Puan Sri Khalida duduk di gazebo petang itu bersama dengan Tan Sri Tengku Nazri. Tengku Myaa Darweesya yang baru sahaja pulang dari tempat kerja mula mengatur langkah ke arah mereka berdua. Dari jauh dia dapat menangkap figura Tan Sri Tengku Nazri sedang membaca surat khabar manakala Umminya sedang melayan telatah cucunya Tengku Taalia Ayeesha merangkap anak alongnya Tengku Aisha Darwina. Disalam tangan mereka berdua.
"Ummi dengan Abi buat apa dekat sini?", tanya Myaa sambil tangannya sibuk menuangkan air ke dalam cawan yang tersedia.
"Tak buat apa-apa. Saje ambil angin petang", balas Puan Sri Khalida.
"Yeke Ummi... Myaa nampak Ummi macam tengah fikir sesuatu je dari tadi", ujar Myaa. Dihirup air teh ó yang dituangnya tadi.
"Ummi tengah fikir pasal angah kamu", balas Puan Sri Khalida lagi. Dahi Myaa berkerut.
"Kenapa dengan angah Ummi?", tanya Myaa pelik.
Tangannya mencapai sebiji kuih sri ayu lalu disumbat ke mulutnya. Puan Sri Khalida hanya menggeleng kepala melihat perangai tidak senonoh Myaa.
"Ummi rasa ummi nak pinang 'Armielya untuk angah kamu. Kamu rasa angah setuju tak?", tanya Puan Sri Khalida tiba-tiba.
Myaa tersedak mendengar cadangan umminya itu. Lantas air yang dituangnya tadi dihirup laju. Terbatuk-batuk dia kerana air yang di sangka suam itu rupa-rupanya panas.
"Uish... Melecur lidah Myaa", jerit Myaa perlahan. Lidahnya terjelir keluar. Dia mengibas-ngibas lidahnya cuba menyejukkan.
"Ya Allah... Kamu ni kenapa Myaa. Makan tu elok-elok sikit. Jangan gelojoh. Kan dah tercekik", tegur Puan Sri Khalida.
Tan Sri Tengku Nazri hanya memandang sekilas sambil menggelengkan kepala. Dia sudah arif dengan tingkah anaknya itu. Kerana dalam ramai-ramai anak, keletah Myaa yang terpaling sukar untuk dijangka. Myaa yang gelojoh, memberontak, melawan, dan suka mencari gaduh. Semua yang buruk Myaa kutip. Nasiblah Myaa menjadi elok sahaja perangainya. Kalau tidak, haru hidupnya.
"Yang kamu gelojoh sangat kenapa Myaa?", tanya Tan Sri Tengku Nazri dengan nada bersahaja. Dia meletakkan surat khabar yang dibacanya di atas meja. Air yang terhidang di depannya disisip perlahan. Myaa berdehem kecil kerana takut dengan teguran Abinya. Risau membebel panjang pula orang tua itu. Mahu cair tahi telinganya.
"Takde la Abi. Ummi tu buat Myaa terkejut", ujar Myaa membela diri.
"Eh Ummi pula disalahkan. Bukan Ummi suruh kamu kahwin pun. Ummi cakap angah", balas Puan Sri Khalida.
"Apa ni Ummi. 'Armielya tu kan kawan Myaa. Kenapa dia pula kena jadi isteri angah. 'Armie tu muda lagi. Lagipun nak ke angah terima. 'Armie tu baik tau. Myaa tak nak nanti 'Armie terluka, then persahabatan Myaa terputus", omel Myaa.
"Ish kamu ni Myaa. Jauh kamu fikir. Sebab 'Armielya tu baik la Ummi berkenan nak jadikan dia menantu Ummi. Abang setuju tak bang", ujar Puan Sri Khalida dengan riak muka bersinar. Tan Sri Tengku Nazri berkerut apabila ditanya.
" 'Armielya anak Dato' Tengku 'Armirul Qarl tu ke?", tanya Tan Sri Tengku Nazri kembali.
"Haah bang. Anak Dato' Tengku 'Armirul Qarl tu la. Budak tu kawan Myaa. Dulu-dulu, waktu sekolah dia selalu datang sini jumpa Myaa. Abang ingat tak bang", jawab Puan Sri Khalida beria.
"Abang lupa la muka dia. Ida ada gambar?", ujar Tan Sri Tengku Nazri.
Myaa hanya mendengar perbualan mereka. Nasib la 'Armie kau kena jadi kakak ipar aku, omel hatinya. Tapi okay apa dia jadi kakak ipar aku daripada minah gedik yang tak berapa nak cukup kain tu. Nanti anak buah aku mesti comel-comel plus hensem. Gumam hatinya lagi. Myaa tersengih-sengih membayangkan 'Armielya berkahwin dengan Aqieef. Lamunannya tersedar apabila Umminya menyergah.
YOU ARE READING
FOREVER MINE | COMPLETE
RomantikDia satu-satunya matahari yang menceriakan suasana keluarga Tengku 'Armirul Qarl. Kerana kisah silam itu, tiada lagi senyuman yang terukir. Saban malam tidurnya sering dihantui mimpi buruk. Sejak peristiwa itu dia trauma dan kemurungan sehingga sang...