"Mama... Papa... Along nak kahwin", ujar Tengku 'Ardrif Qaiesy Qarl satu nafas.
Datin Qaisara Qaiesy Yap dan Dato' Tengku 'Armirul Qarl yang sedang santai menonton televisyen terkejut dengan pengakuan anak sulungnya yang datang secara tiba-tiba. Mata mereka bergerak memerhati Tengku 'Ardrif Qaiesy Qarl yang sedang mengorak langkahnya ke arah mereka. 'Ardrif melabuhkan duduk bertentangan dengan mama dan papanya.
"Errr... Along nak kahwin? Dengan siapa? Mama kenal ke?", tanya Datin Qaisara Qaiesy Yap dengan nada terkejut bercampur teruja. Manakala Dato' Tengku 'Armirul Qarl hanya diam menanti pengakuan anaknya yang seterusnya.
"Errr... Kenal. Kenal sangat. Nuha Aleena anak Dato' Khalid", jelas Tengku 'Ardrif Qaiesy Qarl takut-takut. Dato' Tengku 'Armirul Qarl berfikir sejenak.
"Papa setuju", ujar Dato' Tengku 'Armirul Qarl senada.
"Betul ke ni? Mama tak salah dengarkan?", tanya Datin Qaisara Qaiesy Yap tidak percaya. Mulut yang sedikit terlopong ditekup tidak percaya.
"Ye betul ma...", 'Ardrif mengiyakan pertanyaan mamanya.
"Alhamdulillah... Lega mama dengar. Bila kita nak pegi merisik bang?", tanya Datin Qaisara Qaiesy Yap kepada Dato' Tengku 'Armirul Qarl yang sedang berpeluk tubuh disebelahnya itu.
"Err... Mama... Apa kata by this week? Merisik dan bertunang sekaligus? Then weekend next week majlis kahwin?", ujar Tengku 'Ardrif Qaiesy Qarl selamba. Mata Datin Qaisara Qaiesy Yap membulat tidak percaya. Gelojoh benar anak aku. Bisik hatinya.
"Whatt??! Yang kamu gelojoh sangat ni kenapa? Kamu dah buat benda tak elok ke dekat Nuha?", ujar Dato' Tengku 'Armirul Qarl dengan nada terkejut.
"Hish abang ni... Takkan la anak kita macam tu", marah Datin Qaisara Yap.
"Err... Takde la papa. Along bukan macam tu. Alaa... Lagi cepat lagi bagus kan mama? Lagipun, along tak nak terlepas nanti mama. Bercinta lepas kahwin kan lagi manis", ujar 'Ardrif.
"Haah betul apa bang. Lagi cepat dorang kahwin, lagi cepat kita dapat cucu", setuju Datin Qaisara Qaiesy Yap. 'Ardrif menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Cucu apanya. Kahwin pun belum. Dah sibuk pasal cucu. Bisik hatinya.
"Siapa nak dapat cucu mama?", celah 'Armielya yang baru sahaja pulang beriringan dengan kembarnya, Tengku 'Arzrieq Qaiesy Qarl. 'Ardrif melopong. Tangan kirinya naik menutup mukanya yang sedikit cuak. Aduh, awal pula dorang ni balik, desis hatinya.
"Ni along kamu ni ha. Dia cakap dia nak kahwin. Dia nak mama masuk meminang kawan kamu tu", terang Datin Qaisara Qaiesy Yap. Sebaik sahaja perkataan "kawan" menerjah gegendang telinganya, mata 'Armielya terus membulat. Manakala 'Arzrieq melopong.
"Seriously along? Along nak kahwin?! OMG... Playboy sekolah nak kahwin?", ujar 'Arzrieq terkejut. Mulut yang terlopong ditekup tidak percaya. Betul ke ni abang aku. Gumam hatinya.
"Ish diam la kau. Suka hati along la nak kahwin. Ish... Sibuk je korang ni", ujar 'Ardrif geram.
"Jap... Jap... Kejap... Sekejap... Kawan 'Armie? Yang mana satu?", tanya 'Armielya pelik.
"Ish adik ni lambat la... Nuha tu. Takkan adik tak tahu mana satu yang dia suka. Bukan ke yang tu dia minat sejak sekolah tu", tebak 'Arzrieq lagi. Muka 'Ardrif sudah merah sehingga ke telinga.
"OMAIGAD!!! REALLY??", tanya 'Armielya terkejut.
"Ye la... Siapa lagi kawan kamu yang single. Nuha Aleena tu je kan", celah Datin Qaisara Qaiesy Yap. Bibirnya tersenyum melebar. Hatinya menjerit suka.
"Adik setujuuu!!! Nanti lepas kahwin bagi la anak buah ramai sikit dekat adik", jerit 'Armielya teruja. 'Arzrieq hanya tersengih melihat keterujaan adik kembarnya itu. 'Ardrif menjeling 'Armielya geram.
YOU ARE READING
FOREVER MINE | COMPLETE
RomanceDia satu-satunya matahari yang menceriakan suasana keluarga Tengku 'Armirul Qarl. Kerana kisah silam itu, tiada lagi senyuman yang terukir. Saban malam tidurnya sering dihantui mimpi buruk. Sejak peristiwa itu dia trauma dan kemurungan sehingga sang...