Digeledah semua baju yang ada dalam almarinya itu. Nuha Aleena sandarkan badannya ke almari kepenatan.
"Haish... Baju mana ni aku nak pakai", bebel Nuha geram. Tiba-tiba pintu biliknya diketuk dari luar.
"Haa, masuk je tak kunci pun", jerit Nuha. Terjengul muka Datin Ameena sebaik sahaja pintu dikuak. Matanya terbuntang luas melihat bilik anak daranya bersepah.
"Ya Allah Nuha Aleena!! Kamu buat apa ni?", bebel Datin Ameena sambil kakinya melangkah masuk ke dalam bilik anaknya itu. Nuha hanya tayang sengih bersama muka tak bersalah.
"Erm... Nuha cari baju Mamaa...", ujar Nuha sambil menggarukan kepalanya yang tidak gatal. Datin Ameena membulatkan matanya.
"Cari baju? Bersepah macam ni? Seriously Nuha? Ni bukan cari baju Nuha. Mama tengok macam ayam mengakas nak bertelur ada lah", bebel Datin Ameena. Nuha menghela nafas berat.
"Ala Mama ni... Nanti Nuha kemas la sendiri. Lagipun Nuha tak jumpa lagi baju mana nak pakai untuk interview esok ni", ujar Nuha dengan muka yang berserabut.
"Kamu? Kemas sendiri semua baju-baju ni?", tanya Datin Ameena terkejut. Mulutnya dah melopong. Nuha mengiakan sahaja soalan mamanya.
"Eh, kamu lupa ke yang kemas baju-baju kamu semua ni Kak Yanti?", sindir Datin Ameena selamba. Nuha Aleena tersengih seperti kerang busuk. Datin Ameena hanya menggelengkan kepalanya.
"Ala Mama... Kali ni Nuha sendiri akan kemas semua ni. Mama tengok lah nanti", ujar Nuha Aleena bersemangat.
"Hurm... Malam ni Mama nak tengok almari ni kemas ke tidak. Selama ni kamu nak kemas sendiri memang haram la kan. Kali ni kita tengok macam mana ya", perli Datin Ameena.
"Eh by the way... Kamu kata kamu nak interview esok betul ke?", tanya Datin Ameena lagi.
"Haah Mama... Esok Nuha interview dekat company Qaiesy Qarl Holdings", ujar Nuha Aleena.
"Owh... Ayah offer kamu kerja dengan company Ayah, kamu tak nak pulak kan?", ujar Datin Ameena pelik.
"Ala tak nak la Nuha kerja dengan Ayah. Nanti orang kata apa pulak. Lagipun Nuha nak mula dari bawah, baru berdikari. Angah dengan Acik dah kerja dengan Ayah. So, Nuha nak rasa kerja dengan orang lain bukan dengan family", ujar Nuha panjang.
"Hurm ikut suka hati kamu lah, asal kerja tu halal sudah. Lagipun tu bukannya company Papa 'Armie ke?", tanya Datin Ameena.
"Haah Maa... Memang company Papa 'Armie pun", jawab Nuha.
"Mama... Cuba Mama suggestkan baju kurung untuk Nuha pakai pergi interview esok. Nuha tak tahu la nak pakai baju mana", rengeknya manja.
"Ishh kamu ni... Baju dalam almari bukan main berlambak lagi, tapi tak tahu nak pakai baju apa", bebel Datin Ameena sambil tangannya ikut mencari baju kurung untuk Nuha. Nuha tayang sengih tidak bersalah kepada Mamanya.
"Ha... Pakai baju ni. Cantik baju ni. Nampak manis je kalau kamu pakai", ujar Datin Ameena sambil tangannya mencapai sepasang mini kurung berwarna coklat. Nuha pandang baju itu seketika. Diambil baju itu untuk digosok.
"Dahla Nuha... Layan kamu memang tak sudah la kerja Mama. Mama nak turun ke dapur ni. Nanti kamu turun tolong Mama dekat dapur ye. Jangan mengelat nanti Mama kahwinkan kamu dengan anak Uncle Rahim", ujar Datin Ameena dengan ugutan seraya bangun.
"Ok la... Nanti Nuha turun. By the way, thanks Mama sebab pilih baju ni", ujar Nuha Aleena sambil melayangkan flying kissnya. Datin Ameena menyambut flying kiss Nuha lalu dicampakkan ke tingkap. Nuha memasamkan mukanya melihat tingkah mamanya itu. Datin Ameena tergelak melihat reaksi anaknya.
YOU ARE READING
FOREVER MINE | COMPLETE
RomanceDia satu-satunya matahari yang menceriakan suasana keluarga Tengku 'Armirul Qarl. Kerana kisah silam itu, tiada lagi senyuman yang terukir. Saban malam tidurnya sering dihantui mimpi buruk. Sejak peristiwa itu dia trauma dan kemurungan sehingga sang...