaulah membunuh dibolehkan dalam islam, orang pertama yang saya akan bunuh adalah awak Aqieef", hambur 'Armielya dengan suara bergetar. Aqieef tersenyum kelat. Liur yang ditelan terasa pahit.

"Lya, takkan takde sikit pun peluang untuk abang?", rintih Aqieef dengan suara yang lemah.

"Sorry Aqieef. Saya tak boleh bagi awak peluang. Tolong jangan paksa hati saya. Saya penat... Penat dengan awak", jawab 'Armielya sebak. Nafasnya ditarik perlahan cuba meredakan perasaan. Aqieef terangguk-angguk kecil.

"Lya, tolong cakap dengan abang. Tolong tentang mata abang. Cakap yang Lya tak sayangkan abang lagi. Cakap Lya benci abang. Cakap Lya... Abang nakkan kepastian", rintih Aqieef lemah. Bahu 'Armielya dipegang dengan kedua-dua belah tangannya kemas.

Mata 'Armielya tunak memandang anak mata Aqieef bersama mata yang berkaca. Lama pandangan mereka bersabung. 'Armielya mengemamkan bibirnya seketika.

"Saya benci awak Aqieef", ujar 'Armielya. Dan tika itu juga air matanya mula mengalir perlahan tanpa dipinta. Jantung Aqieef terasa seperti dihiris halus.

"Saya dah tak nak hidup dengan awak. Cinta awak terlalu menyakitkan saya. Saya terlalu terluka dengan sikap awak. Cukuplah dengan sikap selfish awak. Saya merayu, tolong lepaskan saya. Saya terseksa...", sambung 'Armielya lagi.

Badan Aqieef bergetar menahan tangisan. Aqieef angguk perlahan. Dagunya digaru-garu perlahan. Nafasnya terasa tersekat-sekat sebaik sahaja mendengar pengakuan jujur cik isteri. Matanya dapat menyaksikan kebenaran di wajah itu. Matanya memerah merah menahan air mata daripada jatuh. Dilepaskan nafas kasar sebelum kembali berbicara.

"Baik... Thank you sayang. Abang janji lepas ni abang takkan ganggu sayang lagi. Bagi abang masa. Bila abang dah bersedia, abang akan tunaikan permintaan sayang. Abang keluar dulu", ujar Aqieef seraya melangkah pergi. Air mata yang mengalir diseka kasar. Masuk sahaja kereta, pedal minyak kereta sport Maserati miliknya itu ditekan laju meninggalkan perkarangan rumahnya dengan perasaan terluka, sedih, kecewa dan marah.

FOREVER MINE | COMPLETEWhere stories live. Discover now